Loyal readers

Saturday, September 1, 2012

Post Raya yang bukan bercerita tentang Raya

Assalamualaikum readers. Tahun ni pertama kali saya beraya di rumah mertua. Sebelum ni memang pernah beraya di perantauan, semasa tengah belajar di New Zealand. Tapi rasa lagi sedih bila beraya di Johor sebab masih beraya di Malaysia, cuma tak bersama family di Kedah. :(

Post ni bukan nak cerita tentang pengalaman raya atau kenangan raya. Post ni cuma nak kongsi tentang problem saya masa Hari Raya lepas. Saya rasa ramai B2B bloggers yang lain pun mungkin mengalami perkara yang sama.

Semasa bersalaman di Hari Raya, saya tak pasti sisapa yang saya boleh bersalaman, dan siapa yang tak boleh. Kadang-kadang saya salam, kdang-kadang tak salam. Contohnya, suami saya boleh bersalam dengan makcik dia. Tapi saya tak boleh salam dengan suami makcik dia tu. Baru la saya tau. Sebab hari tu saya salam ja semua. Ye la, nanti tak salam takut orang ingat kita sombong pulak. Tambah pulak, baru first time raya dengan family baru. Tapi lepas ni, sebab saya dah buat kaji selidik, dan dah tahu mana yang halal mana yang haram, InsyaAllah akan diperbetulkan perbuatan ni.

Kat bawah ni saya share gambar yang dapat dari Google untuk perkongsian bersama. 



InsyaAllah, lepas ni boleh praktikkan yang betul. Saya masih belajar, jadi kesilapan memang tak dapat dielakkan. Kita cuma berusaha dan bertawakkal ke arah keredhaan-Nya.

Harap post ni dapat membantu orang lain jugak. :)

1 comment:

  1. utk lbh selamat, jgn salam semua lelaki kecuali pak mertua dan adik2 lelakinya......

    ReplyDelete

Love Notes