Assalamualaikum readers & bride-to-be! Sebelum ini, saya ada pernah cerita nak letakkan 4 benda dalam doorgift bag majlis nanti. Tapi disebabkan Mama cakap suruh letak 2 benda saja, Yassin & gula-gula, saya pun akur. Jadi bermula minggu lepas saya, Mama & 2 orang adik lelaki saya mulakan operasi doorgift. Most of the time, budak 2 ekor tu bukan nak tolong pun. It's just me and my Mom. Tapi bila diorang tolong, rasa lega sikit. Ringan bebanan kerja. So sekarang dalam proses masukkan Yassin & gula-gula dalam paper bag, lepas tu stapler, lepas tu bungkus masuk kotak. Bunyi macam mudah tapi bila nak buat 1500 pcs, rasa nak tercabut tangan tercabut leher tercabut kaki. Letihnya! Sampai pukul 11.30PM tadi, kami berjaya buat separuh saja. Sejak pagi kot! Tak berhenti. InsyaAllah, esok sambung lagi, nak bagi habis terus. Sebab next week nak fikir benda lain pulak...
Stesyen doorgift mesti kena depan TV!
Doorgift yang sudah ready
Doorgift yang dah pack masuk kotak. Ini baru separuh okeh! Adoi!
Untuk doorgift VIP yang akan diberi kepada keluarga Zombee yang datang naik bas ramai-ramai tu, saya beli beg yang sedikit besar. Sebabnya, nak masukkan sekotak cawan yang saiznya medium. Kalau pakai beg yang bagi kepada tetamu, tak muat. Dalam doorgift VIP ada cawan, sapu tangan, gula-gula, kerepek ubi pedas & kuih siput yang dah ready-packed.
Doorgift VIP utk keluarga Zombee. Gigih saya polish cawan-cawan ni satu persatu tau! Nak buang tanda harga punyalah susah!
Ready-made kotak utk cawan VIP
Cawan masuk kotak
Ok sekarang mari beradu dulu. Tugasan hari Jumaat menanti. Hari Sabtu dah la kena pergi kursus. Wuuwwuuuuuuuuu! :'(





