Loyal readers

Saturday, November 5, 2011

Giftbags

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November. Alhamdulillah, persiapan dah banyak yang settle. Hari ni nak share idea giftbags sikit. Saya beli paper bag warna silver, embossed dengan bunga dan tulisan 'Thank you'. Atasnya lekat doily paper saiz 5.5". Dekat bahagian atas tu, saya buat riben kecik2 warna merah kemudian lekatkan. Bahagian tengah doily paper pulak saya lekatkan TQ tag yang telah direkacipta oleh Zombee! Dia yang design, dia yang gunting bulat2, dia dah pos ke sini. Nanti saya cuma perlu gamkan kat atas setiap beg saja. Isn't he thoughtful? :)


Kat dalam beg pulak, dulu pening jugak nak letak apa. Last2 saya decide, letak benda makan lah. Senang. So it's been decided, dalam setiap beg ni akan ada air mineral/kotak, biskut, pelbagai sweets, sagon stick, dan mungkin nak letak kacang ataupun kek. Benda lain semua dah beli, cuma kacang dan kek saja kena survey supaya dapat yang harga murah. End product, siap dengan TQ tag semua, nanti kita share hari lain ya? ;)

No comments:

Post a Comment

Love Notes