Assalamualaikum semua...Dengan ini saya mengumumkan, Pau Seri sedang mengadakan satu pertandingan untuk bakal-bakal pengantin di luar sana! Pau Seri akan menaja sebanyak 500 biji pau yang mengikut warna tema majlis anda. Tajaan akan diberikan hanya kepada 2 orang yang bertuah sahaja, yang akan berkahwin pada bulan 1-6 dan seorang lagi pada bulan 7-12.
Semenjak dua menjak ni saya sangat aktif join online contest dengan harapan nak menang barangan yang ada kena mengena dengan perkahwinan, jadi contest ni pun tak terkecuali! You see, Pau Seri ni base di Ayer Hitam, Johor, dan majlis bertandang saya nanti semestinya diadakan di Johor! Jadi apa salahnya cuba nasib, kan? :) Mari mula!
1. Kenapa saya perlukan tajaan ini dari Pau Seri
Sebab utama saya inginkan tajaan ni adalah sebab saya penggemar pau yang tegar. Perasa pau yang paling digemari? Kaya! Pau kaya kalau dapat panas2, perghhhhh...!!! Saya suka semua benda kaya, roti kaya, jem kaya, orang kaya. Eh yang last tu tak betul ye. Main-main saja hehe...
Okay, dulu masa saya masih belajar di maktab, cafe maktab ada jual sejenis kuih pau yang teramatlah limited edition. Maksud limited edition ni, pau ni bilangannya setiap hari sangatlah sikit. Dah la pau tu memang sedap dan mneggiurkan sesiapa saya yang terbau. Jadi apa saya buat untuk pastikan setiap hari saya dapat makan pau sedap ni? Saya ponteng kelas! Ya Allah buruknya perangai kau pompuan! Ponteng kelas semata-mata nak makan??? Tapi itulah kisah benar yang telah tejadi. Saya tahu saya seorang perempuan yang 'loqlaq' bak kata orang Kedah.
Masa saya sambung belajar di New Zealand pulak, saya selalu mengidam pau. Tapi saya tak pernah jumpa pau yang dapat menandingi pau cafe maktab tu. Pulak tu, pau-pau yang dijual di New Zealand tak semuanya halal. Ada yang mengandungi gelatin babi lah, gelatin binatang (tak semebelih) la, macam-macam. Tapi saya tak pernah putus asa. Saya cari jugak pau yang halal, dan Alhamdulillah ada beberapa jenama yang mengeluarkan pau halal. Tapi yang sedihnya, pau halal ni semua frozen je. Jadi kena balik kukus sendiri. memang tak sama dengan pau cafe maktab, oh pau kaya....
Jadi kalau Pau Seri sudi menaja majlis perkahwinan saya dengan 500 biji pau mengikut warna tema majlis, memang saya akan makan pau tu banyak2! Hahaha! Ok lah, mungkin saya akan share sikit dengan budak2 dan family, tak lupa jugak dengan husband saya nanti, tapi saya tetap nak bahagian saya tau!
2. Apakah warna tema perkahwinan saya dan bilakah tarikh majlis perkahwinan saya?
Warna tema perkahwinan saya nanti adala putih dan blush. Eh tapi itu belah perempuan ya. Disebabkan Pau Seri adalah bertempat di Johor, jadi saya dah fikir, kalaulah menang tajaan ni, saya nak gunakan untuk majlis bertandang nanti. Majlis bertandang akan diadakan di Pontian, Johor pada minggu pertama atau minggu kedua bulan Disember. Maaflah Puan Pau Seri, tarikh majlis bertandang yang sebenarnya belum dapat ditentukan lagi.
Tapi tarikh majlis nikah dan bersanding dah ade, dalam bulan Ogos nanti InsyaAllah...tu pun kalau Pau Seri tak kisah nak poskan pau sampai Kedah! Tapi takpe, untuk memudahkan pihak Pau Seri, gunakan untuk majlis bertandang pun dah cukup bagus. Warna tema majlis bertandang? Kombinasi yellow, gold, light yellow dan ivory. Zombee (nama manja tunangan saya) pilih warna kuning jadi kami bincang untuk tambah banyak shades kuning supaya kami takkan kelihatan sebagai pengantin pisang atau pengantin DIGI nanti. Cuba bayangkan kalau pau-pau tu nanti warna kuning+pink. Comel!!!
3. Ceritakan kenapa saya memilih pasangan sebagai suami dan pasangan seumur hidup.
Semuanya ada pada nama. Nama sebenar Zombee adalah Syafiq. Nama saya Syafiqah. Jadi bukankah kami dah seperti diprogram untuk satu sama lain? Jawapannya....SALAH! Kami bukan cinta pertama masing-masing. Kami jugak dah berkenal selama 5 tahun sebelum mula menjadi rapat. Masa mula kenal pun kami dah ada pasangan masing-masing. Tapi jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Takdir tertulis yang kami telah bertunang pada 26 November yang lepas dan sedang merancang perkahwinan dalam masa yang terdekat, InsyaAllah.
Jadi, sebab mengapa saya memlih Zombee sebagai pasangan di dunia dan di akhirat nanti? Haruslah sebabnya ada berjuta-juta lemon! Saya bagi di sini 3 sebab utama, okay? :)
3. Entry ni panjang sikit. Tapi ada mengenai kenapa saya hargai Zombee, dia sangatlah prihatin dan tak pentingkan diri langsung. Walaupun dia tak ada duit, dia sanggup belikan saya novel yang saya teringin baca. Terharu!
2. Entry ni pendek je. Beberapa hari lepas majlis graduation, dan beberapa hari jugak lepas kami pergi beli cincin tunang dan cincin kahwin sama-sama. Ada tunjukkan yang dia selalu buat saya gembira, walaupun masa saya marah teramat sangat. Dialah pengubat segala masalah saya.
3. Saya tak perlu explain apa-apa. Sila klik pada link ini. Kalau nak like apa yang anda nampak, silakan. :)
Okay selesai sudah satu entry yang panjang lebar untuk contest Pau Seri. Seronok buat entry ni sebab boleh cerita pada readers juga pasal perihal kahwin dan perihal pasangan masing-masing. Harap-harap Pau Seri enjoy baca entry saya ni. Thanks!
p/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah atau bertanya tentang Pau Seri, sila layari laman Facebook Pau Seri dengan menekan mana-mana link yang tertera Pau Seri. Sama aja semuanya... Ataupun, anda boleh menelefon ke 017-7429133 begin_of_the_skype_highlighting 017-7429133 end_of_the_skype_highlighting dan melawat blog beliau di SINI!
gudluck dear=D
ReplyDeleteThank you~ =)
ReplyDelete