Loyal readers

Saturday, February 12, 2011

Braces part two

Ini adalah second time aku nak tulis pasal braces. Kenapa? Because I have some time to kill, and taktau nak tulis apa. Jadi, aku tulis pasal braces. Alhamdulillah, dah dekat 2 minggu pakai, kesakitan yang terlampau waktu mula2 pakai dah surut. Cuma kadang2, especially malam, sakit tu datang balik kejap-kejap. Tapi selalunya sakit one or two particular teeth saja, tak macam awal2 dulu, setiap batang pon rasa macam nak tercabut keluar dari mulut. Betul la apa orang cakap, beauty is pain. Anda setuju? Tapi sekarang dah tak makan painkiller lagi walaupun sakit. Sebab? Dulu aku pernah ada allergies dengan painkiller. Eh bukan allergies, more to side effect la. A bad one. Tisu2 lembut kat dalam pipi aku membengkak menyebabkan aku tak boleh bercakap dan makan dengan betul. Jadi, as long as boleh tahan sakit dengan daya minda sendiri, aku bertekad takmau makan painkiller. Nanti jadi pipi Sin Chan, cuma sebelah je la.

Lagi 2 minggu InsyaAllah akan pegi jumpa dentist lagi kat Penang, untuk ketatkan dawai bagai ni. Another road trip for me, maybe? Nak ajak Miza and Mamat pegi sekali kalau diorang free, balik nanti boleh ronda2 Penang macam hari tu. Tadi jumpa kat Resepi Rahsia pon sekejap sangat, tak habis nak borak. Takpe, next weekend jumpa lagi, InsyaAllah. =)

Aduh, bosan sudah cakap pasal braces ni. Tapi kan, actually pakai braces bila dah keja as a teacher memang sangat mencabar. Sebab? Susah nak bercakap sikit. Lagi susah nak menjerit. Aku ada problem bila nak sebut 'S' kuat-kuat. Bila sebut nada biasa, no hal, tak ada masalah. Bila nak jerit 'DIAM SEMUA!' selalu bunyinya jadi 'DIAM TEMUA!'. Aduh, susah kot. Kadang2 aku kaver malu dengan bercakap pasal benda lain atau marah budak2 tak berhenti, so diorang takde la perasan sangat aku bercakap macam lidah pendek, kan?

Cakap pasal mengajar, Alhamdulillah tadi dah siap 8 lesson plans for 5 classes, untuk hari Ahad dan Isnin depan. Selasa cuti sempena Maulidur Rasul katanya. Alhamdulillah, rehat sekejap tengah2 minggu tu. Leganya. Duduk rumah je la kot. Staying home is nice and all, but I have to sacrifice my freedom. Boleh je keluar, macam tadi selamba badak je aku keluar, it's just that the curfew at 7pm applies (but of course, I always come back around 8 or 9pm. Rules are meant to be broken...no???). And I can't go out every single day. Tapi apa kejadah nak keluaq tiap2 hari kan, penat kot. Balik sekolah pukul 3.30 or 4pm. Bila sampai rumah ja dah rasa macam nyawa di hujung tanduk. Buat keja, prepare lesson plan, terus tidoq. Penat jugak jadi cikgu ni. Lagi penat kalau students Form 4 anda tidak tahu membaca atau menulis. Poning den.

Esok cuti lagi. Nak rehatkan minda, petang esok nak kena pegi beli stationaries, and malam pulak nak buat materials untuk lesson nanti. Ish banyak pulak aku membebel kan. Entah apa-apa pulak. Tido la. Dah lewat ni cikgu. Selamat malam sayang-sayangku. Moga mimpi indah-indah malam ni...Tapi jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur ok! ;)

1 comment:

  1. blog walking..nice blog btw..kalau free singgah la kat my blog.. didiyanalove.blogspot.com

    ReplyDelete

Love Notes