Loyal readers

Friday, May 18, 2012

Wedding preps: Doorgift majlis perkahwinan & doorgift VIP

Assalamualaikum readers & bride-to-be! Sebelum ini, saya ada pernah cerita nak letakkan 4 benda dalam doorgift bag majlis nanti. Tapi disebabkan Mama cakap suruh letak 2 benda saja, Yassin & gula-gula, saya pun akur. Jadi bermula minggu lepas saya, Mama & 2 orang adik lelaki saya mulakan operasi doorgift. Most of the time, budak 2 ekor tu bukan nak tolong pun. It's just me and my Mom. Tapi bila diorang tolong, rasa lega sikit. Ringan bebanan kerja. So sekarang dalam proses masukkan Yassin & gula-gula dalam paper bag, lepas tu stapler, lepas tu bungkus masuk kotak. Bunyi macam mudah tapi bila nak buat 1500 pcs, rasa nak tercabut tangan tercabut leher tercabut kaki. Letihnya! Sampai pukul 11.30PM tadi, kami berjaya buat separuh saja. Sejak pagi kot! Tak berhenti. InsyaAllah, esok sambung lagi, nak bagi habis terus. Sebab next week nak fikir benda lain pulak...

Stesyen doorgift mesti kena depan TV!

Doorgift yang sudah ready

Doorgift yang dah pack masuk kotak. Ini baru separuh okeh! Adoi!

Untuk doorgift VIP yang akan diberi kepada keluarga Zombee yang datang naik bas ramai-ramai tu, saya beli beg yang sedikit besar. Sebabnya, nak masukkan sekotak cawan yang saiznya medium. Kalau pakai beg yang bagi kepada tetamu, tak muat. Dalam doorgift VIP ada cawan, sapu tangan, gula-gula, kerepek ubi pedas & kuih siput yang dah ready-packed.

Doorgift VIP utk keluarga Zombee. Gigih saya polish cawan-cawan ni satu persatu tau! Nak buang tanda harga punyalah susah!

Ready-made kotak utk cawan VIP

Cawan masuk kotak

Ok sekarang mari beradu dulu. Tugasan hari Jumaat menanti. Hari Sabtu dah la kena pergi kursus. Wuuwwuuuuuuuuu! :'(



9 comments:

  1. penatnye.. tp xpe, asal puas hati.. hai, sy pn b2b kedah.. =)

    ReplyDelete
  2. wawawa...cntiklah cawan tu...kotaknyer pun cntik....gud luck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kotak tu dah ready made bunga2, takyah hias ngan reben pape dah. :)

      Delete
  3. wow..banyaknye kotak.mcm nie kene cari kotak lagi la ek.. saya punye doorgift pon lebih kurang 1500++... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilangan kotak terpulang kpd saiz setiap doorgift. Klaau Sharz bagi paperbag saiz lebih kurang mcm ni jugak, mmg kena sediakan kotak banyak2!

      Delete
  4. i pun bg cawan tu kat fam lelaki! baru ni p tgk kat kk home deco ade sale 40% eh for the cawan. rugi je beli awal2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK home deco katna Anies? Kat sini mcm xde je

      Delete
  5. kat kl byk je cawangan KK. belah utara xdak la kot.huhu. yg eric leong jd front face die

    ReplyDelete

Love Notes