Kak Sitti Nurs ada buat giveaway sempena birthday dia 21st December yang lalu...Hadiahnya adalah sepasang kasut rekaan Kak Sitti Nurs from Rumah Kebaya Malaysia!... Meh kita tengok apa syarat2 contest ni.
*Dipetik dari blog Kak Sitti Nurs*
Assalamualaikum...
Sempena hari ni tarikh Bday saya, mahu sedikit berbagi kebahagiaan dengan kawan2 blogers khususnya B2B :) ada sepasang kasut Wedding dengan Colour Grey dan dihiasi batu2 yang cantik. Saya sendiri yg mendesignnya. mudah2n kalian suka :)
Saya akan bagi FREE kasut ini, Siapa kah yang akan mendapatkannya? :) caranya adalah :
1. B2B yang mempunyai Blog khusus menceritakan perjalanan/preparation weddingnya.
2. Buat Entry yang menceritakan "kasut wedding impian anda"
3. Letak banner dengan 1 gambar, Salah satu baju Kebaya wedding By Sitti Nurs yang anda sukai, dan link kan dengan website : www.rumahkebaya.com.my.
4. Follow dan Link blog Sitti Nurs untuk memudahkan saya mengupdatesnya :)
5. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 31 Januari 2012.
6. Hadiah boleh di ambil sendiri ke gallery Rumah Kebaya Malaysia (RKM) atau boleh juga kami pos kan.
ini dia kasutnya :).
(gambar diambil dengan kamera Iphone )
Selamat Mencoba :)
Cantik tak baju ni? Masa kahwin nnt mmg teringin nak pakai putih pon. Dengan mantilla veil, mmg meletops lah! Good work Rumah Kebaya Malaysia!
Kasut Wedding Impian Saya
Bismillah...Ok sekarang mari kita bercerita pasal kasut idaman hati saya yg nak dipakai utk majlis perkahwinan nanti. Macam saya cakap kat tas nun. saya teringin nak pakai baju warna putih. Ala-ala white wedding gitu...tapi tak white sgt sebab kat sini kita takdak snow ye tuan-tuan dan puan-puan. Kalau dapat baju putih pon, jadilah...Lagipun putih ni menampakkan kesucian, kebersihan, kejernihan, kan? memang simbolik sangat dengan perkahwinan yang merupakan salah satu ibadah suci...
Saya nak kasut tuan puteri! hehehe...
Warna
Berbalik pada kasut. Kalau baju yang dipakai nanti kaler putih, kasutnya kaler apa? Haaa ini salah satu kelebihan kalau pengantin pakai baju putih. Kasutnya kaler apa pun tak kisah! Boleh jugak nak pakai kasut kaler merah menyala, pastu pegang hand bouquet kaler yg sama. Sepadan, bukan? Tapi bagi saya, saya nak kaler2 yg slow saja utk kasut & aksesori ni. Macam hitam ke, kelabu ke, cream ke...Taknak yang terang2 sangat...Nak nampak sweet tp masa yg sama, elegant.
Tinggi
Tinggi pulak, memang saya memerlukan kasut yang tinggi sebab tinggi saya cuma 150cm & bakal suami tingginya 179cm. Memang perbezaan yang ketara sangat! Tapi kalau kasut yg tinggi 8 inci pulak, memang saya akan surrender awal2! Tak reti pakai! Tapi bukanlah saya tak reti pakai kasut heels langsung. Kalau tak buat apa masuk GA Kak Sitti Nurs ni kan? Sebagai seorang cikgu saya boleh bereksperimen dengan kasut yg saya pakai ke sekolah tiap2 hari. Selalunya kasut saya ada heels sikit. Tak tinggi, tapi tak flat juga. Sedang-sedang saja orang cakap... =)
Design
Untuk design pulak, selalunya kasut ke sekolah saya pakai yg simple2 saja. Kebanyakkan memang kasut kosong pun. Jadi untuk majlis kahwin, saya nak pakai kasut yang penuh dengan batu-batu permata yang berkilat-kilat! Mesti lah nak lain dari yang lain masa kahwin, bukan? Satu benda saya belajar dari cerita fairytale Cinderella, kasut memainkan peranan penting bagi seseorang perempuan. Iya la, kalau ke mana-mana asyik pakai selipar jepun je, kita akan nampak selekeh, betul tak? Setakat nak pegi kedai runcik Pak Abu seberang kampung takpe la. Saya nak rasa macam seorang puteri di majlis perkahwinan saya nanti. Kalau boleh, saya nak orang asyik tertanya-tanya, "Mana dia beli kasut tu? Cantiknya!" hehehe.... =D
Source: HERE
Source: HERE
Cuba tengok kasut-kasut kat atas ni. Ya Allah cantiknya!!! Boleh pengsan tau!
Tapi tengok pulak kasut Kak Sitti Nurs kat atas. Batu-batu permata kat kasut dia dia lagi banyak okeh! The more the better! Suka!!! Memang first time tengok dah jatuh cinta pandang pertama. Terima kasih Kak Sitti Nurs sebab bermurah hati mengadakan GA ni. Semoga rezeki Kak Sitti Nurs lebih melimpah-ruah pada tahun 2012 yg akan datang...Dan semoga Kak Sitti Nurs pilih entry saya sebagai pemenang! =)
P/S: Maaf kalau banyak kesilapan ejaan. Entry ni ditulis dalam gelap sebab saya tak boleh tido ni. Hehehe...
goodluck pikah! kina dah link kamu..:)
ReplyDeleteTQ very big, Kina! :)
ReplyDelete