Loyal readers

Wednesday, May 9, 2012

Wedding Preps: Bilik pengantin + Hiasan tangga

Assalamualaikum all! Semoga semua sihat selalu.. :) Lama rasanya tak menulis kat blog ni pasal persiapan kahwin. Banyakkkkk sangat nak cerita, tak tahu nak cerita mana dulu. Tapi hari ni nak cerita sikit pasal hiasan bilik pengantin. Bilik pengantin saya dah 80% siap. Cuma tinggal nak pasang mini chandeliar yang abah beli, pastu butik pengantin pasang bunga-bunga dan cadar. Cuma saya rasa nak beli paintings kecil 2 buah (tema vintage) dan tambah di tepi lampu. Kena tengok dulu macam mana keadaan lepas lampu dah pasang nanti, serabut ke tak. Bilik kecik ja. Langsir pulak, belum siap. Cepatla siap! Nak pasang ni! Tema bilik? Vintage shabby. And I love my new room!!!!

Lagi satu, saya akan DIY sendiri hiasan tangga nanti. Memandangkan bilik pengantin di tingkat atas, jadi mama pesan suruh hias tangga elok2 sikit. Semalam dah beli kain kaler lavender 8 meter, malam ni mungkin nak pasang olok-olok dulu, tengok macam mana outcome nanti. Sebab saya tak pasti lagi nak pasang macam mana. Nak buat scallop, tak pandai sangat. Mungkin ikat buat 'wave' simple2 je. Pastu letak paper flower. We'll see. :)


2 comments:

  1. wahh besh nye u diy sume ke..rajin ye..kagum i...good luck..:P

    ReplyDelete

Love Notes