Loyal readers

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru! & Wedding preps: Hiasan kamar pengantin

Assalamualaikum! Selamat Hari Guru buat semua guru-guru kat luar sana, yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa. Hari ni khas untuk kita. Tahun ni rasa sangat bermakna sambut Hari Guru sebab banyak usaha dan pengorbanan. Sampaikan saya utamakan sekolah dan pelajar dahulu sebelum hal peribadi (majlis kahwin!). Tapi semuanya dengan niat yang ikhlas, nak lihat student sendiri berjaya, InsyaAllah.


Hari Guru memang macam besday kedua. Tapi rasanya Hari Guru dapat lagi banyak hadiah dari hari lahir, hehehe! Macam-macam ada. Fresh flowers, artificial flowers, mug, memo pad, mangkuk seramik, frame gambar, bekas lilin, etc...

Hadiah paling bermakna tahun ni, for me. Ikan guppies & ikan apa ntah warna oren. Taktau nama. Tapi alangkah comelnya! Balang kaca tu sebenarnya bekas letak biskut kat rumah saya. Tapi Mama dan beli set bekas yang baru, jadi balang lama disimpan dalam almari saja. Abah yang suggest letak dalam balang kaca tu. Thanks Abah! Dah jimat duit tak perlu beli aquarium dah.


Tak tipu, sebelum ni memang saya ada bercadang nak letak fishes dalam aquarium kecil sebagai perhiasan bilik pengantin. Tambah pulak dengan sejambak fresh flowers dalam pasu. Awesome! Tujuannya nak bagi bilik tu rasa fresh dan lively.Ye la, ada benda hidup dalam bilik kan. So, the new aquarium goes on top of the new wardrobe drawer! Yippie!

The new wardrobe

Fishes again!

Alhamdulillah, banyak perkara yang dipermudahkan Allah SWT. Bila kita ikhlas, InsyaAllah Allah akan bantu. Next entry nak tulis pasal bekas tapak bunga telur & bunga manggar yang disewa percuma pulak! Wait for it!

Tuesday, April 10, 2012

Tamak Haloba

Assalamualaikum! How are you doing today? Mesti tengah plan macam2 sebab esok public holiday kan? Heheheh...Ada sapa-sapa nak dating tengok Titanic 3D esok? Best nya dapat cuti, kan? Boleh siapkan kerja kahwin yang tertangguh. Tapi esok saya mungkin stay kat rumah ja, Skype-ing dengan Zombee to catch up and bincang hal2 kahwin. We've been too busy since March, we didn't really have time to take it slow and have a nice, meaningful conversation. So yeah, looking forward to tomorrow! 

Oh yes, back to business. Kepada sesiapa yang sudah tengok atau sedang buat wedding checklist saya sebagai rujukan anda sendiri, mungkin ada yang hairan kenapa saya ada 3 sesi post-wedding? Gila camera gamaknya? Sebenarnya, dalam bulan Februari lepas, saya dah booking 1 sesi pre-wedding  dengan JAC Photography dan 1 sesi post-wedding dengan Stareast Wedding. Masa tu, semua hal photography dan videography dah settle, dan saya pun bahagia sebab dapat pakej yang sangatttttt berpatutan.

Mungkin rezeki nak mendirikan masjid, Alhamdulillah lepas dua minggu, saya menang contest anjuran MusArtworks yang saya join dalam bulan Januari kalau tak silap. Masa menang tu memang tak sangka sebab tak pernah menang contest yang besar-besar camni, kalau menang pun yang kecik2 aja. Syukur sangat2 Ya Allah! Apa yang saya dapat? Saya dapat free pre/post wedding portraiture dan RM200 cash voucher MusArtworks. Saya pilih nak post wedding sebab  MusArtworks juga akan jadi official photographer di hari bahagia saya nanti. So saya cuma perlu bayar kos pengangkutan sekali saja, untuk datang wedding, dan 2 hari lepas tu buat post-wedding pulak. Kalau buat bulan lain-lain, kena bayar dua kali transportation cost. Pokai la I huhuhu....Tambah pulak, saya tak cancel pre-wedding ngan post-wedding yang saya dah booking awal-awal tu sebab dah bayar habis, bukan bayar deposit saja. Nanti rugi la, wang tak dapat dikembalikan hehe....

Dalam masa yang sama, saya juga ada join 1 contest kat Facebook, lepas diajak oleh kawan saya Miza. Masa masuk contest tu, memang masuk sebab suka-suka dan tak terlintas langsung nak usaha lebih. Sebab masa tu tengah busy dengan kerja. Masa result keluar pun saya tak check sebab langsung terlupa pasal contest tu. The next morning, masa saya di sekolah untuk kelas tambahan hari Jumaat, Miza text dan cakap congratulations sebab menang contest. Mula2 agak blur sebab tak tau contest apa. Tapi sabar tunggu, lepas habis kelas terus balik dan check Facebook. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, menang contest anjuran Ken Soh Studio. Kali ni rezeki berupa pre-wedding package bernilai RM 3000. Masa dapat tau ni nak menangis pun ada sebab terkejut yang amat sangat. Lepas contact dengan Ken Soh Studio, diorang setuju buat post-wedding instead of pre-wedding sebab kesuntukan masa dan halangan bride & groom-to-be yang jauh, sorang di utara dan sorang di selatan tanahair. Jadi kami akan shoot dalam bulan Jun atau Julai. To Miza, thank you for telling me about the contest. Tak belanja hang makan lagi kan? :)

Jadi, tu lah sebabnya saya ada 1 pre-wedding dan 3 post-wedding. Tamak haloba kah? Bukan. Rezeki Allah dah bagi, saya cuma terima dengan penuh rasa syukur. Alhamdulillah. Korang juga boleh cuba masuk mana-mana contest yang berminat nak masuk. Rezeki Allah ada di mana-mana. Kita cuma perlu usaha. InsyaAllah.

Till we meet again!


Friday, March 2, 2012

Tak sia-sia masuk contest, tau!

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, mungkin rezeki nak kahwin ni, menang banyak online contest yg saja2 masuk. Kelmarin dapat tahu yang saya menang GA MusArtwork Photography dengan entry ini! Alhamdulillah syukur sangat... Terima kasih Encik Musa...He is a really talented phootgrapher. Hadiahnya? Free pre/post wed dan cash voucher. Mungkin nak buat post wed sebab boleh manja2 sikit hehehe... Nak tengok pemenang-pemenang yang lain, sila tekan sini

Oh, lagi satu, kelmarin jugak sampai parcel dari ArtChetak. 2 parcel bagi 2 kategori yang saya menang dengan entry ini. Thanks Kak Durra! Tak sempat nak snap picture lagi. Tapi saya dapat 1 wooden frame handmade by ArtChetak, 2 wooden keychains & 1 set of cute & colourful Tupperware set. Thanks again Kak Durra!

Wednesday, February 15, 2012

Saturday, February 11, 2012

Macam-macam kahwin

Assalamualaikum! This post will mainly be my rant about my preparations for my wedding. If you are not mentally equipped, please DO NOT proceed.

Perihal kahwin. Biasa lah adat orang Melayu, kalau kahwin bukan anak-anak saja yang kahwin. Satu family pun kahwin jugak. Haish. Masalahnya bila ramai-ramai dah terlibat ni, memang susah sikit nak plan. Tapi mungkin orang lain ok ja, mungkin hanya family aku yang lain sikit. Mungkin jugak sebab aku anak sulung, jadi banyak benda parents aku nak buat bagi perfect. Pening.

Al-kisah, mula2 dulu konflik pasal venue majlis kahwin. Aku nak buat di dewan, senang sikit, nanti lepas kenduri balik rumah terus rehat. Lagipun aku memang tak suka orang tak dikenali masuk rumah aku. Sangat-sangat pantang tau. Nak masuk my room? Sorry naik lori lah. Siap dah tanya quotation dan book tarikh untuk guna dewan, pergi tengok lokasi dan minta quotation pelamin dewan dari butik2 pengantin. Dah la, aku memang tak gemar sangat dengan idea 'bilik pengantin'. Sapa-sapa saja boleh masuk bilik aku tu, sebab of course bilik pengantin tu bilik aku. Abah dah setuju kat dewan, mak aku pulak menentang keras-keras. Katanya, kat dewan family nak rehat tak ada tempat. Tak selesa. Padahal ada bilik rehat dalam dewan tu. Abah cakap, mak aku tradisional sikit. Jadi dia tak suka buat kat dewan. Lepas berdrama air mata bagai, aku pun last2 terpaksa setuju buat kat rumah. Tapi aku taknak buat bilik pengantin, aku cakap.

Bila cakap macam tu, parents aku pulak yang kalut2 nak buat sendiri bilik pengantin. Diorang cakap, tak apa, nanti diorang buatkan. Mengenali taste mak aku yang sukakan kaler terang-terang dan kontra, aku gelisah sudah. Hish nanti kalau bilik pengantin aku kaler oren, camna? Sebab memang aku nak tema kahwin pastel colour ja. Kaler lembut2 ja. Bilik pun haruslah kaler lembut. Nak tak nak, aku terpaksa jugak campur tangan dalam urusan bilik pengantin. Dalam masa yang sama, aku dah hire butik pengantin untuk buat pelamin. Meja beradap pengantin, caterer yang buat. Sebab termasuk dalam pakej, jadi aku ok saja, Lagipun bukan nak duduk makan lama-lama kat meja tu. Bagi aku yang paling penting, pelamin. Last2 aku suruh butik buatkan bilik pengantin terus. Sebabnya, walaupun aku taknak, parents aku nak jugak-jugak. Daripada risk diorang buat, aku rasa baik suruh mak andam je buat. Takyah pikir dah. Jadi sekarang ni, tiap2 hujung minggu parents aku akan heret aku pergi kedai perabot  untuk survey perabot. I'm not gonna lie, at one point, semua perabot pun nampak sama ja bagi aku. 

Itu hal dewan dan perabot, belum masuk wedding doorgift. Ikutkan hati, aku nak bagi makanan. Ada bahulu, kerepek, coklat, keria, dalam satu beg. Mak aku ada idea lain pulak. Dia nak bagi Yassin. Aku cakap, Yassin mahal, takdak bajet. Tambah pulak parents aku nak jemput 2500 orang. Aku dah cakap, jemput 2000 pun cukup banyak. Kad 1000 ja. Bukan semua yang dapat kad tu nak datang nanti. Orang lain buat kenduri 1500 ja kot. Taknak jugak. Katanya adik-beradik ramai. Kawan2 ramai. Jadi aku kata, panggil la berapa yang nak pun. Ikut suka. Yang nak kena sedia doorgift, aku jugak. Last2 mak aku cakap, dia akan sponsor Yassin. Aku pun lega sudah. Yassin bukan boleh dapat sekupang sebuah. Mahal tau dak? Jadi mak akan bayar untuk 1500 keping Yassin. Untuk tambahan, aku nak bagi kuih-muih tadi. Mak pulak cakap, takyah, bagi coklat letak dalam kotak telur ja. Haish. Susah la. Aku dah pening ni nak bagi apa.

Majlis dalam 3 bulan lebih lagi tapi parents aku dan nak cat bilik sekarang. Perabot bilik pengantin pun nak beli dalam masa seminggu dua ni. Aku rasa banyak masa lagi. Boleh rileks2 dulu. Aku nak pakai perabotsedia ada, diorang taknak. Nak beli perabot baru jugak. Kalau nak beli yang baru, aku nak pilih. Sebab takmau perabot yang sama ja nanti. Semua perabot jati dalam rumah ni. Boring lah.

Sekarang aku cuma nervous sebab abah aku dah nak cat bilik pengantin. Cat belum beli. Mungkin esok pagi dia beli, pastu terus cat. Don't get me wrong. Aku bersyukur sangat sebab abah aku volunteer nak cat bilik, jadi aku sendiri tak payah bersusah-payah. Tapi, dia suka beli cat colour terang2. Rumah aku semua kaler terang. Aku dah tengok katalog, dah pilih warna yang pudar dah. Aku takut dia tukar fikiran last minit ja. Nanti kalau dia dah cat bilik time aku kerja, haaa, tak ka naya ja. Berserah la. Mak aku pulak, semua benda perlu ikut dia. Dia siap cakap takyah hantaran2 dah sebab masa tunang dah buat. Oh mana boleh. Aku nak hantaran. Syafiq pun nak jugak. Aku cakap aku ngan Syafiq dah beli hantaran pun. Kami buat sendiri tak payah kalut. 

Jujur aku cakap, kepala hotak aku memang tengah stress fikir bab kahwin & bab kerja. Tahun ni sebab pengetua baru, kerja aku macam bertambah-tambah ja. Lawatan itu, lawatan ini, kertas kerja itu, laporan ini, kelas tambahan itu, kelas rancangan khas ini. Pengetua ni bila dah percaya kat seseorang buat kerja, semua kerja orang tu ja yang buat. Orang tu adalah aku. Penat la wei. kalau macam ni baik aku ja uruskan sekolah. Dah semua aku buat, kan? Fikir-fikir nak mintak tukar hujung tahun ni. Tapi risau jugak nanti kalau tukar sekolah baru, lagi banyak jawatan aku kena pegang, lagi banyak kerja, tak ke naya? 

p/s: Videographer majlis masih belum jumpa. Hari tu kata okay, tapi sekarang macam tak tahu pulak. Kalau tak boleh cakap awal2 dik. Boleh akak cari OV lain. Senang dua-dua pihak. 

Thursday, February 9, 2012

30 things I want to do before I die

Assalamualaikum and hello everyone. Today I've been blogwalking and I found this one blog that inspires me to list down all the things I want to do before I return to my Creator. The list will be divided into several categories, as inspired by the lovely Miss Nawal


Goal 1 : Learn and memorize the dua' after Yassin
Goal 2 : Attend 'Kursus Pengurusan Jenazah'
Goal 3 : Re-study about tajwid so I'll be a master and I can teach my kids someday
Goal 4 : Memorize all the important surah for daily use

Goal 5 : Get married!
Goal 6 : Be a wonderful wife to my husband, the best wife!
Goal 7 : Live with my husband side by side (need to apply for transfer)


Goal 8 : Learn to sew better than my husband
Goal 9 : Learn about photo and video editing
Goal 10 : Take TEFL course and attain the certificate
Goal 11 : Teach English around Asia

Goal 12 : Detoxify all year round
Goal 13 : Eat lesser sugar (I'm already limiting my intake)
Goal 14 : Eat fruit everyday
Goal 15 : Walk more


Goal 16 : Paint more
Goal 17 : Buy an impressive set of oil painting and paint during my free time
Goal 18 : Design my very own wedding dress


Goal 20 : Be more active and involved in the students' home life
Goal 21 : Write at least one action research every year


Goal 22 : Buy my own house before I turn 27
Goal 23 : Save up to at least RM 4K every year
Goal 24 : Save up for Umrah & Haji


Goal 25 : Go for Umrah before 35 and Haji before 50
Goal 26 : Visit wonderful places and make travel log for each place
Goal 27 : Visit Japan during autumn season
Goal 28 : Pursue my education and live in another country


Goal 29 : Ride a helicopter
Goal 30 : Adopt a child

Tuesday, February 7, 2012

Kelebihan seorang isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah…


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai 'pengeluar' manusia.



Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.



Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.



Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.



Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.



Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.



Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.



Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..



Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Di akhirat seorang isteri kalau melihat suaminya terhegeh-hegeh meniti titian, si isteri tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, maka dia boleh bagi pahala kepada suaminya untuk sama-sama masuk syurga.



Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.



Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...



Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Sumber: HERE

p/s: Tingginya darjat seorang isteri di sisi Allah. Tinggi lagi darjat seorang isteri solehah dan seorang ibu mithali. Rasa macam tak sabar nak menjadi seorang isteri. Senang dapat pahala. Senang masuk syurga. InsyaAllah, someday very soon... :)

Wednesday, February 1, 2012

...sebab itu ada hujan sebelum pelangi

Assalamualaikum...Hari ni dapat tau saya menang Dewi's Artwork Station birthday giveaway. Entrynya ada di sini. Simple ja. Tak perlu karang panjang2. Tapi rezeki masing2 dah ditentukan Allah, bukan? Alhamdulillah sangat. Mungkin ini rezeki nak mendirikan masjid, makin2 bertambah rezeki semenjak dua menjak ni. 2 Hari lepas Allah uji, saya terjatuh dari tangga rumah, tangan terseliuh dua hari dapat MC tak boleh pergi kerja. Lepas buat x-ray, Alhamdulillah tak ada yang retak atau patah. Hari ni masih MC, bosan duduk sorang2 kat rumah, tup tup dapat berita baik pulak. Suka sangat! Terima kasih Dewi's Artwork Station for choosing me as one of the lucky winners. Pemenang dipilih secara rawak. Tahniah juga buat semua pemenag-pemenang lain yang bertuah!

Tu yang no. 3 tu...hihihi...

Wordless Wednesday

Last Monday. This is what I found at 7.45am in front of my house. It was one of the biggest surprise in my entire life. With a ring and a bouquet of flowers. All the way from Johor. :)


And....he made me a matching shirt if I ever say YES. Of course I did! I did asked him, 'What if I say NO?" and he answered "I won't give u the shirt lah!"


Friday, December 16, 2011

Alang Giveaway!

Assalamualaikum semua...

ALANG ada buat satu giveaway utk tolong kawan dia dapat tiket MAS percuma balik Malaysia! Dari UK tau! Sweet kan? Bagus dapat kawan camni...Saya boleh relate la sikit dengan orang yang belajar sambil merantau ni. Kalau dapat tiket free, memang peluang takkan dilepaskan punya! 

Source: ALANG


Ok, kat bawh ni adalah T&C yang  ALANG  tetapkan:
1) Klik, Like dan Vote
2) Tell me my friend's FULL name
3) tell me what her current ranking when you have vote (only can see after you have voted)
4) FOLLOW BLOG ALANG~optional je..tapi..follow lah ye..hihi
5)Copy LOGO kat atas, dan buat sticky post kat blog korang, LINK kan logo dengan BLOG Alang ok! ASK YOUR READER TO GO TO MY BLOG TO JOIN^_^no need longgg post..just the logo and T&C
6) Jangan letak jawapan u 'olls dalam post u'ollss..letak jawapan dgn link blog korang kat komen post ni. Get it?Kat post korang letak logo dan T&C ONLY
This will end on 18 DISEMBER 2011 jam 12TENGAH MALAM.

Hanya yang mengikut T&C akan di kira join dengan valid nya..

Kalau kawan dia ada di ranking Top 5, ada 8 secret gift waiting utk semua peserta! Sekarang kawan dia memang dah ada dalam Top 5, jadi InsyaAllah akan ada 8 hadiah nanti.  Teruskan mengundi! Haa...berminat? Kalau berminat sila tengok T&C kat atas atau boleh rujuk balik blog ALANG! Good luck to all!

Semoga Allah memurahkan rezeki kami dan mempermudahkan segalanya, InsyaAllah...

Monday, October 24, 2011

500+ votes needed!

I entered an online competition by Rumah Kebaya Malaysia. Just for the fun of it, and going into the bandwagon of today's world wide web community. As far as online competitions go, this is my first one. Ever. And to anyone who ever read this boring blog, can you vote for me, pwetty pleaseeee???? I have my fingers crossed. =)

You can find and vote for us here: Like us!

Saturday, October 22, 2011

Checklist [sticky note]

First of all, this check list is more like a personal reminder for me because I know if I write it here, I won't forget. I forget a lot of things, seriously. Just last night I found my hidden stash of money. I was hiding it from myself (what?) to pay my dentist, maybe 4-5 months ago, and I forgot. Last night I found it and I'm thrilled! Because now I have an extra RM300 to shop, and to pay my dentist next week! Hopeless, I know. Damn, I can't even memorize my parents' phone number. That's how bad I am at numbers.

Ok now, back to the check list.

Attire
- kurung moden - DONE
- tudung - DONE
- veil - DONE
- kerawang on tudung - I don't know where to find one! Help!
- shoes - DONE

Hantaran
- 60% done (tapak and flowers)
- barang hantaran: not done yet
- pick up cheese tart and apam polkadot from K. Sityaiza (26 Nov, 10 am, Taman Sri Meranti)
- pick up cupcakes and cake from K. Rani (26 Nov, 10 am, Taman Seraya)
- pick up handmade chocolate bouquet from MizaShoppe - DONE
- need to get kain pasang from Zombee on 24 Nov

Food
- Lunch: Catering (Abah handle) - DONE
- menu: Nasi tomato, ayam masak merah, daging kicap, dalca, fruits, etc - DONE
- Tea time: Cucur udang, tea, coffee (Mama handle) - DONE

Guest list
- informal invitations - DONE

Favour bags
- 70% done
- need to print out the labels
- items in goodie bags is 70% done
- Zombee is designing, printing and mailing the thank you tags

Make-up
- so far I decided to do my own make up
- need a new mascara
- need a new face powder

Photographer
- last minute photographer unavailabilty: My friends will be the photographers instead
- need pictures for photobook by 10 December 2011


Okay, when I lay all of it out like this, it's frightening how much needed to be done in a short time!!! *breath in, breath out* I have this (misleading) idea that towards the end of the year, my workload will miracously go off my shoulder because my students are having their final exams. No p&p. I couldn't have been more wrong. Now I get 1 more class added to my timetable, and it's a F5 class. The teacher of that class never taught them anything and only give notes/sample essays every time he enters the class. They even told me, "Teacher, subjek English, kami tak belajar apa-apa lagi tahun ni. Takut fail, teacher." And now he has chicken pox so the kids just sit and chat during 5 periods of English throughout the week. They asked for my help and I agreed to enter their class during English periods. Kesian. Dah la kelas belakang. At least they have the 'kesedaran' to pass English kan. To top that busy schedule, I also have extra classes with them every Friday. And also, I have to invigilate for SPM, help mom with her assignments, babysit when mom goes off to study. In the middle of all that, I am going to get engaged. Betul ka ni???!!

p/s: Somehow, my priority atm is work. Not my private life. Zombee said I'm turning into a good teacher. But, I don't want to. 

Tuesday, October 18, 2011

Thursday, October 13, 2011

New toy


Thank you daddy~

Saturday, October 8, 2011

We are humans, after all.


It's been a while back since I last felt this sort of happiness. You are the sole reason why. Thank you for always being here for me, even when I make it difficult for you to tolerate me. Alhamdulillah, in our relationship, we rarely fight. Maybe it's a sign that we are compatible. Maybe its a sign that we are both two adults who know how to handle problems the best way. But when we do fight (dear God this will sound weird) I feel thankful too. Because that makes us humans, that shows that we are normal, just like other couples. 

Thank you for always bringing out the best in me. 

That's why I love you.

Thursday, September 29, 2011

Thoughtless Thursday


Life lesson
A turkey was chatting with a bull “I would love to be able to get to the top of that tree,” sighed the turkey, but I haven’t got the energy.” “Well, why don’t you nibble on my droppings?” replied the bull. “They’re packed with nutrients.” The turkey pecked at a lump of dung and found that it gave him enough strength to reach the lowest branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he reached the second branch. Finally after a fourth night, there he was proudly perched at the top of the tree. Soon he was spotted by a farmer, who shot the turkey out of the tree.
Moral of the story: Bullshit might get you to the top, but it wont keep you there.

Sunday, September 18, 2011

Friday, August 26, 2011

DIY trays

It's the first day of the mid-sem break. I woke up early, found out I've been (finally) called to the SPP interview, and planned a berbuka BBQ with my besties. I have so much time left at hand, it's not even noon yet! 

So I took out my tool kit and my trays, and experimented with several designs to decorate the trays. Oh yes, I'm going to DIY all the trays. Simply because I can save money, and I want to put some effort in preparing them. Plus the designs in the stores are not always pretty, right? I've been having some ideas on the back of my mind and I could finally try them out. But I still can't decide what design I'm gonna use this December. Hurm, which one do you find attractive?

Empty tray

Design 1

Design 2

Design 3

Sorry for the bad picture quality. My new camera is supposedly more canggih and all, but somehow the pictures suck! Or maybe I need to tweak the settings here and there. Oh well. 

As for the trays, I might find new ideas and try them out and love them. But most importantly, selamat bercuti and Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone!