Loyal readers

Sunday, March 11, 2012

Kerawang, I love.

Assalamualaikum! Happy Sunday everyone! Cuti sekolah secara official bermula hari ini bagi saya. Tapi, masih perlu ke sekolah untuk kelas tambahan esok dan hari Jumaat nanti. Banyakkan bersabar, InsyaAllah.

Hari ni nak share sedikit pasal design wedding stamp atau cop mohor kami berdua. Entrynya ada di sini. Wedding stamp ni akan digunakan untuk cop sampul kad jemputan kahwin dan juga doorgift kepada tetamu nanti.


Sebab saya suka sangat dengan design kerawang ni, jadi saya recycle dan guna jugak pada kad kahwin. Design kad kahwin adalah 100% ciptaan saya dan Zombee. Saya design layout, pilih warna dan sebagainya, Zombee pulak design peta. Kami berdua pilih corak pada kad. Memang tak minta tolong kedai langsung dari segi design. Kedai cuma print sahaja kad kami. Kad jenis poskad sahaja, simple dan murah. Yang penting, seronok dapat menyumbang kepada kerja kahwin sendiri!


Sekarang ni, kad-kad tu sudah dalam perjalanan. Mengikut tracking system, parcel dah sampai di Jitra, Kedah. Sedang sabar menuggu parcel sampai di rumah. Harap-harap hari ini boleh sampai. Tak sabar nak tengok hasil tangan sendiri!

P/S: Setiap hari asyik check wedding countdown. Rasa macam lambat pulak hari bergerak. Esok Zombee sampai sini. Nak shopping hantaran, buat pre wed, tengok wayang, lepaskan gian main bowling. Harap-harap dapat cepatkan masa. :)

2 comments:

  1. akum, nak tnye skit..

    kedai print tu kat mane??

    sekeping dpat brape ringgit??

    saya pun wat kad kawin sendiri, ni ngah cari kedai print yg murah2, hehe, bajet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai tu online je. tp ada ejen2 setiap negeri kalau nk pergi tgk sample. cuba tgk sini http://www.kadborong.blogspot.com/

      Delete

Love Notes