Loyal readers

Tuesday, March 15, 2011

Bercakap biarlah manis

Image was taken from here

Assalamualaikum lovely people! Entry kali ni nak membebel pasal kesopanan dan kesusilaan. Sapa taknak baca sila tutup tab ini, sekian terima kasih.


Aku kurang gemar dengan sesetengah orang yang senang-senang ja melemparkan perkataan kurang manis atau kata kesat kat orang lain. Biar di pusat membeli-belah, di pasar, di tepi sungai, di sekolah, di panggung wayang, di masjid, mahupun di rumah nenek sendiri, semuanya tak sesuai bagi perkataan tu. Zaman-zaman muda mudi dulu aku pun tergolong dalam golongan ni jugak. Aku selalu ter-melatah perkataan tak elok. Astagfirullahalazim... Tapi sekarang dah tak lagi, Alhamdulillah...

If melatah, melawak or anything, which is probably unintentional, mungkin boleh diterima akal lagi. Ini senang-senang ja nak cakap orang lain lain bodoh, bengap, cib**. Tolonglah, very rude la brotha. Tak manis langsung mendengarnya. Meluat pun ada, walaupun kau tak cakap kat aku, kau cakap kat mamat yang berdiri tepi stesen bas tu. Entah-entah academically or street-wise, or both,  mamat yang berdiri tepi stesen bas tu yang dikatakan bodoh atau bengap atau pant** tu lagi pandai dari orang yang mengata tu. Who knows, kan? Ada peribahasa kot pasal ni, dulang paku serpih something something, mengata orang dia yang lebih. I'm sorry I'm not very good at peribahasa, so I hope you figured out what I was trying to say.

We as Malaysians should be more courteous and respectful, am I right? Kempen Budi Bahasa Budaya Kita tu aku tau, memang takdak effect pon sebab tahap kurang sopan customer service di Malaysia, yang sedihnya, sampai ke hari ini masih tinggi melangit. *sighhhhhhhhh* Dulu masa duk kat NZ, customer service dia memang superb. Kat mana-mana pun. Bank, post office, kedai, people are courteous everywhere. Kalau diorang yang kafir pun boleh bersopan dan berbudi bahasa macam tu, kenapa kita yang Islam, yang dipupuk semenjak kecil tentang adab dan kesopanan, lagi berperangai teruk? Haaa jawab, jawab!

Kalau kita tak suka orang lain berkasar bahasa dengan kita, janganlah kita berkasar bahasa dengan orang lain jugak. Sedih jugak tengok golongan muda terutamanya, yang berpelajaran tinggi pulak tu, asyik mengungkap perkataan tak elok dan kesat. So people lets not call others with names we don't want others to call us. It's just fair, innit? Sapa setuju angkat tangan!

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut

No comments:

Post a Comment

Love Notes