Loyal readers

Friday, December 30, 2011

Wedding Shoes Giveaway by Sitti Nurs (Rumah Kebaya Malaysia)

Assalamualaikum! Malam ni tak boleh tido, jadi mari kita join GA!


Kak Sitti Nurs ada buat giveaway sempena birthday dia 21st December yang lalu...Hadiahnya adalah sepasang kasut rekaan Kak Sitti Nurs from Rumah Kebaya Malaysia!... Meh kita tengok apa syarat2 contest ni.


*Dipetik dari blog Kak Sitti Nurs*


Assalamualaikum...


Sempena hari ni tarikh Bday saya,  mahu sedikit berbagi kebahagiaan dengan kawan2 blogers khususnya B2B :) ada sepasang kasut Wedding dengan Colour Grey dan dihiasi batu2 yang cantik. Saya sendiri yg mendesignnya. mudah2n kalian suka :)


Saya akan bagi FREE kasut ini, Siapa kah yang akan mendapatkannya? :) caranya adalah :


1. B2B yang mempunyai Blog khusus menceritakan perjalanan/preparation weddingnya.
2. Buat Entry yang menceritakan "kasut wedding impian anda"
3. Letak banner dengan 1 gambar, Salah satu baju Kebaya wedding By Sitti Nurs yang anda sukai, dan link kan dengan website : www.rumahkebaya.com.my. 
4. Follow dan Link blog Sitti Nurs untuk memudahkan saya mengupdatesnya :)
5. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 31 Januari 2012.
6. Hadiah boleh di ambil sendiri ke gallery Rumah Kebaya Malaysia (RKM) atau boleh juga kami pos kan.


ini dia kasutnya :).           
(gambar diambil dengan kamera Iphone )












Selamat Mencoba :)




Cantik tak baju ni? Masa kahwin nnt mmg teringin nak pakai putih pon. Dengan mantilla veil, mmg meletops lah! Good work Rumah Kebaya Malaysia!


Kasut Wedding Impian Saya


Bismillah...Ok sekarang mari kita bercerita pasal kasut idaman hati saya yg nak dipakai utk majlis perkahwinan nanti. Macam saya cakap kat tas nun. saya teringin nak pakai baju warna putih. Ala-ala white wedding gitu...tapi tak white sgt sebab kat sini kita takdak snow ye tuan-tuan dan puan-puan. Kalau dapat baju putih pon, jadilah...Lagipun putih ni menampakkan kesucian, kebersihan, kejernihan, kan? memang simbolik sangat dengan perkahwinan yang merupakan salah satu ibadah suci...


cinderella-shoes16
Saya nak kasut tuan puteri! hehehe...

Warna
Berbalik pada kasut. Kalau baju yang dipakai nanti kaler putih, kasutnya kaler apa? Haaa ini salah satu kelebihan kalau pengantin pakai baju putih. Kasutnya kaler apa pun tak kisah! Boleh jugak nak pakai kasut kaler merah menyala, pastu pegang hand bouquet kaler yg sama. Sepadan, bukan? Tapi bagi saya, saya nak kaler2 yg slow saja utk kasut & aksesori ni. Macam hitam ke, kelabu ke, cream ke...Taknak yang terang2 sangat...Nak nampak sweet tp masa yg sama, elegant.

Tinggi
Tinggi pulak, memang saya memerlukan kasut yang tinggi sebab tinggi saya cuma 150cm & bakal suami tingginya 179cm. Memang perbezaan yang ketara sangat! Tapi kalau kasut yg tinggi 8 inci pulak, memang saya akan surrender awal2! Tak reti pakai! Tapi bukanlah saya tak reti pakai kasut heels langsung. Kalau tak buat apa masuk GA Kak Sitti Nurs ni kan? Sebagai seorang cikgu saya boleh bereksperimen dengan kasut yg saya pakai ke sekolah tiap2 hari. Selalunya kasut saya ada heels sikit. Tak tinggi, tapi tak flat juga. Sedang-sedang saja orang cakap... =)

Design
Untuk design pulak, selalunya kasut ke sekolah saya pakai yg simple2 saja. Kebanyakkan memang kasut kosong pun. Jadi untuk majlis kahwin, saya nak pakai kasut yang penuh dengan batu-batu permata yang berkilat-kilat! Mesti lah nak lain dari yang lain masa kahwin, bukan? Satu benda saya belajar dari cerita fairytale Cinderella, kasut memainkan peranan penting bagi seseorang perempuan. Iya la, kalau ke mana-mana asyik pakai selipar jepun je, kita akan nampak selekeh, betul tak? Setakat nak pegi kedai runcik Pak Abu seberang kampung takpe la. Saya nak rasa macam seorang puteri di majlis perkahwinan saya nanti. Kalau boleh, saya nak orang asyik tertanya-tanya, "Mana dia beli kasut tu? Cantiknya!" hehehe.... =D


Source: HERE


Source: HERE

Cuba tengok kasut-kasut kat atas ni. Ya Allah cantiknya!!! Boleh pengsan tau! 

Tapi tengok pulak kasut Kak Sitti Nurs kat atas. Batu-batu permata kat kasut dia dia lagi banyak okeh! The more the better! Suka!!! Memang first time tengok dah jatuh cinta pandang pertama. Terima kasih Kak Sitti Nurs sebab bermurah hati mengadakan GA ni. Semoga rezeki Kak Sitti Nurs lebih melimpah-ruah pada tahun 2012 yg akan datang...Dan semoga  Kak Sitti Nurs  pilih entry saya sebagai pemenang! =)


P/S: Maaf kalau banyak kesilapan ejaan. Entry ni ditulis dalam gelap sebab saya tak boleh tido ni. Hehehe... 

Tuesday, December 27, 2011

Contest Cinta Kami

Assalamualaikum! Another day, another contest, tak gitu? Hehehe...Hari ni nak join Contest Cinta Kami (cewahhh nama contest tuh!)

Ok, contest ni dianjurkan oleh Miszalya Bridal Houze Miszalya Bridal Houze ni terletak di Klang dan mereka menyediakan perkhidmatan make up, pakej perkahwinan dan pertunangan, pelamin, kelas dandanan dan sebagainya. Kepada sesiapa yang berminat mendapatkan perkhidmatan beliau bolehlah contact Miszalya Bridal Houze di:

Email: miszalya@gmail.com
SMS:0176762248


Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:

1) Buat entry mengenai contest ni kat blog korang.
2) Ceritakan mengenai cinta anda bersama pasangan, masukkan 1 keping gambar anda dan pasangan.
3) Minta kawan-kawan blog atau siapa-siapa saja tinggalkan komen kat bawah entry korang. Minta diorang tulis "Vote" then masukkan nama dan blog/facebook diorang kat komen tu.

Tarikh tutup ialah pada 31 Januari 2012

Jika terpilih sebagai pemenang, hadiah yang ditawarkan adalah:
Pelamin Sanding atau
Pelamin Mini atau
Make Up 1x atau
Busana & Aksesori atau
Busana + Aksesori + Make Up 1x atau
Busana + Aksesori + Pelamin Mini

This is the story of how one Syafiq stumbled upon one Syafiqah

Semuanya ada pada nama. Nama sebenar Zombee adalah Syafiq. Nama saya Syafiqah. Jadi bukankah kami dah seperti diprogram untuk satu sama lain? Jawapannya....SALAH! Kami bukan cinta pertama masing-masing. Kami jugak dah berkenal selama 5 tahun sebelum mula menjadi rapat. Masa mula kenal pun kami dah ada pasangan masing-masing. Sedih tak kami bukan cinta pertama masing2? Saya tak tahu apa jawapan pihak sana, tapi bagi saya, saya tak sedih saya bukan cinta pertama dia. I don't want to be his first love, i want to be his last. :) Satu ja harapan saya, if only kami boleh berjumpa awal lagi...

Kami belajar di maktab yang sama selama setahun setengah . Lepas tu saya sambung belajar di Auckland, New Zealand. Dia pulak sambung di United Kingdom. Benua sudah lain-lain. Time difference pon, jangan cakap la. Tapi masa tu smeua perbezaan tu tak penting. Tahu kenapa? Sebab masa tu kami belum rapat pun lagi, inikan pulak be in a relationship.

Lepas balik Malaysia, kami sambung final year dekat maktab di KL. Masa ni la baru rapat. Masa ni la baru kenal hati budi masing-masing. Masa ni la baru jodoh kami bermula. Funny, sebab kami dah kenal lama. Tapi jodoh kami belum sampai agaknya. I met the wrong men, and he met the wrong girls. Yang pasti, Tuhan memang ada perancangan untuk kami.

Jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Takdir tertulis yang kami telah bertunang pada 26 November yang lepas dan sedang merancang perkahwinan dalam masa yang terdekat, InsyaAllah. 

Sebab mengapa saya memlih Zombee sebagai pasangan di dunia dan di akhirat nanti? Haruslah sebabnya ada berjuta-juta lemon! Saya bagi di sini 3 sebab utama, okay? :)

3. Entry ni panjang sikit. Tapi ada mengenai kenapa saya hargai Zombee, Dia sangatlah prihatin dan tak pentingkan diri langsung. Walaupun dia tak ada duit, dia sanggup belikan saya novel yang saya teringin baca. Terharu!


2. Entry ni pendek je. Beberapa hari lepas majlis graduation, dan beberapa hari jugak lepas kami pergi beli cincin tunang dan cincin kahwin sama-sama. Ada tunjukkan yang dia selalu buat saya gembira, walaupun masa saya marah teramat sangat. Dialah pengubat segala masalah saya.


3. Saya tak perlu explain apa-apa. Sila klik pada gambar atau link kat bawah ini. Kalau nak like apa yang anda nampak, silakan. :)
...atau klik di sini!


Semuanya 100% usaha Zombee. He surprised me with this gift. Untungnya saya. :)

Oh, sebelum terlupa ada satu trivia yang kami tak pernah share dengan orang lain. Masa kami kecik2, walker kami sama! Hoyeah! Jodoh di situ kah? Haha. Tahu tak walker tu apa? Alah yang budak2 kecik kaki tak cukup kuat naik tu... Meh sini nak tunjuk.:

I'm sexy and I know it  =p Kat sebelah tu my cousin.

Budak montel!

Sama kan? Hahaha. Walaupun saya punya takde customize nama kat walker tu, tapi saya tetap comel. :)

Mari tengok tumbesaran sihat kami selepas lebih 23 tahun:

Yang sexy maintain sexy, yang montel...errr...urm...errrr.....

Cerita kami ni, boleh jugak diibaratkan macam drama dolu2 Kutub Utara Kutub Selatan. Kenapa? Sebab saya tinggal dan bekerja di Kedah, Zombee pulak tinggal dan bekerja di Johor. Sebab distance yang jauh, kami jarang berjumpa sangat. :(

Terima kasih buat Miszalya Bridal Houze kerana mengadakan contest beserta hadiah2 lumayan ni! :)

P/S: Kepada readers entry ni, boleh tak tolong tinggalkan komen tulis "VOTE" dan tinggalkan link blog/FB anda? Kira macam undi jugak la... Thank you so much! :)


Monday, December 26, 2011

End Year Random Giveaway

Hello! Kali ni nak join GA lagi lah. Syarat2 mmg senang sgt & pemenang dipilih berdasarkan random vote. Cuti-cuti sekolah ni duduk rumah takde buat apa pon, so jom join! 



But FIRST , semua contestants wajib klik SINI dulu :)


Syarat-syarat berikut :
-Letak tajuk 'End Year Random Giveaway' 
-Letak banner yang tertera diatas. 
-Mesti ada blog. Kalau tadak hang tunggu la sampai berjuta enam kat pintu pagar rumah Sara sekalipun, takkan pernah Sara n Hana kasik -,- 
-WAJIB follow blog Sara dan GrannyHana . Wajib tau , jangan kata sunat or whatever :) 
-WAJIB jugak like fanpage Hana dan Auntie Sara
-Pastikan korang letak tajuk entry 'End Year Random Giveaway'. 
-Korang promote la entry korang tu, sebab ada hadiah untuk top referral. 
-Dah cukup semua syarat-syarat tu? Tunggu apa lagi. Jom la rebut hadiah. 
      

Klik sini untuk lihat HADIAH. Dan klik kat sini jugak : Menang iPad2 dengan bermain game di ASTRO CERIA !

P/S: Semalam mimpi borong wedding paperbag yg cute + murah dengan Zombee. Hehe...

Wednesday, December 21, 2011

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY

Another GA joined, just for fun! Plus the gift is adorable, so why not try my luck? :)

Tote Boutique Giveaway

If you are interested in cute custom made home sewn tote bags or wallets, you can swing by HERE and check out their amazingly adorable masterpieces!

Sunday, December 18, 2011

Hand bouquet MURAH untuk disewa!

Saya buat keputusan untuk menyewakan bekas-bekas hantaran yg saya gunakan utk majlis bertunang hari tu, dengan hanya RM5 sebuah sahaja! Kalau berminat boleh tgk post di sini. Saya jugak nak sewakan hand bouquet yg saya gunakan masa majlis bertunang hari tu. Pick up di Jitra/Changlun, atau boleh diposkan ke seluruh Malaysia. Saya sewakan dengan harga yg murah sahaja, hanya RM15! Kos pembuatan mencecah RM60 jugak ni. So, what do you need to know about my beautiful DIY hand bouquet?

Flower type: Roses
Colour: Peach+pink
Details: Pink cute pearls di atas bunga, white pearls+satin+riben organza di pemegang
Condition: Baru! (digunakan sekali sahaja)
Saiz: Medium (+- 30cm diameter)
Harga: RM15 sahaja! (tidak termasuk kos penghantaran)
Deposit keselamatan sebanyak RM20, akan dipulangkan sekiranya tiada kerosakan pada bunga




Handbouquet in action di majlis pertunangan saya!

Dan lagi...

Dan lagi satu...hehe...sori iklan... :)

Sesuai untuk brides yang warna bajunya pink, peach, cream, putih, merah, kuning, atau sewaktu dengannya. Untuk keterangan lanjut tentang proses saya buat handbouquet ni, boleh ke blog saya yg lagi satu kat Wordpress.

Berminat? PM saya di littlemissdragonluvsquid@yahoo.com atau tinggalkan komen anda di post ni! Terima kasih!

Jenis-jenis Handbouquet untuk B2B

Terjumpa page ni pagi tadi. Saja2 nak share, boleh jadi bahan rujukan B2B kat luar sana. Tapi cuma ada jenis2 handbouquet ja. Boleh study dan order jenis yg spesifik dari vendor, lagi senang, kan? Enjoy! :)

Friday, December 16, 2011

Alang Giveaway!

Assalamualaikum semua...

ALANG ada buat satu giveaway utk tolong kawan dia dapat tiket MAS percuma balik Malaysia! Dari UK tau! Sweet kan? Bagus dapat kawan camni...Saya boleh relate la sikit dengan orang yang belajar sambil merantau ni. Kalau dapat tiket free, memang peluang takkan dilepaskan punya! 

Source: ALANG


Ok, kat bawh ni adalah T&C yang  ALANG  tetapkan:
1) Klik, Like dan Vote
2) Tell me my friend's FULL name
3) tell me what her current ranking when you have vote (only can see after you have voted)
4) FOLLOW BLOG ALANG~optional je..tapi..follow lah ye..hihi
5)Copy LOGO kat atas, dan buat sticky post kat blog korang, LINK kan logo dengan BLOG Alang ok! ASK YOUR READER TO GO TO MY BLOG TO JOIN^_^no need longgg post..just the logo and T&C
6) Jangan letak jawapan u 'olls dalam post u'ollss..letak jawapan dgn link blog korang kat komen post ni. Get it?Kat post korang letak logo dan T&C ONLY
This will end on 18 DISEMBER 2011 jam 12TENGAH MALAM.

Hanya yang mengikut T&C akan di kira join dengan valid nya..

Kalau kawan dia ada di ranking Top 5, ada 8 secret gift waiting utk semua peserta! Sekarang kawan dia memang dah ada dalam Top 5, jadi InsyaAllah akan ada 8 hadiah nanti.  Teruskan mengundi! Haa...berminat? Kalau berminat sila tengok T&C kat atas atau boleh rujuk balik blog ALANG! Good luck to all!

Semoga Allah memurahkan rezeki kami dan mempermudahkan segalanya, InsyaAllah...

Giveaway First Opening Dippy Lyn's Collection

Siapa suka bunga DIP? Bunga DIP ni apa ya? Dulu2 tak pernah tau pun apa bunga DIP ni. Asyik panggil bunga kain ja. Sekarang dah tau ok! Cantik bunga ni. Unique. Boleh simpan lama-lama pulak tu. Memang best la kalau dapat bunga pahar yang diperbuat daripada bunga DIP ni! *mula berangan*

Sekarang ni Dippy Lyn's Collection tengah buat give away untuk B2B out there. Tujuan GA ni adalah untuk mempromosikan Dippy Lyn's Collection dan jugak untuk Cik Lyn tambah koleksi bunga DIPnya...


Hadiah tempat pertama: BUNGA DIP pahar berharga lebih RM250.

*Pemenang ke-2 akan diberi kalau penyertaan lebih 150 org.

*Pemenang ke-3 pula akan diberi if lebih 200 penyertaan.

Keputusan akan dipilih melalui RANDOM.ORG

Tarikh tutup penyertaan 31 DEC 2011 jam 2359

Jadi meh la kita join ramai-ramai supaya peluang nak menang tu bertambah lagi banyak, kan? kan?

 So now mari kita tengok syarat2 penyertaan:

Syarat Penyertaan:

1. Peserta mestilah seorang BLOGGER - CHECK!

2. Peserta mestilah seorang follower blog beeflyingtohoney - CHECK!

3. Buat satu entry bertajuk Giveaway First Opening Dippy Lyn's Collection - CHECK!

4. Letak banner di bawah ini di blog anda - CHECK!

5. TAG 2 orang rakan blog anda - CHECK!

6. Letakkan entry post anda di bahagian komen - CHECK!

7. SIAP!!!

Senang ja kan? So sekarang mari kita tag bakal2 B2B out there yang mungkin berminat nak join contest ni... jom MIZA & DZETI? Nak join tak, girls? ;)

Semoga Allah memurahkan rezeki kami, dan mempermudahkan segalanya,InsyaAllah...

Thursday, December 8, 2011

Pau Seri Ayer Hitam, Johor

Assalamualaikum semua...Dengan ini saya mengumumkan, Pau Seri sedang mengadakan satu pertandingan untuk bakal-bakal pengantin di luar sana! Pau Seri akan menaja sebanyak 500 biji pau yang mengikut warna tema majlis anda. Tajaan akan diberikan hanya kepada 2 orang yang bertuah sahaja, yang akan berkahwin pada bulan 1-6 dan seorang lagi pada bulan 7-12. 

Semenjak dua menjak ni saya sangat aktif join online contest dengan harapan nak menang barangan yang ada kena mengena dengan perkahwinan, jadi contest ni pun tak terkecuali! You see, Pau Seri ni base di Ayer Hitam, Johor, dan majlis bertandang saya nanti semestinya diadakan di Johor! Jadi apa salahnya cuba nasib, kan? :) Mari mula!

1. Kenapa saya perlukan tajaan ini dari Pau Seri

Sebab utama saya inginkan tajaan ni adalah sebab saya penggemar pau yang tegar. Perasa pau yang paling digemari? Kaya! Pau kaya kalau dapat panas2, perghhhhh...!!! Saya suka semua benda kaya, roti kaya, jem kaya, orang kaya. Eh yang last tu tak betul ye. Main-main saja hehe...

Okay, dulu masa saya masih belajar di maktab, cafe maktab ada jual sejenis kuih pau yang teramatlah limited edition. Maksud limited edition ni, pau ni bilangannya setiap hari sangatlah sikit. Dah la pau tu memang sedap dan mneggiurkan sesiapa saya yang terbau. Jadi apa saya buat untuk pastikan setiap hari saya dapat makan pau sedap ni? Saya ponteng kelas! Ya Allah buruknya perangai kau pompuan! Ponteng kelas semata-mata nak makan??? Tapi itulah kisah benar yang telah tejadi. Saya tahu saya seorang perempuan yang 'loqlaq' bak kata orang Kedah.

Masa saya sambung belajar di New Zealand pulak, saya selalu mengidam pau. Tapi saya tak pernah jumpa pau yang dapat menandingi pau cafe maktab tu. Pulak tu, pau-pau yang dijual di New Zealand tak semuanya halal. Ada yang mengandungi gelatin babi lah, gelatin binatang (tak semebelih) la, macam-macam. Tapi saya tak pernah putus asa. Saya cari jugak pau yang halal, dan Alhamdulillah ada beberapa jenama yang mengeluarkan pau halal. Tapi yang sedihnya, pau halal ni semua frozen je. Jadi kena balik kukus sendiri. memang tak sama dengan pau cafe maktab, oh pau kaya....

Jadi kalau Pau Seri sudi menaja majlis perkahwinan saya dengan 500 biji pau mengikut warna tema majlis, memang saya akan makan pau tu banyak2! Hahaha! Ok lah, mungkin saya akan share sikit dengan budak2 dan family, tak lupa jugak dengan husband saya nanti, tapi saya tetap nak bahagian saya tau!

2. Apakah warna tema perkahwinan saya dan bilakah tarikh majlis perkahwinan saya?

Warna tema perkahwinan saya nanti adala putih dan blush. Eh tapi itu belah perempuan ya. Disebabkan Pau Seri adalah bertempat di Johor, jadi saya dah fikir, kalaulah menang tajaan ni, saya nak gunakan untuk majlis bertandang nanti. Majlis bertandang akan diadakan di Pontian, Johor pada minggu pertama atau minggu kedua bulan Disember. Maaflah Puan Pau Seri, tarikh majlis bertandang yang sebenarnya belum dapat ditentukan lagi.

Tapi tarikh majlis nikah dan bersanding dah ade, dalam bulan Ogos nanti InsyaAllah...tu pun kalau Pau Seri tak kisah nak poskan pau sampai Kedah! Tapi takpe, untuk memudahkan pihak Pau Seri, gunakan untuk majlis bertandang pun dah cukup bagus. Warna tema majlis bertandang? Kombinasi yellow, gold, light yellow dan ivory. Zombee (nama manja tunangan saya) pilih warna kuning jadi kami bincang untuk tambah banyak shades kuning supaya kami takkan kelihatan sebagai pengantin pisang atau pengantin DIGI nanti. Cuba bayangkan kalau pau-pau tu nanti warna kuning+pink. Comel!!!


3. Ceritakan kenapa saya memilih pasangan sebagai suami dan pasangan seumur hidup.

Semuanya ada pada nama. Nama sebenar Zombee adalah Syafiq. Nama saya Syafiqah. Jadi bukankah kami dah seperti diprogram untuk satu sama lain? Jawapannya....SALAH! Kami bukan cinta pertama masing-masing. Kami jugak dah berkenal selama 5 tahun sebelum mula menjadi rapat. Masa mula kenal pun kami dah ada pasangan masing-masing. Tapi jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Takdir tertulis yang kami telah bertunang pada 26 November yang lepas dan sedang merancang perkahwinan dalam masa yang terdekat, InsyaAllah. 

Jadi, sebab mengapa saya memlih Zombee sebagai pasangan di dunia dan di akhirat nanti? Haruslah sebabnya ada berjuta-juta lemon! Saya bagi di sini 3 sebab utama, okay? :)

3. Entry ni panjang sikit. Tapi ada mengenai kenapa saya hargai Zombee, dia sangatlah prihatin dan tak pentingkan diri langsung. Walaupun dia tak ada duit, dia sanggup belikan saya novel yang saya teringin baca. Terharu!


2. Entry ni pendek je. Beberapa hari lepas majlis graduation, dan beberapa hari jugak lepas kami pergi beli cincin tunang dan cincin kahwin sama-sama. Ada tunjukkan yang dia selalu buat saya gembira, walaupun masa saya marah teramat sangat. Dialah pengubat segala masalah saya.


3. Saya tak perlu explain apa-apa. Sila klik pada link ini. Kalau nak like apa yang anda nampak, silakan. :)



Okay selesai sudah satu entry yang panjang lebar untuk contest Pau Seri. Seronok buat entry ni sebab boleh cerita pada readers juga pasal perihal kahwin dan perihal pasangan masing-masing. Harap-harap Pau Seri enjoy baca entry saya ni. Thanks!

p/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah atau bertanya tentang Pau Seri, sila layari laman Facebook Pau Seri dengan menekan mana-mana link yang tertera Pau Seri. Sama aja semuanya... Ataupun, anda boleh menelefon ke 017-7429133 begin_of_the_skype_highlighting            017-7429133      end_of_the_skype_highlighting  dan melawat blog beliau di SINI!



Thanks for reading!


Wednesday, December 7, 2011

Stunning Me!! by Qaseh Elyn

P/S: Saya terpanggil untuk menyambung post sticky note ini dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Anda boleh pilih anda lebih selesa nak baca yang mana, okies? :)

*Entry in English*

Attention! This is a sticky post. Thank you.

I joined a competition by Qaseh Elyn where she is giving away veil+inner to 3 lucky brides-to-be! I guess I might as well try my luck and if Allah permits, Elyn might choose me as the winner, and I'll get my dream veil for my wedding in 2012! Amin, Ya Rabbal Alamin...Teacher Syafiqah needs to cut cost on the wedding because she has a small salary only...

Hello! I am a contest badge from HERE!

The terms and conditions of the contest, if you are interested too.

My dream wedding scarf+veil. That is a very serious topic to be discussed, especially among girls. As for my wedding scarf+veil, I always loved the ones that look different than the others. But let's look at the two items separately first. 

1. Scarf/inner

Now let's discuss about the scarf/inner. I prefer something that is not similar to what I wear to work or when going out everyday. Not tudung bawal, not tudung syria, not tudung express. I want something unique, something extraordinary, something magnificent! Something that people will see me in and say... "Ahhhh...cantiknya...tudung dia." Haha! Okay okay I do want people to think I'm pretty when I wear my dream veil. *blushing* For the scarf, I want the edge of the scarf/inner to be filled with flowery fabrics, or as we say it in Malay, 'kerawang'. Maybe something like these:
 
2. Veil


As for he second but equally important item, the veil, I always dream of a beautiful big fairytale wedding. I mean, no, I don't want a pumpkin carriage or my future husband to ride on a horse. I just want a white wedding. I want to be the Cinderella on my wedding day. Actually my favourite Disney Princess is Aurora from Sleeping Beauty, but... Eh, I'm out of topic already. Sometimes I think I talk too much, especially when I'm in class. Poor students...

Back to the veil. I adore simple yet elegant veils, especially the long ones. Reallyyyyy long ones, the one that you sit down and people can accidentally walk over it. I think they are called the chapel veil or something like that. It doesn't have to be full with beads or 3D flowers feathers or whatnot. A simple veil will suffice. I like simplicity and tidiness, so I want the veil to reflect my personal values. Worn with elaborated scarf with 'kerawang', it'll be a perfect combination!! And I won't be needing any tiara. Ka-ching! Save some money!

The design of the veil, like I mentioned earlier, should just be simple yet elegant. A little 'kerawang' at the edge to make it look sweeter, not too full, not too plain. And the material should be soft and smooth chiffon, like my sister's hair after using Rejoice shampoo. "Seperti rawatan minyak panas", they say. Okayyyy, back to the veil. It should look something like these:

Looking at the portfolio in the website of Elyn Creation, I believe Elyn can make my dream come true. I have no doubt that she can make a veil this beautiful, this unique, this magnificent. Wheather she will choose me as the winner or not, that is entirely up to her, right Elyn? *wink wink*  :D

Sebarang pertanyaan bole emel terus ke Elya di elyncreation@gmail.com. She makes the most beautiful things you have ever seen.


*Entri dalam Bahasa Melayu*

Perhatian! Ini adalah 'sticky post'. Terima kasih.

Saya sertai pertandingan oleh Qaseh Elyn dimana beliau akan menghadiahkan layah+inner kepada 3 orang bakal pengantin yang bertuah! Saya rasa alang-alang saya patut mencuba nasib dan kalau diberkati Allah, Elyn akan pilih saya sebagai pemenang dan saya boleh dapat layah perkahwinan impian saya! Amin, Ya Rabbal Alamin...Cikgu Syafiqah perlu jimat kos kahwin sebab gaji dia kecik saje...

Hai saya adalah 'badge' pertandingan dari SINI!

Syarat dan terma pertandingan, jika anda berminat juga.

Tudung+layah impian perkahwinan saya. Satu tajuk yang serius untuk diskusi, terutamanya sesama wanita. Bagi saya, saya sukakan tudung+veil yang tampak lain dari yang lain. Tapi, mari kita lihat 2 item ni secara berasingan dulu.

1. Tudung/inner

Sekarang mari bincang pasal tudung/inner. Saya inginkan sesuatu yang berbeza dengan apa yang saya pakai ke tempat kerja atau bila keluar tiap2 hari.Bukan tudung bawal, bukan tudung syria, bukan tudung ekspres. Saya mahukan seusatu yang unik, yang luar biasa, yang menakjubkan! Sesuatu yang bila orang nampak saya pakai, orang akan cakap... "Ahhhh...cantiknya...tudung dia." Haha! Okay okay Saya nak orang rasa saya cantik masa pakai layah impian ni. *malu* Bagi tudung pula, saya mahukan tepi atau sisi tudung/inner dijahit dengan fabrik bercorak bunga-bunga atau berkerawang. Mungkin sesuatu seperti ini:


2. Layah

Bagi item kedua yang sama pentingnya, layah, saya selalu impikan perkahwinan yang bagaikan kisah 'fairytale'. Maksud saya, saya bukan nak kereta labu atau bakal suami saya naik kuda. Saya cuma mahukan perkahwinan yang serba putih. Saya nak jadi Cinderella pada hari perkahwinan saya. Sebenarnya watak Puteri Disney yang paling saya suka ialah Aurora dalam Sleeping beauty....tapi...Eh, saya dah keluar topik dah. Kadang2 saya rasa saya cakap banyakkkk sangat, terutamanya bila dalam kelas. Kesian pelajar kena bebel ngan saya...

Berbalik kepada layah. Saya suka layah yang simple tapi elegan, terutamanya yang panjang. Yang sangatttt panjangggggg, yang orang boleh terpijak bila kita duduk. Saya rasa namanya 'chapel veil' kot.Tak perlu penuh dengan manik atau bunga 3D atau bulu-bulu. Yang simple dah cukup. Saya sukakan simple dan kemas, jadi saya mahukan layah tu menggambarkan keperibadian saya. Kalau pakai dengan tudung yang penuh kerawang, mesti jadi kombinasi yang sempurna! Dan saya tak perlu lagi pakai tiara. Ka-ching! Jimat duit!


Design layah, macam saya cakap tadi, perlu simple tetapi elegan. Sedikit kerawang kat hujung untuk tampak manis, tak terlalu penuh, tak terlalu kosong. Dan bahan haruslah chiffon lembut, macam rambut adik saya lepas pakai shampoo Rejoice. "Seperti rawatan minyak panas", katanya. Okayyyy, kembali ke layah. Mungkin macam ni:

Tengik portfolio dalam website Elyn Creation, saya percaya Elyn boleh jadikan impian saya satu kenyataan. Saya yakin beliau boleh buat layah yang cantik, unik dan menakjubkan macam ni. Tapi sama ada beliau pilih saya sebagai pemenang atau tidak, semua tu terserah pada beliau, betul kan Elyn?*wink wink*  :D

Sebarang pertanyaan bole emel terus ke Elya di elyncreation@gmail.com. Dia dah buat macam-macam yang cantik sangat!