88 hari lagi sehingga diijabkabulkan. Persiapan pun dah banyak yang boleh cross off the list. Antaranya:
- Deposit kad kahwin dah dibayar, insyaAllah esok boleh bagi green light untuk printing.
- Perabot bilik pengantin Abah dah tempah. Dua minggu lagi, delivery sampai rumah. (Mak ngan Abah yang tempah sebab saya sibuk sangat. Setiap Sabtu dari minggu pertama Februari, mesti kena kerja, jadi they took over). Katanya beli perabot kaler putih. Saya kurang minat perabot kaler putih tapi hopefully it'll look pretty. :)
- Sedang merisik-risik 2nd photographer dan videographer, Hizami Aziz Photography. Kalau agree, insyaAllah akan booking dalam minggu ni jugak.
- Paper bag doorgift belum tahu nak buat macam mana. Hari tu jumpa paper bag comel kat Jitra dengan harga 20 sen satu, tapi stok tak cukup. Employee kedai dah ambil nombor telefon saya dan akan call lepas tanya pembekal. Still waiting for that call. Jadi sedang fikir plan B untuk doorgift bag.
- Lagi 2 minggu Zombee datang. Cuti sekolah. Akan buat pre-wed kat Pantai Teluk Kumbar. Lagi satu, kena follow up ngan photographer minggu depan.
- Yujie cakap insyaAllah cuti bulan 3 ni baju lelaki dah siap dan boleh datang untuk fitting.
- Wedding countdown project dah ada idea dalam kepala. Nak jalankan masa cuti nanti, bila Zombee datang. Belum inform kawan2 dan belum tanya kalau diorang boleh tolong jadi photographer amatur. project biasa-biasa je, tak mampu nak hire photographer mahal2.
- Masih tercari-cari tudung nikah. Veil rasanya akan gunakan yang sama dari sini cuma nak alter supaya tak panjang berjela sangat. Semalam masa kemas stor jumpa heels Lewre kaler silver dengan batu2 permata cream. Mungkin pakai tu saja untuk nikah. Sebab kasut tu tak pernah pakai lagi. Lagipun kena dengan tema.
- Kain untuk dayang-dayang dah diberi kepada tuan empunya masing-masing. Except to my cousin sorang ni. Tak balik Penang lagi so tak sempat nak pergi hantar kat rumah dia. 7 girls in total. My one and only sister, my cousin, and 5 of my best friends from high school. My friends memang cool, sanggup ambik cuti dari KL, dari Penang, dari Johor, semua sebab nak jadi bridesmaids. Sayang korang! Patutnya ada 9 orang tapi sayang 2 orang terpaksa cancel sebab wedding kakak/sepupu jatuh hari yang sama. Family comes first kan.
- 2-3 hari lepas pergi survey bunga telur tapi banyak dah habis. Mungkin orang dah borong untuk kenduri bulan 3 ni. Reminder to self: Awal bulan 4 dah kena beli bunga telur, takut kaler yang nak habis nanti.
- Masih belum cakap dengan catering pasal menu dan mini stalls (ais kacang/laksa/mee goreang stall).
Setakat sekarang, ni kerja kahwin yang masih pending. Kerja di sekolah mungkin 3x ganda lagi banyak dari ni. Cuba buat yang terbaik! Yosh!
hi pika! im B2B to...
ReplyDeletefollow & link kamu ^_^