Loyal readers

Wednesday, September 26, 2012

Review: Majlis Akad Nikah Syafiq + Syafiqah

Assalamualaikum...Ni adalah long overdue post tau. Majlis Akad nikah kami pada 27 Mei 2012. Tak ada masa nak buat review lepas kahwin sebab asyik ke sana ke mari dengan kerja dan perkahwinan long distance Kedah-Johor. Simple review boleh kot? :)


Superb photographer. Sangat sempoi dan senang nak di bawa berbincang. Base di Pahang, jadi b2b yang berminat nak hire diorang perlu tambah accomodation dan travel fee. Saya belikan tiket flight untuk diorang hari tu. Sebab apa? Sebab minat sangat dengan hasil kerja diorang, jadi saya tak kisah berhabis lebih sikit. Rajin, friendly & flexible. Highly recommended.



Videographer ni saya jumpa masa survey second photographer. Mungkin Allah sudah permudahkan, jadi Alhamdullilah sangat bila saya tanya ada buat videographer ke tak, Hizami cakap boleh buat. Tapi last-last tak ada second photographer pun sebab team photographer dah hantar 2 orang photog. Team Hizami  memang mantap, di hari kejadian diorang datang 4 orang. Dia bawak sekali dengan kawan, adik & lecturer dia! Memang wow. Komited & Perfectionist. Base di Jitra. Cuma video siap lambat sikit sebab dia sambung buat PhD, huhu...Takpe, sabar separuh dari iman.



Andaman saya pada hari tu. Terus-terang saya cakap, saya tak puas hati sangat. Masa bayar, janji manis macam-macam. Saya bayar cash 2.6K kat dia masa buat booking okeh! Ambil pakej pelamin, make-up (perempuan shj), baju sepasang (buat baru) dan bilik pengantin. Pakej yang eclusive punya, bukan yang biasa-biasa. Janji 3 hari sebelum majlis, pelamin akan confirm siap dah. Tapi hakikatnya, 2 jam sebelum majlis nikah baru dia datang buat. Bayangkan, pagi 2 jam sebelum nikah, pelamin baru nak pasang. Bukan nak tabur pasir kat periuk nasi orang, cuma saya nak cerita pengalaman takut kalau ada yang terkena. Malam sebelum kahwin memang parents + makcik2 dah marah2 sebab pelamin belum siap. Agak-agak saya tidur ke tak malam sebelum kahwin tu, sedangkan tahu pelamin yang nak bersanding esok tu belum siap? Bad service, janji manis di mulut saja. Hati-hati sapa yang book dengan diorang ni.


Persalinan nikah lelaki + perempuan: Sendiri

Untuk persalinan lelaki + perempuan, kami buat baju sendiri. Sebabnya, kami nak simpan baju tu buat kenangan sampai hari tua nanti. Lagipun, saya buat baju kurung biasa saja, jadi saya dah recycle semula buat baju raya. Suami pun pakai baju melayu saja. Simple, affordable & yang penting, boleh simpan. Kain baju lace saya dibeli online dari Indonesia. Nak pergi Bandung beli sendiri, memang tak sempat. Kain baju suami pula beli di Nagoya saja. Kain satin kosong yang lembut & sejuk. Tema persalinan nikah kami masa tu, honey. Warna kuning cair. Veil labuh tu, saya beli online. Veil kosong dengan patch lace saja. Saya upah jahit manik, manik putih + manik kuning + pearls. Hasilnya, memang superb! Handbouquet nikah pun saya buat sendiir. Beli 'holder' yang dah siap dengan span, kemudian saya cucuk saja bunga. Dapat mana bunga ni? Bunga yang buat hantaran tunang dulu! Recycle balik, tak ada orang yang perasan pun. Last touch, tambah crystal baby pink + bright pink nak bagi naik seri bunga yang aklernya lembut tu. Kemudian saya tambah crystal pink lembut bercorak bunga di bahagian depan supaya nampak exclusive. Lastly, ikat riben pink lembut + pink terang, juga lebihan deco hantaran tunang. Siap!


Okey, dah habis membebel, mari tengok gambar sekitar majlis akad nikah Syafiq + Syafiqah. Enjoy!


 












 

4 comments:

  1. Tahniah....pikah nmpak nervous masa gmbr nikah tu...hehehe...pape pun..cntik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear! hehe nmpk obvious sgt ke nervous tuh? tp alhamdulillah smua dh selamat :)

      Delete
  2. tahniah. make up pun cantik!

    ReplyDelete

Love Notes