Loyal readers

Tuesday, January 3, 2012

Tutorial Tuesday: Colourful Doily

Assalamualaikum semua! Sesi persekolahan dah mula hari ni utk tahun 2012 (Kedah/Kelantan/Terengganu). Esok pulak negeri2 lain akan menyusul. Bersempena keriangan permulaan sesi persekolahan ni (riang ke?) mari kita cuba DIY coloured doily paper! Siapa suka doily paper angkat tangan?

Saya suka sangat dengan doily ni. Memang obses. Dulu DIY goodie bag untuk diberi kat tetamu masa majlis pertunangan pun, pakai doily paper. Kebanyakan doily paper yg saya jumpa dalam negeri Kedah/Penang ni, warnanya putih. Puas mencari doily colourful tapi tak jumpa langsung. Semalam masa tak boleh tidur malam, saya google pasal doily paper. Then terjumpa 1 blog yang ajar tutorial macam mana nak warnakan doily paper. Senang saja! Mari kita cuba!

1. Bancuhkan sedikit air dengan pewarna yang anda mahu. Lebihkan warna. Air pulak jangan banyak. Cukup sampai doily paper tu boleh tenggelam. Bekas pulak, sebaiknya guna baking glass yang paling besar kamu boleh cari. Kalau pakai loyang, takut warna melekat kat bekas. Cari bekas yang permukaannya besar supaya senang kerja nanti.

2. Rendamkan doily paper warna putih ke dalam bekas. Ok, di sinilah gunanya bekas yg permukaan besar. Kalau permukaan kecik, memang susah nak angkat doily paper lepas rendam. Doily tu kan masih basah, memang sangan lembik dan fragile.


3. Keluarkan dari baking glass lepas 2-3 saat direndam atau selepas semua warna dah diserap oleh doily paper. Kalau taknak tangan pink macam saya, sila pakai rubber glove.
p/s: Tutorial asal cakap, rendam selama 10-15 saat. Tapi saya terus keluarkan lepas 2-3 saat sebab warnanya dah cukup terang. Kalau rendam lama2, kertas akan jadi lembik dan senang terkoyak masa nak keluarkan dari baking glass. 

3. Keringakn atas permukaan yg rata. Jgn keringkan lama2 sangat nanti kertas tu renyuk. Warna akan jadi sedikit pudar lepas kering. Tada! Doily paper warna-warni dah siap!


Saya bereksperimen dengan macam2 shades pink. Sangat suka! Nak pakai doily pink untuk doorgift majlis reception nanti. Lepas berkesperimen dengan pelbagai shades of pink, saya cuba warna lain pulak. Jom kita tengok!


Lepas tu, cuba letak2 atas brown paper bag yg saya nak guna nanti utk doorgift reception...

Pink doily

Red doily

Yellow doily

White doily

Blue doily

Green doily

Orange doily

Tutorial asal boleh didapati dari SINI! Agak-agak kalau buat bisnes jual DIY sampul doorgift mcm ni, ada org beli tak? Hahaha!

7 comments:

  1. wah nice tuto..sgt pun duk cari doily paper brwrna tp xde kat terengganu..eh awk guna prwarna jnis ape? water color boleh?

    ReplyDelete
  2. cik mila...sy pakai food colouring je. rsanya water colour takde masalah, boleh pakai jugak. tp make sure tak basah lepas dah kering nnt sbb water colour senang dissolve ngan air :)

    ReplyDelete
  3. awak... jual ke?

    ReplyDelete
  4. kreatif la u pika..i pon x terpikir nak colour sndiri..BTW i ade jual doily paper.untuk B2B yang nak buat sndiri bole mail i kat rozi.hamdin@gmail.com..

    ReplyDelete

Love Notes