Loyal readers

Tuesday, February 7, 2012

Kelebihan seorang isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah…


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai 'pengeluar' manusia.



Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.



Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.



Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.



Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.



Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.



Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.



Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..



Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Di akhirat seorang isteri kalau melihat suaminya terhegeh-hegeh meniti titian, si isteri tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, maka dia boleh bagi pahala kepada suaminya untuk sama-sama masuk syurga.



Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.



Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...



Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Sumber: HERE

p/s: Tingginya darjat seorang isteri di sisi Allah. Tinggi lagi darjat seorang isteri solehah dan seorang ibu mithali. Rasa macam tak sabar nak menjadi seorang isteri. Senang dapat pahala. Senang masuk syurga. InsyaAllah, someday very soon... :)

No comments:

Post a Comment

Love Notes