Assalamualaikum! Setakat hari ni, banyak kerja kawin dah settle, Alhamdulillah. Dah settle habis bayaran butik pengantin. Kenapa saya settle habis, tak bayar depo saja? Sebab kalau settle habis, lagi banyak free gift dia bagi! Siap bagi FOC set hantaran 9 dulang kot. Alhamdulillah sangat...Tapi yang penting kita kena percaya vendor tu. Kot2 nanti lepas sebulan lesap pulak, tak ke naya jeee....Cuma sekarang ni yang penting nak cari vendor kad kahwin dan cari design baju pengantin supaya mak andam boleh jahit. Dia dah bising2 design belum decide. Katanya takut tak sempat nak jahit. Adus memang susah nak cari design baju kahwin yang memang cun!
Bercakap pasal kad kahwin, saya bangun hari ni, check internet, dan dapat berita gembira! Ingat entry saya yang ini? Alhamdulillah hari ni menang contest lagi...Contest by ArtChetak. Sangat2-sangatlah bersyukur Alhamdulillah. Contest ni ada 3 kategori dan saya menang 2 kategori! 1 kategori lagi tu tak boleh nak sapu jugak sebab hanya untuk pelanggan ArtChetak sahaja, iaitu sapa2 yang pernah order kad kahwin from them. Hadiah? Hadiahnya berupa sebuah handmade wooden frame dengan design yarn+crotchet dan 1 lagi tu hadiah misteri. Frame tu InsyaAllah boleh letak dia gusetbook area. Hadiah misteri pulak? Kita tunggu....Terima kasih ArtChetak sebab bagi peluang ni untuk semua B2B kat luar sana berkongsi hadiah2 comel~ Special thanks to K. Durra aka owner and creator of ArtChetak! :)
tahniah dear...
ReplyDeletewah best2 tu..dapat 2 sekali...
apa rahsia?
kihkihkih
takde rahsia...mungkin rezeki nak kawin agaknya hehehe... :)
ReplyDelete