Loyal readers

Friday, March 2, 2012

Drama pencarian photographer & videographer dah berakhir~

Alhamdulillah, setakat hari ini, 3 Mac 2012, selesai sudah urusan booking-membooking photographer dan videographer. Semuanya dah dibayar depo, ada yang dah bayar penuh. Sekarang ni cuma tunggu majlis saja. Dengan ini saya mengumumkan OP dan OV saya nanti, InsyaAllah. :)

Pre Wedding
OP1 : JAC Photography (full paid)
OP2: Meister Studio (full paid)

Nikah
OP : MusArtwork Photography (depo paid)
OV : Studio Hizami Aziz (depo paid)

Majlis bersanding
OP : MusArtwork Photography (depo paid)
OV :  Studio Hizami Aziz  (depo paid)

Post Wedding
OP1 : Stareast Wedding (full paid)
OP2 : MusArtwork Photography (FOC sebab ni)
OP3: Ken Soh Sudio (FOC sebab ni)

Dan Alhamdulillah jugak, setiap satu vendor kat atas ni senang nak berurusan dan tak bermasalah langsung! Semuanya ramah-ramah belaka. Smooth saja berurusan dengan mereka.

Christopher dari  JAC Photography , layanan memang superb. Photographer yang sangat baik & banyak bagi cadangan untuk brilliant untuk pre wedding. Saya mesej dia bagitahu saya tak berapa pandai lokasi cantik di penang sebab saya dari Kedah, dia suggestkan beberapa tempat untuk kami buat pre wed. Sangat-sangat helpful. Siap minta gambar saya & Zombee 2 bulan sebelum tarikh shot untuk kaji struktur muka dan badan kami untuk actual pre wedding nanti. WOW, kan?  

MusArtwork Photography  pun sama. Pantas benar beliau balas mesej di Facebook. Kadang2 saya terpikir, "Eh selalu depan laptop jugak Mr. Mus ni eh?" Hehe jgn marah haaa....Dah memang kerja dia meng-edit gambar kan. mesti la selalu depan laptop. Tapi bagus la kalau reply customer cepat2. Takdak la customer tertunggu-tunggu sampai berhari-hari, kan? Mr. Musa jugak banyak bersabar dengan soalan-soalan saya yang pelik-pelik. Maaf, tak pandai bab photography hehe... Pakej beliau ada custom book ada photobook. Saya jugak ada menang contest anjuran En. Musa, jadi dia akan jadi official post wed saya selain Stareast wedding. Alhamdulillah, thank you Mr. Musa & Mrs. Adila for choosing me as the winner~

Studio Hizami Aziz pulak sediakan pakej yang murah & berpatutan untuk photography dan videography. Also, very friendly dan sangat mudah di bawa berbincang. Walaupun dia berada di KL untuk urusan lain, tapi inquiry tetap dibalas. Good! Senang diajak berjumpa, we discussed a lot of things over milo ais kat Nasmir. Rupa-rupanya dia adalah abang kepada student saya! Dan jugak kawan kepada senior saya kat sekolah dulu! Dan kawan kepada senior kat maktab! Kecik rupanya dunia. Dia siap offer saya, video masa make up nak tak? Bila ditanya, ada extra charge ke tak, dia cakap "Takde lah. Kami charge berdasarkan skill kami je. Bukan berapa banyak benda kami bagi. Nanti saya akan divide team, 1 pergi tempat pengantin perempuan, 1 pergi tempat pengantin lelaki" Awesome kan? Team videography nanti iA ada 3 atau 4 orang. Mr. Hizami Aziz sedang dalam proses nak sambung PhD dalam bidang fotografi. Dari degree dapat tawaran buat PhD terus.  Jangan main-main ye.  Semoga rezeki dia bertambah dalam bidang ni...

Stareast Wedding pun flexible dengan date post-wedding saya. Bila pergi office, layanan oleh team dia memang baik. Office dia ada 3 buah di Pulau Pinang, 1 di PJ, boleh check di website tau. Gown-gown yang ada kat kedai pun memang meletops. Siapa suka feeling2 diva memang sesuai. Tapi saya tak ambil gown, okeh. Haha....Pakej Stareast wedding termasuk make up, hairdo, formal dress, photobook, studio dan outdoor shot. Untuk outdoor, tak perlu pergi jauh-jauh sebab diorang ada outdoor garden sendiri. You all jangan pandang rendah dengan garden ni, it's the biggest outdoor studio in Malaysia tau! Ada tasik +rakit lagi!

Alhamdulillah, syukur. Dah selesai hal photography dan videography. Bagi B2B di kawasan Kedah/Penang/Perlis boleh la jenguk-jenguk website kat atas kalau berminat. Hope this helps!

7 comments:

  1. babe,
    kesimpulannya berapa juta ko habes semua utk segala OP n OV tersebut?

    ReplyDelete
  2. costly jgk babe. tp bila pikir kawin skali ja, keluar jugak la duit bersama air mata...haha...tp aku xdak la smpai guna photographer 4K sehari. hire yg medium ja, gambar x cincai2 pn kira dh ok. bankrupt u olls~

    ReplyDelete
  3. my wedding pun dekat jedah, mmg susah nak cari photog yang bekenan kat hati di utara nie kan... now ieda baru nak suyvey OV ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. mmg ada bnyk photog tp yg nk capai standard yg sy nk mmg susah. sbb tu photog sy terbangkan khas dr Pahang :)

      Delete
  4. Pahang? Berapa Cost transport saja?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Love Notes