Loyal readers
Sunday, May 27, 2012
Saturday, May 26, 2012
Friday, May 25, 2012
Thursday, May 24, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Monday, May 21, 2012
Sunday, May 20, 2012
Saturday, May 19, 2012
Friday, May 18, 2012
Wedding preps: Doorgift majlis perkahwinan & doorgift VIP
Assalamualaikum readers & bride-to-be! Sebelum ini, saya ada pernah cerita nak letakkan 4 benda dalam doorgift bag majlis nanti. Tapi disebabkan Mama cakap suruh letak 2 benda saja, Yassin & gula-gula, saya pun akur. Jadi bermula minggu lepas saya, Mama & 2 orang adik lelaki saya mulakan operasi doorgift. Most of the time, budak 2 ekor tu bukan nak tolong pun. It's just me and my Mom. Tapi bila diorang tolong, rasa lega sikit. Ringan bebanan kerja. So sekarang dalam proses masukkan Yassin & gula-gula dalam paper bag, lepas tu stapler, lepas tu bungkus masuk kotak. Bunyi macam mudah tapi bila nak buat 1500 pcs, rasa nak tercabut tangan tercabut leher tercabut kaki. Letihnya! Sampai pukul 11.30PM tadi, kami berjaya buat separuh saja. Sejak pagi kot! Tak berhenti. InsyaAllah, esok sambung lagi, nak bagi habis terus. Sebab next week nak fikir benda lain pulak...
Stesyen doorgift mesti kena depan TV!
Doorgift yang sudah ready
Doorgift yang dah pack masuk kotak. Ini baru separuh okeh! Adoi!
Untuk doorgift VIP yang akan diberi kepada keluarga Zombee yang datang naik bas ramai-ramai tu, saya beli beg yang sedikit besar. Sebabnya, nak masukkan sekotak cawan yang saiznya medium. Kalau pakai beg yang bagi kepada tetamu, tak muat. Dalam doorgift VIP ada cawan, sapu tangan, gula-gula, kerepek ubi pedas & kuih siput yang dah ready-packed.
Doorgift VIP utk keluarga Zombee. Gigih saya polish cawan-cawan ni satu persatu tau! Nak buang tanda harga punyalah susah!
Ready-made kotak utk cawan VIP
Cawan masuk kotak
Ok sekarang mari beradu dulu. Tugasan hari Jumaat menanti. Hari Sabtu dah la kena pergi kursus. Wuuwwuuuuuuuuu! :'(
Thursday, May 17, 2012
Sewa tapak bunga telur + bunga manggar percuma
Alhamdulillah, tapak bunga telur ni diberi pinjam oleh kawan Mama. Ada 4 biji semuanya, 2 saiz sederhana & 2 tinggi. Bunga maggar pulak, sekali dengan batang (tiada dalam gambar) & bunga maggarnya, disewa dari sekolah saya. Semua ni percuma. Walaupun warna tak masuk sangat dengan tema, tapi 2 benda ni bagi saya cuma benda kecil. Takkan merosakkan majlis pun! Lagipun nak pakai sekejap saja. Dan dapat berjimat banyak kat situ! Kalau nak beli semuanya, memang kena keluar duit lagi. Lepas majlis, simpan atau buang macam tu saja. Jangan membazir tau kawan-kawan! Lepas kahwin, lagi banyakkkk nak pakai duit!
P/S: Sori gambar tak clear sangat. Henfon cokia.
Wednesday, May 16, 2012
Teaser: Veil nikah
Veil ni dibeli dari e-bay. Veil warna ivory, kemudian jahit pearls & manik kuning sikit. Jahitan manik saya upah student tingkatan 6 saya. Dia memang ambil upah jahit manik kat baju kurung. Sangat kemas jahitan dia. Lepas letak manik, terus naik seri veil ni! Tak sabar nak pakai :)
Selamat Hari Guru! & Wedding preps: Hiasan kamar pengantin
Assalamualaikum! Selamat Hari Guru buat semua guru-guru kat luar sana, yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa. Hari ni khas untuk kita. Tahun ni rasa sangat bermakna sambut Hari Guru sebab banyak usaha dan pengorbanan. Sampaikan saya utamakan sekolah dan pelajar dahulu sebelum hal peribadi (majlis kahwin!). Tapi semuanya dengan niat yang ikhlas, nak lihat student sendiri berjaya, InsyaAllah.
Hari Guru memang macam besday kedua. Tapi rasanya Hari Guru dapat lagi banyak hadiah dari hari lahir, hehehe! Macam-macam ada. Fresh flowers, artificial flowers, mug, memo pad, mangkuk seramik, frame gambar, bekas lilin, etc...
Hadiah paling bermakna tahun ni, for me. Ikan guppies & ikan apa ntah warna oren. Taktau nama. Tapi alangkah comelnya! Balang kaca tu sebenarnya bekas letak biskut kat rumah saya. Tapi Mama dan beli set bekas yang baru, jadi balang lama disimpan dalam almari saja. Abah yang suggest letak dalam balang kaca tu. Thanks Abah! Dah jimat duit tak perlu beli aquarium dah.
Tak tipu, sebelum ni memang saya ada bercadang nak letak fishes dalam aquarium kecil sebagai perhiasan bilik pengantin. Tambah pulak dengan sejambak fresh flowers dalam pasu. Awesome! Tujuannya nak bagi bilik tu rasa fresh dan lively.Ye la, ada benda hidup dalam bilik kan. So, the new aquarium goes on top of the new wardrobe drawer! Yippie!
The new wardrobe
Fishes again!
Alhamdulillah, banyak perkara yang dipermudahkan Allah SWT. Bila kita ikhlas, InsyaAllah Allah akan bantu. Next entry nak tulis pasal bekas tapak bunga telur & bunga manggar yang disewa percuma pulak! Wait for it!
Tuesday, May 15, 2012
Wedding Preps: Penjagaan kesihatan & kecantikan sebelum majlis perkahwinan
Hello! Another short wedding update today. Saya rasa, dalam kesibukan persiapan majlis kahwin ni, saya dah abaikan penjagaan kesihatan & kecantikan. Sebab stress, jerawat sudah mula tumbuh macam cendawan. Aduhai. Jadi bermula hari ni, saya berjanji dengan diri sendiri akan mula jaga kesihatan & kecantikan. First thing, pergi tampal kaviti gigi & buat scaling pagi tadi. Mula-mula nak buat rawatan whitening tapi denstist cakap dah elok dah, buat apa nak buat whitening lagi. Betul la kot orang cakap, gigi yang sihat adalah gigi yang kuning. Tapi kuning sikit ja tau, bukan sampai kuning macam bendera bersih hehe... Lepas buat scaling, regime penjagaan muka. Tadi saya dah cuba yogurt with rice extract mask. Wangi! Suka sangat! InsyaAllah akan pakai setiap hari sampai hari kahwin nanti. 12 hari saja lagi. Sempat tak nak transform?
Wednesday, May 9, 2012
Wedding Preps: Bilik pengantin + Hiasan tangga
Assalamualaikum all! Semoga semua sihat selalu.. :) Lama rasanya tak menulis kat blog ni pasal persiapan kahwin. Banyakkkkk sangat nak cerita, tak tahu nak cerita mana dulu. Tapi hari ni nak cerita sikit pasal hiasan bilik pengantin. Bilik pengantin saya dah 80% siap. Cuma tinggal nak pasang mini chandeliar yang abah beli, pastu butik pengantin pasang bunga-bunga dan cadar. Cuma saya rasa nak beli paintings kecil 2 buah (tema vintage) dan tambah di tepi lampu. Kena tengok dulu macam mana keadaan lepas lampu dah pasang nanti, serabut ke tak. Bilik kecik ja. Langsir pulak, belum siap. Cepatla siap! Nak pasang ni! Tema bilik? Vintage shabby. And I love my new room!!!!
Lagi satu, saya akan DIY sendiri hiasan tangga nanti. Memandangkan bilik pengantin di tingkat atas, jadi mama pesan suruh hias tangga elok2 sikit. Semalam dah beli kain kaler lavender 8 meter, malam ni mungkin nak pasang olok-olok dulu, tengok macam mana outcome nanti. Sebab saya tak pasti lagi nak pasang macam mana. Nak buat scallop, tak pandai sangat. Mungkin ikat buat 'wave' simple2 je. Pastu letak paper flower. We'll see. :)
Monday, May 7, 2012
Saturday, May 5, 2012
Surat Kebenaran Nikah
Assalamualaikum everyone! Hari ni entry sikit saja, sebab sibuk dengan persiapan kahwin. 22 days to go!
Wednesday, May 2, 2012
www.style-weddings.my My dream save the date @ love story contest
Assalamualaikum readers! Hello all! Hope you are having a good day today. Dah lama saya tak menulis di sini semenjak dua menjak ni. Hari ni dah mula menulis balik, saya nak cuba contest ni! Hadiahnya memang sangat-sangat menggiurkan! Dan yang PALING PENTING, tak perlu like di FB tu! Saya dah 2 kali masuk contest like-like tu, tapi tak pernah menang haha. Dah serik dah sebenarnya. Takmau masuk dah contest yang sebegitu rupa.
Tapi contest Style-weddings ni best sebab tak perlu like-like, dan keputusan juri adalah tertakluk kepada mereka seratus peratus! Hadiah pulak, memang lumayan dan berbaloi! Ok, mukadimah dah panjang, mari kita tengok cerita saya ni. Cerita ni ditulis dalam Bahasa Inggeris sebab Bahasa Melayu saya tunggang-langgang. :)
Sebelum saya menamatkan entry yang tak seberapa ini, jom kita tengok video save the date Ustazah Pilihan Firuz Akhtar yang telah dihasilkan sepenuhnya oleh team Style-weddings. Memang best! Dakwah santai version. Tak rugi tengok!
Camna nak tengok! Just click the link below!
I wish that my story wins the www.style-weddings.my Save The Date @ Love Story Contest!
Style weddings Super Sale is on from 20 April - 20 May 2012!
Visit www.style-weddings.my website or like their fb - www.facebook.com/styleweddings.my
Subscribe to:
Posts (Atom)