Loyal readers

Sunday, March 18, 2012

Teaser: Pre wedding photos by JAC Photography

Ceh nak teaser teaser pulak. Bajet artis ke? Actually, teaser ni untuk saya dan Zombee jugak. 13 Mac lepas kami ke pantai berdekatan Jeti Pulau Jerejak, Penang, untuk sesi pre-wedding pertama. Memang kaku habis lah! Nasib baik photographer kami berpengalaman. Nama beliau Christopher dari JAC photography. A Chinese guy yang sangat helpful dan periang. Memang senang nak kamceng sebab dia tersangatlah sporting! Perbincangan sebelum shooting hanya dibuat melalui SMS saja. Lepas shooting dah habis pun, dia masih SMS dan asyik suruh kami add dia di FB. Comel betul hahaha!

Dulu dia kerja sebagai CEO Dell di China, tapi berhenti dan teruskan hobi photography kepada kerjaya sambilan, dan akhirnya berhenti kerja untuk fokus hanya kepada photography lepas disahkan ada brain tumor. Kesian, sebab dia muda lagi. Quote beliau: "I like beautiful things. And capturing beautiful things. And I want to share it with people, so I go into photography." Memang inspiring sangat. *snif*

Semasa session shooting, dia ada ambil 2 keping gambar kami guna kamera instax. Gambar-gambar ni jugak digunakan sebagai props dan lepas shooting kami boleh bawak balik. Ini saja yang kami dapat tengok. Selebihnya, kena tunggu Christopher edit dan print dulu. Excitednya! Tak sabar tau!

Theme: Black and white.


2 comments:

Love Notes