Loyal readers

Thursday, September 27, 2012

Review: Majlis Persandingan Syafiq + Syafiqah

Assalamualaikum! Semalam datang seru nak tulis review sikit2 pasal majlis akad nikah dan persandingan kami yang berlangsung 27 Mei 2012. Lambatnya baru nak buat review, kan? Sori ye, saya sibuk dan malas. Boleh gitu? Heheh.... Kalau post sebelum ni bebel pasal majlis akad nikah, post ni nak bebel pasal majlis persandingan sebelah pihak perempuan pulak. Yang mana yang redundant tu, saya letak link saja dan boleh refer post sebelumnya, okay. :)


MusArtworks juga adalah photographer untuk post-wedding kami. Sesi post wedding ni ditaja sepenuhnya oleh diorang sebab saya menang contest ini. Thanks geng! Tapi pasal pos-wed tu, kita cerita entry lain okay. Review photographer boleh tengok sini 


Videographer: Hizami Aziz Studio

Ini adalah preview wedding kami. Kalau nak tengok preview video make-up, boleh tengok di sini



Make-up saya boleh katakan, okay sahaja. Sebab? Masa akad nikah pagi tu, saya rasa pipi saya terlalu merah. Kawan-kawan cakap okay je, nampak natural. Tapi saya tak puas hati jugak. So lepas akad nikah, untuk majlis bersanding, saya touch-up sendiri, Naturalkan bahagian pipi supaya nampak lebih bronze dari merah. Baru puas hati lepas tu. 


Persalinan lelaki + Perempuan: Yujie Touch Wedding Creations

Dress ini saya design sendiri, pilih material sendiri dan minta Yujie buatkan. Perlu bayar extra sikit untuk baju baru yang design sendiri. Tapi yang untungnya, belum pernah ada orang pakai lagi, dan boleh design ikut yang kita mahu. Disebabkan saya sangat minta lace dan pearls, jadi baju ni memang guna 100% lace dari Indonesia, dan perhiasan perls penuh di dada, tangan, kaki kain dan belakang jubah. Konsepnya adalah jubah modern. Bab baju ni, okay, saya puas hati. Alhamdulillah.


Pelamin & bilik pengantin: Yujie Touch Wedding Creations

Masih tak berpuas hati sampailah hari ni. (Tapi saya suka pelamin ni sebab simple & sweet). Tapi masih tak puas hati jugak dengan customer service diorang. Kenapa? Review di sini


Bridesmaids

Bridesmaids ni semua kawan-kawan sekolah saya. Since Form 1 dah berkawan baik. Walaupun ada yang pindah sekolah lepas Form 4, tapi kami masih keep in touch. Mesti akan jumpa jugak setiap tahun. Baju bridesmaids pulak, saya belikan kain pasang dan diorang jahit sendiri ikut feshyen yang diorang nak. Kebetulan semua jahit baju kurung! Design kain tu, suami saya yang pilihkan sebab nak warna lemut putih+pink. Tapi sebab tak jumpa yang best, jadi kami suami pilih yang ada warna-warni sikit, tapi masih tema putih. Comel kan diorang? Bridesmaids hari tu ada 8 orang. 6 kawan-kawan, my sister & my cousin. Sepatutnya kawan2 tu ada 10 orang semuanya tapi ada yang busy dan tinggal jauh, tak dapat attend wedding hari tu. Tambah pulak, ramai kawan-kawan sekolah yang memang satu geng datang mngandam tengah hari tu, sebelum pengantin lelaki sampai. Kalau ada duit, memang dah beli baju untuk setiap orang kot! Seronok dapat bersama kawan-kawan dunia akhirat masa hari bahagia kita, kan? 


Okay, dah puas bebel lah. Enjoy the pictures from our special day!




















 







3 comments:

  1. cantiknye!! alhamdulillah semua dah setel kan ;)
    paling suke pelamin tu!
    nak cari kerusi cmtu katne agaknye ye?? ;)

    ReplyDelete
  2. cantik nya wedding... semua perfect... btw congrats

    ReplyDelete
  3. you look delightful on your wedding :)

    ReplyDelete

Love Notes