The happiness of life is made up of minute fractions—the little soon-forgotten charities of a kiss, a smile, a kind look, a heartfelt compliment in the disguise of a playful raillery, and the countless other infinitessimals of pleasurable thought and genial feeling.
Samuel Taylor Coleridge
Assalamualaikum semua. Hari ni ada pegawai perubatan datang sekolah aku. Dia check tahap kesihatan semua orang dengan laser mata ja. waaa aku pon terlopong sat ngan ciptaan terkini tu kan. Sapa2 cikgu yang nak check tahap kesihatan, boleh pi check kat diorang. Free of charge. Aku pulak busy sepanjang hari sebab kena masuk data atlit2 sekolah kemudian email hari ni jugak. Jadi walaupun hari ni start ujian dan cikgu2 tak payah mengajar, aku dok kehulu-kehilir cari maklumat guru2 dan atlit sekolah sebab nak masuk database. Penat okay berjalan pi balik pi balik dalam skolah. Rasa slim sedikit hari ni sebab banyak exercise kaki, oh.
Bila aku dah siap semua keja, ada la dalam 20 minit masa free sebelum kena masuk kelas dan jaga ujian. Aku cakap siap-siap kat dia sebab aku memang tak boleh lambat masuk kelas, nanti cikgu yang sebelum tu marah pulak kan. Nanti start cerita aku kaki ponteng klas pulak. Sudah...Tambah2, waktu ujian pulak tu, mana boleh tinggal kelas takdak cikgu.
Nak dijadikan cerita, masa aku nak pi chek tu, Datin Asma (Pengetua) ada kat situ baru lepas check jugak. Ada 2 orang pegawai perubatan jadi sorang tu cakap2 ngan Datin, sorang lagi check aku. Lepas check, ini jawapan beliau:
"Cikgu ni tak sihat la. Banyak angin dan toksin dalam badan. Stress level tinggi. Selalu rasa letih, lenguh2 dan sakit kepala."
Nampak tak di situ? Unggul kan alat ni, boleh bagitahu aku apa yang aku rasa tiap2 hari. macam magic kristal ball. Takpun kad terup tilik nasib. Khurafat tak alat tu agak2?
Lepas tu aku tanya dia, toksin tu semua mai dari mana? Dia cakap, mainly dari makanan. Lepas tu dia siap tambah lagi, "Banyak toksin dan angin dalam badan boleh bawak kesan buruk. Cepat lesu, sakit kepala. Cikgu muda lagi, nanti kalau dah kahwin dan tua, lagi la tk larat kan? Lagi stress. Boleh jadi darah tinggi, keputihan, mungkin jugak ketidaksuburan. Nanti tak dapat anak pulak. Kahwin 5, 10 tahun, takdak penyakit kronik, tapi takdak anak. Masa tu baru kalut nak cari sebab."
Oh, terkedu aku dengan jawapan beliau. Tapi part yang takdak anak tu, panjang pulak dia elaborate. Ada lagi dia cakap tapi aku malas nak tulis. Jangan la mendoakan aku dowh. Aku dengan khusyuknya terus mengangguk-angguk kepala macam orang bodoh. Tapi malangnya, kutukan beliau tak habis di situ sahaja....
"Saya lagi tua bnyak dari cikgu, tapi cikgu lagi tak sihat dari saya. Nanti tua2 jadi macam cikgu2 lain. Tak larat, penat, hidup tak bahagia." Wahai encik medical officer, sepak mau? Laser sungguh mulut hang kan. Hidup aku tak bahagia apa semua. Cabai baru tau. Marah jugak aku masa tu. Tapi nasib baik ada Datin ngan cikgu2 lain pegang tangan kaki aku, kalau tak memang aku sumokan dah laki tu! *cewah*
Lepas siap check, dia bagi 1 botol ubat minum. Harga ubat tu, RM60 sebotol. Laah, ni la tujuan utama depa rupa-rupanya? Aku terus rasa macam tawar hati, terus tak percaya semua yang dia bagitau. Sebab nak meniaga, orang boleh cakap apa2 pun kan? Aku bukan tau pon. Kalau dia cakap yang aku ada penyakit angin ahmar ka, angin kus-kus pon, aku mesti percaya. Sebab? Dia medical officer la konon2. Cheh. Akhir sekali aku yang tak bergaji ni bagi alasan baikkkkk punya kat dia, aku takmau beli ubat tu sebab tak mampu. Haha. Padahal memang takmau beli kot. Dah la ubat tu kaler hitam nampak macam minyak enjin kereta aku ja.
On a side note, almost everyday aku bawak bekal ke sekolah. Cikgu2 dan kerani2 selalu tanya aku, hari ni makan apa? Diorang jeles la tuh haha. Padahal aku bawak bekal sebab 1, aku ketandusan fulus, 2, sebab aku boleh makan limited food ja ngan braces ni. Jadi tiap2 hari aku bawak ikan takpun telur, takpun ayam atau daging yang dah dipotong halus macam nak bagi baby takdak gigi makan. Seriously, tak rasa nikmat makan langsung. Makan pun terus telan je. I miss chewing, like, a lot.
Dah la kerani sekolah siap tanya aku, nak pinjam berapa dari PIBG? Sebab dia ingat aku papa kedana takdak duit makan, sebab tu bawak bekal. Gamaknya dia ingat aku bawak ubi kayu cicah garam ja kot mai sekolah tiap-tiap hari. Oh sedihnya. Aku cakap buat sementara waktu ni aku taknak pinjam duit. Ada duit simpanan sikit. Tapi dia macam nak paksa pinjam pulak. Ish. Pelik. So sapa kawan2 yg nak pinjam duit, mai pinjam dari PIBG sekolah aku, SMK Megat Dewa. Kami pemurah yo!
Alhamdullillah dah masuk minggu ketiga persekolahan. This week kelas Ahad dan Isnin ja sebab Selasa sampai Khamis ada ujian. Minggu depan pulak aku kena jadi jurulatih pasukan olahraga sekolah hari Ahad sampai Selasa, Rabu sampai Sabtu kena attend MSSD bawak budak2 skali kat UUM. Yeah, next week aku jadi cikgu 7 hari. Aduh. Ni kena tidoq awal sebab esok nak pi SMK Tunku Anum. Sekolah sukan negeri oh. Aku pon nak buat2 aktif jugak. Tak salah kan? InsyaAllah kalau sempat lepas ni aku ambik gambar students berlari pulak, boleh buat update blog yang takdak orang baca ni. Saja seronok2.
p/s: Lets see. So far I am an English teacher to 5 classes, the ketua and penasihat for English Language Society, Asst. secretary AJK induk unit sukan, the person who has to makeover the SAL room, jurulatih pasukan olahraga sekolah, class teacher for 1 Potensi, jurulatih bola tampar (maybe). Trying to embrace the job and having a difficult time at that. But I'm almost there... (I guess. I really2 hope so).
p/ss: Zombee cakap badan aku banyak toksin sebab berak 2 kali seminggu ja. Laaa rupa-rupanya berak 2 kali seminggu tu tak normal. Mala la aku tau. Dah tak boleh berak tiap2 hari, nak buat macam mana.
Pika pika pika..chu~~~~
ReplyDeleteYou'll do great! That I know ;)
fekicia: u will do great too, miss Felicia! hehe~
ReplyDeleteRaihana: Really? hehe dekat je kita. boleh2. nak jumpa bila? kena plan awal2 sbb banyak kerja okeh jd cikgu hehe
of kos berak seminggu 2 kali tu xnormal cik kak oi! makan pisang ari2 bgik berak. baru normal!
ReplyDeletehehe pisang susah cari la kat sini. kalau ada pon tahap lembik buat cekodok. lepas ni aku try berak 3x seminggu, amacam?
ReplyDeleteaku pun mungkin mcm kau
ReplyDeletebyk toksin dlm badan
adekah aku bakal mandul?
wuwu
T.T