Loyal readers

Showing posts with label pre wedding. Show all posts
Showing posts with label pre wedding. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Tamak Haloba

Assalamualaikum! How are you doing today? Mesti tengah plan macam2 sebab esok public holiday kan? Heheheh...Ada sapa-sapa nak dating tengok Titanic 3D esok? Best nya dapat cuti, kan? Boleh siapkan kerja kahwin yang tertangguh. Tapi esok saya mungkin stay kat rumah ja, Skype-ing dengan Zombee to catch up and bincang hal2 kahwin. We've been too busy since March, we didn't really have time to take it slow and have a nice, meaningful conversation. So yeah, looking forward to tomorrow! 

Oh yes, back to business. Kepada sesiapa yang sudah tengok atau sedang buat wedding checklist saya sebagai rujukan anda sendiri, mungkin ada yang hairan kenapa saya ada 3 sesi post-wedding? Gila camera gamaknya? Sebenarnya, dalam bulan Februari lepas, saya dah booking 1 sesi pre-wedding  dengan JAC Photography dan 1 sesi post-wedding dengan Stareast Wedding. Masa tu, semua hal photography dan videography dah settle, dan saya pun bahagia sebab dapat pakej yang sangatttttt berpatutan.

Mungkin rezeki nak mendirikan masjid, Alhamdulillah lepas dua minggu, saya menang contest anjuran MusArtworks yang saya join dalam bulan Januari kalau tak silap. Masa menang tu memang tak sangka sebab tak pernah menang contest yang besar-besar camni, kalau menang pun yang kecik2 aja. Syukur sangat2 Ya Allah! Apa yang saya dapat? Saya dapat free pre/post wedding portraiture dan RM200 cash voucher MusArtworks. Saya pilih nak post wedding sebab  MusArtworks juga akan jadi official photographer di hari bahagia saya nanti. So saya cuma perlu bayar kos pengangkutan sekali saja, untuk datang wedding, dan 2 hari lepas tu buat post-wedding pulak. Kalau buat bulan lain-lain, kena bayar dua kali transportation cost. Pokai la I huhuhu....Tambah pulak, saya tak cancel pre-wedding ngan post-wedding yang saya dah booking awal-awal tu sebab dah bayar habis, bukan bayar deposit saja. Nanti rugi la, wang tak dapat dikembalikan hehe....

Dalam masa yang sama, saya juga ada join 1 contest kat Facebook, lepas diajak oleh kawan saya Miza. Masa masuk contest tu, memang masuk sebab suka-suka dan tak terlintas langsung nak usaha lebih. Sebab masa tu tengah busy dengan kerja. Masa result keluar pun saya tak check sebab langsung terlupa pasal contest tu. The next morning, masa saya di sekolah untuk kelas tambahan hari Jumaat, Miza text dan cakap congratulations sebab menang contest. Mula2 agak blur sebab tak tau contest apa. Tapi sabar tunggu, lepas habis kelas terus balik dan check Facebook. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, menang contest anjuran Ken Soh Studio. Kali ni rezeki berupa pre-wedding package bernilai RM 3000. Masa dapat tau ni nak menangis pun ada sebab terkejut yang amat sangat. Lepas contact dengan Ken Soh Studio, diorang setuju buat post-wedding instead of pre-wedding sebab kesuntukan masa dan halangan bride & groom-to-be yang jauh, sorang di utara dan sorang di selatan tanahair. Jadi kami akan shoot dalam bulan Jun atau Julai. To Miza, thank you for telling me about the contest. Tak belanja hang makan lagi kan? :)

Jadi, tu lah sebabnya saya ada 1 pre-wedding dan 3 post-wedding. Tamak haloba kah? Bukan. Rezeki Allah dah bagi, saya cuma terima dengan penuh rasa syukur. Alhamdulillah. Korang juga boleh cuba masuk mana-mana contest yang berminat nak masuk. Rezeki Allah ada di mana-mana. Kita cuma perlu usaha. InsyaAllah.

Till we meet again!


Saturday, March 24, 2012

Pre wedding photos: Syafiq & Syafiqah

Assalamualaikum semua! Masih ingat entry pasal pre-wedding teaser kat sini? FYI, minggu ni saya baru je dapat gambar2 pre wed & I love the pictures!!!! Gambar yang diupload di sini semua dah resized sebab kalau nak upload yang hi-res memang jenuh bertapa depan laptop la jawabnya...

Pakaian kami recycle baju-baju yang sedia ada je. Make up pun DIY, sebab tu tempek bedak ngan eyeliner ja. Lipstick pun terlupa pakai sebab kami gerak dari rumah pukul 7 pagi, sampai Penang pukul 8.30 pagi. Awal gila kan? Sebab saya minta nak shoot dengan morning sunlight.

So, saya nak share sebahagian gambar pre-wed kami tempoh hari. *malu malu* I hope you enjoy the pictures!

Event : Pre wedding Photoshoot
Date: 13 March 2012
Theme: Black & White Romance


















Tips untuk photography session: Kalau nak ambil gambar kat taman/padang, jangan pakai baju hijau. Kalau ambil gambar kat tasik/pantai, jangan pakai baju biru. Kalau ambil gambat kat bangunan lama, jangan pakai baku coklat. Subjek perlu timbul dalam gambar. Kita bukan nak camouflage kan?

P/S: Saya rasa saya nampak tinggi bila pakai dress ini. Hoyeahh!

P/S/S: Sekarang tengah gigih buat photobook untuk gambar2 pre wed ni pulak. Dah siap nanti kita share okay!

Sunday, March 18, 2012

Teaser: Pre wedding photos by JAC Photography

Ceh nak teaser teaser pulak. Bajet artis ke? Actually, teaser ni untuk saya dan Zombee jugak. 13 Mac lepas kami ke pantai berdekatan Jeti Pulau Jerejak, Penang, untuk sesi pre-wedding pertama. Memang kaku habis lah! Nasib baik photographer kami berpengalaman. Nama beliau Christopher dari JAC photography. A Chinese guy yang sangat helpful dan periang. Memang senang nak kamceng sebab dia tersangatlah sporting! Perbincangan sebelum shooting hanya dibuat melalui SMS saja. Lepas shooting dah habis pun, dia masih SMS dan asyik suruh kami add dia di FB. Comel betul hahaha!

Dulu dia kerja sebagai CEO Dell di China, tapi berhenti dan teruskan hobi photography kepada kerjaya sambilan, dan akhirnya berhenti kerja untuk fokus hanya kepada photography lepas disahkan ada brain tumor. Kesian, sebab dia muda lagi. Quote beliau: "I like beautiful things. And capturing beautiful things. And I want to share it with people, so I go into photography." Memang inspiring sangat. *snif*

Semasa session shooting, dia ada ambil 2 keping gambar kami guna kamera instax. Gambar-gambar ni jugak digunakan sebagai props dan lepas shooting kami boleh bawak balik. Ini saja yang kami dapat tengok. Selebihnya, kena tunggu Christopher edit dan print dulu. Excitednya! Tak sabar tau!

Theme: Black and white.