Loyal readers

Sunday, April 29, 2012

Persiapan honeymoon


Passport dah renew.
Flight tickets dah confirm.
Accomodation dah bayar.
Ground arrangement dah settle.
Lepas ni shopping sexy lingerie pulak. Huahuahua! =D

Monday, April 23, 2012

Deco doorgift: Yassin

Assalamualaikum! Waaaa rasa dah lama sangat tak update blog ni! Kerja kahwin pun dah berminggu-minggu tertangguh. Tapi hari ni Alhamdulillah, dah mula on track. 

Hari ni nak cerita pasal doorgift majlis perkahwinan saya nanti. Setiap tetamu akan dapat sebuah beg kertas warna pink+purple. Dalam tu ada isi Surah Yassin, kotak telur berisi gula-gula, item A dan item B. Yang kanak-kanak dan bukan Islam akan dapat benda-benda yang sama kecuali Surah Yassin. Kenapa item A dan item B? Sebab saya masih belum dapat idea nak letak apa, sedangkan masa dah sangat suntuk. Mungkin makanan, mungkin benda yang boleh dipakai sehari-harian.

Petang tadi terlintas idea di kepala saya, nak bagi senduk nasi. Convenient, orang boleh pakai semula, memang semua orang tak kira dah berkeluarga atau bujang tentu akan pakai ni. Kalau tak buat cedok nasi pun, boleh buat cedok lauk. Tapi idea ni masih dalam stage brainstorming. Perlu fikir mana nak borong 2000 biji senduk nasi (Langkawi!!!!) dan perlu fikir kosnya jugak. Tengok la macam mana. Sapa-sapa ada idea untuk doorgift perkahwinan, boleh kongsi tak?

Oh sebelum terlupa, saya nak kongsi deco doorgift Surah Yassin. Idea asal nak letak dalam brown paper bag tapi mama tak setuju sebab selekeh sagat katanya. Wuuuuu... Baru berangan nak deco ngan riben, doily paper semua.

So saya tukar, sekarang ni saya letak Surah Yassin tu dalam plastik jernih, yang orang guna balut makanan tu.  Print ucapan terima kasih atas sticker yang kecil, kemudian tampal.


As a finishing touch, saya tambahkan bunga kerdil warna merah hati dia atas plastik suapaya nampak cute dan comel! :)  p/s: Kenapa dalam gambar bunga tu jadi warna cokelat? Musykil....


Final product? 


Tadaaaa! Simple and affordable. Yang penting, mudah dan presentable. Nak buat sorang-sorang bukan senang ni.... Lepas siap ni, suka pulak tengok dalam plastik sebab nampak kemas. Plus, boleh nampak TQ tag ucapan terima kasih tu dari luar. Ada hikmah mengikut cakap bonda, kan?

Nak tau cost saya buat semua ni?

Kertas sticker - RM 0.50 sekeping (boleh dapat 33 keping TQ tag)
Plastik - RM 1.20 sebungkus ( kira-kira 40-45 keping plastik sebungkus)
Bunga kerdil - RM 20.00 sebungkus (lebih kurang 2000 bunga)

Total semua, saya malas nak kira. Yang penting, saya tau, murah & mudah. :)

Tuesday, April 17, 2012

Wedding countdown project: 40 hari lagi!


On a side note, Happy Birthday to my wonderful fiancee, Syafiq Md Yusof! I promise to always love and cherish you, even on the darkest of days. 

I hate the way you talk to me and the way you cut your hair. I hate the way you drive my car; I hate it when you stare. I hate your big dumb combat boots and the way you read my mind. I hate you so much that it makes me sick. It even makes me rhyme. I hate the way you're always right. I hate it when you lie. I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry. I hate the way you're not around, and the fact that you didn't call. But mostly I hate the way I don't hate you. Not even close, not even a little bit, not even at all.
— 10 Things I Hate About You

Sunday, April 15, 2012

Teaser: Busana majlis pernikahan


Design untuk baju nikah ni cuma buat baju kurung moden ja... Simple. Sebab utamanya, nak pakai lagi lepas majlis ni, untuk pergi kenduri, dinner, function, etc. Upah pun pada tailor yang biasa-biasa saja, tailor yang sama jahit baju tunang saya dulu. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan. Sangat suka! Sekarang perlu cari tudung kemudian tampal lace yang matching ni. Excited!

Tak sampai 50 hari lagi. Doakan semuanya berjalan lancar, amin.~

Thursday, April 12, 2012

ShareYourLoveWithCards first GA!




Cute right? Now you totally want something like this for your wedding guestbook right??! You can! Shareyourlovewithcards is having their first GA. If you are the lucky chosen winner, you can win this oh-so-adorable guestbook for free! Yes FREEE!!!!

OK! Now, let's check out how you can participate:
1. Anyone can join this giveaway.
3. Just make a post about this giveaway at your blog /facebook /twitter.
4. Please leave the detail at the comment box here :
- Your full name
- Your email address
- Your Posted Link

The deadline for this giveaway is on 30th of April 2012. Winners of this giveaway will be picked randomly and will be announced on the first week of May 2012.


Goodluck peeps! :)

Tuesday, April 10, 2012

Tamak Haloba

Assalamualaikum! How are you doing today? Mesti tengah plan macam2 sebab esok public holiday kan? Heheheh...Ada sapa-sapa nak dating tengok Titanic 3D esok? Best nya dapat cuti, kan? Boleh siapkan kerja kahwin yang tertangguh. Tapi esok saya mungkin stay kat rumah ja, Skype-ing dengan Zombee to catch up and bincang hal2 kahwin. We've been too busy since March, we didn't really have time to take it slow and have a nice, meaningful conversation. So yeah, looking forward to tomorrow! 

Oh yes, back to business. Kepada sesiapa yang sudah tengok atau sedang buat wedding checklist saya sebagai rujukan anda sendiri, mungkin ada yang hairan kenapa saya ada 3 sesi post-wedding? Gila camera gamaknya? Sebenarnya, dalam bulan Februari lepas, saya dah booking 1 sesi pre-wedding  dengan JAC Photography dan 1 sesi post-wedding dengan Stareast Wedding. Masa tu, semua hal photography dan videography dah settle, dan saya pun bahagia sebab dapat pakej yang sangatttttt berpatutan.

Mungkin rezeki nak mendirikan masjid, Alhamdulillah lepas dua minggu, saya menang contest anjuran MusArtworks yang saya join dalam bulan Januari kalau tak silap. Masa menang tu memang tak sangka sebab tak pernah menang contest yang besar-besar camni, kalau menang pun yang kecik2 aja. Syukur sangat2 Ya Allah! Apa yang saya dapat? Saya dapat free pre/post wedding portraiture dan RM200 cash voucher MusArtworks. Saya pilih nak post wedding sebab  MusArtworks juga akan jadi official photographer di hari bahagia saya nanti. So saya cuma perlu bayar kos pengangkutan sekali saja, untuk datang wedding, dan 2 hari lepas tu buat post-wedding pulak. Kalau buat bulan lain-lain, kena bayar dua kali transportation cost. Pokai la I huhuhu....Tambah pulak, saya tak cancel pre-wedding ngan post-wedding yang saya dah booking awal-awal tu sebab dah bayar habis, bukan bayar deposit saja. Nanti rugi la, wang tak dapat dikembalikan hehe....

Dalam masa yang sama, saya juga ada join 1 contest kat Facebook, lepas diajak oleh kawan saya Miza. Masa masuk contest tu, memang masuk sebab suka-suka dan tak terlintas langsung nak usaha lebih. Sebab masa tu tengah busy dengan kerja. Masa result keluar pun saya tak check sebab langsung terlupa pasal contest tu. The next morning, masa saya di sekolah untuk kelas tambahan hari Jumaat, Miza text dan cakap congratulations sebab menang contest. Mula2 agak blur sebab tak tau contest apa. Tapi sabar tunggu, lepas habis kelas terus balik dan check Facebook. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, menang contest anjuran Ken Soh Studio. Kali ni rezeki berupa pre-wedding package bernilai RM 3000. Masa dapat tau ni nak menangis pun ada sebab terkejut yang amat sangat. Lepas contact dengan Ken Soh Studio, diorang setuju buat post-wedding instead of pre-wedding sebab kesuntukan masa dan halangan bride & groom-to-be yang jauh, sorang di utara dan sorang di selatan tanahair. Jadi kami akan shoot dalam bulan Jun atau Julai. To Miza, thank you for telling me about the contest. Tak belanja hang makan lagi kan? :)

Jadi, tu lah sebabnya saya ada 1 pre-wedding dan 3 post-wedding. Tamak haloba kah? Bukan. Rezeki Allah dah bagi, saya cuma terima dengan penuh rasa syukur. Alhamdulillah. Korang juga boleh cuba masuk mana-mana contest yang berminat nak masuk. Rezeki Allah ada di mana-mana. Kita cuma perlu usaha. InsyaAllah.

Till we meet again!


Saturday, April 7, 2012

Wedding countdown project: 50 hari lagi!

Launching our first photo for the wedding countdown project!

Plan asal memang nak upload gambar behind the scene dan sneak peek dulu, tapi masa pula tak mengizinkan. Mungkin nanti kita buat lepas countdown habis lah!

So, here goes!

50 hari lagi! :)

Thursday, April 5, 2012

CikSusu 1st Giveaway

*sticky post until 30th April 2012

Assalamualaikum! Hari ni saja-saja nak join satu contest lagi.

Mana tau, kot-kot ada rezeki di sini kan... :)


Syarat-syarat penyertaan:

1) Wajib follow blog CikSusu [done]
2) Wajib like link contest ni
3) Wajib buat sticky post contest ini sehingga 30 April 2012 [done]
4) Wajib tag 5 orang dan maklumkan kepada mereka [done]
5) Wajib tinggalkan komen di entry ini ~ sertakan nama, emel, dan link blog [done]

Hadiah:
Hadiah adalah untuk 3 orang pemenang yang akan ditentukan oleh random.org
Hadiah bernilai RM50, RM30 dan RM20
Tema hadiah adalah cantik dan wangi

Nak tag:


Goodluck all!

Monday, April 2, 2012

Daddy's Little Girl Contest winners!!!


Miza - Artificial flower handbouquet with her own choice of colour
Izyan Mukhtar - 2 personalized fridge magnets & 2 magnetic photo bookmark
Sarah Syafiq - 2 personalized fridge magnets & 2 magnetic photo bookmark

Congratulations to all the winners and Mr. Random.org for helping me to choose the winners hehe...

Thank you for joining this contest! 

P/S: Winners please email me at littlemissdragonluvsquid@yahoo.com to claim your prizes.

Sunday, April 1, 2012

Daddy's Little Girl Contest is officially closed!

My first contest is officially over and done with! Thank your for the participation and endless support from friends and loyal readers despite the fact that I am really new in this area.
Love you all~

The finalists:

Izyan Mukhtar (contestant 1)
Sarah Syafiq (contestant 2)
Miza (contestant 3)

The results will be announced tomorrow night, with the help of Random.org. 

The FIRST number that is chosen by Random.org will receive an artificial flower handbouquet with her own choice of colour.
The other 2 winners will receive 2 personalized photo magnets and 2 magnetic bookmarks with their own designs.
(each winner please email me 4 high resolution pictures, 2 for fridge magnets and 2 for bookmarks)

Till then!