Loyal readers

Saturday, September 1, 2012

Post Raya yang bukan bercerita tentang Raya

Assalamualaikum readers. Tahun ni pertama kali saya beraya di rumah mertua. Sebelum ni memang pernah beraya di perantauan, semasa tengah belajar di New Zealand. Tapi rasa lagi sedih bila beraya di Johor sebab masih beraya di Malaysia, cuma tak bersama family di Kedah. :(

Post ni bukan nak cerita tentang pengalaman raya atau kenangan raya. Post ni cuma nak kongsi tentang problem saya masa Hari Raya lepas. Saya rasa ramai B2B bloggers yang lain pun mungkin mengalami perkara yang sama.

Semasa bersalaman di Hari Raya, saya tak pasti sisapa yang saya boleh bersalaman, dan siapa yang tak boleh. Kadang-kadang saya salam, kdang-kadang tak salam. Contohnya, suami saya boleh bersalam dengan makcik dia. Tapi saya tak boleh salam dengan suami makcik dia tu. Baru la saya tau. Sebab hari tu saya salam ja semua. Ye la, nanti tak salam takut orang ingat kita sombong pulak. Tambah pulak, baru first time raya dengan family baru. Tapi lepas ni, sebab saya dah buat kaji selidik, dan dah tahu mana yang halal mana yang haram, InsyaAllah akan diperbetulkan perbuatan ni.

Kat bawah ni saya share gambar yang dapat dari Google untuk perkongsian bersama. 



InsyaAllah, lepas ni boleh praktikkan yang betul. Saya masih belajar, jadi kesilapan memang tak dapat dielakkan. Kita cuma berusaha dan bertawakkal ke arah keredhaan-Nya.

Harap post ni dapat membantu orang lain jugak. :)

Saturday, August 25, 2012

Please vote!!!



Dear B2B Bloggers,

We are currently looking for a wedding photographer for our Johor reception, and we want to try our luck with this contest (so we can save moneyh!)

Do help us vote! Just 2 simple steps.



Thank you! :)


P/S: All votes will be counted. Thank you for your help! Semoga Tuhan akan membalas jasa kamu. :)

Tuesday, July 17, 2012

Dulang hantaran untuk disewa!!!

Assalamualaikum readers. Memandangkan majlis perkahwinan saya dah lepas, dan majlis bertandang nanti takkan ada hantaran lagi, jadi saya nak sewakan set bekas hantaran saya kepada sesiapa yang berminat. 




Theme: Modern contemporary

Colour theme: Orange/yellow stockin flowers + yellow ribbons + red butterfly + orange crystals

Barang-barang hantaran boleh diletak dalam bekas putih yang macam bentuk treasure chest tu. Of course, barang-barang tak sponsor ye. :)

Apa anda boleh sewa

5 bekas kecil dan 4 bekas besar
9 dulang kosong putih + polisterin (dulang alas treasure chest)
1 bekas letak cincin yang ada 'pokok' dan mangkuk kaca tergantung dari pokok + burung putih bertenggek (rujuk gambar no. 1)
1 dulang kosong utk letak sireh junjung (dulang yg ada rose merah)

*Kalau nak sewa dulang kosong tanpa tresure chest pun boleh. RM5 sahaja setiap dulang tanpa deco.


HARGA
A-la-carte
RM 20 utk setiap treasure chest kecil + dulang + kain alas + polisterin
RM 25 utk setiap treasure chest besar + dulang + kain alas + polisterin
RM5 sahaja setiap dulang putih tanpa treasure chest dan deco



SET (11 bekas)
RM 200
(5 kecil + 4 besar + 9 dulang + PERCUMA bekas cincin siap deco + PERCUMA dulang sireh +PERCUMA 1 sangkar burung putih

DEPOSIT
RM10 utk setiap dulang/barang
(akan dikembalikan sekiranya tiada kerosakan pada barang)

PENGHANTARAN
Penghantaran percuma ke sekitar kawasan Changlun / UUM

COURIER
Tiada courier lagi. Perlu pick up/hantar semula atau saya boleh deliver ke kawasan di atas sahaja.

Kepada bride-to-be yang berminat nak sewa satu set atau sebuah-sebuah untuk majlis kahwin atau tunang, bolehlah contact saya. Kalau sewa kat kedai harganya RM50+ utk satu dulang, betul? Tapi saya sewakan dengan harga yang cukup murah. 

Berminat?

Sila email ke littlemissdragonluvsquid@yahoo.com untuk pertanyaan atau booking.

p/s: Anyway, saya dah tak sewakan dulang kosong ye. Cuma sewakan dulang yang dah siap deco ni, sebab kalau bukak, pasang, bukak pasang nanti, rosak....

Tuesday, July 10, 2012

Contest: Like, Post & Win RM600*

Assalamualaikum! Hari ni nak join contest anjuran Kina dari Journey of Bride to Be. Masa dapat tau contest ni dulu, asyik fikir2 idea nak buat entry yang best macam mana sebab nak menang entry paling best. Tapi entahlah best ke tak entry ni. Jadi kalau tak dapat entry paling best, dapat kategori random pun jadilah hehe... Aim adalah untuk menang Crest Whitening Professional Effect tuuuu....






Sekarang ni saya masih aktif follow blogger brides sebab nak buat persiapan majlis bertandang pulak, yang akan diakan bulan Disember nanti di Pontian, Johor. Cuma blog sendiri yang tak review-review lagi haha. Takpe, tungggu official photo dari photographer dulu ye *alasannnn*

Jadi untuk bride to be atau ex bride to be yang masih belum follow Kina tu, ruginya kalau tak follow! Banyak tips dan perkongsian yang boleh dapat tau! Kalau nak follow, cuma klik saja di Journey of Bride to Be.

Dan kepada sesiapa yang berminat nak join contest Kina ni, masih ada masa beberapa jam untuk korang join. Meh sini tengok kategori dan hadiah-hadiah best tu ok!

Kategori


Pemenang Kategori Pertama:

Satu penyertaan untuk entry yang paling best
Pemenang Kategori Kedua:
Satu penyertaan blog yang paling tinggi referral
Pemenang Kategori Ketiga:
Tiga penyertaan yang dipilih secara random



Hadiah


Kategori Pertama : 1 x Telekung Sulam Imported (worth RM100) + 14 complete pack 3D Crest Whitening Professional Effect (worth RM135) + Tony Moly Lip Tint (Worth RM18)

Kategori Kedua: 1 x 14 complete pack of 3D Crest Whitening Advanced Vivid (worth RM125)

Kategori Ketiga: 3 x 7 trial pack of 3D Crest Whitening Professional Effect (worth RM75) + Tony Moly Lip Tint (Worth RM18)

Total semua hadiah dari penaja kita ni? Worth more than RM600!
Boleh jenguk blog TheshopAblog untuk product-product ini.

Dateline: 4 Julai 2012 - 10 Julai 2012 
Pemenang akan diumumkan: 12 Julai 2012

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, June 23, 2012

GiveAway preloved items by Anis Athia

anis athia

GiveAway ini akan ditutup pada 12 JULY 2012 jam 11.00 malam

Tuesday, June 19, 2012

Bali I'm in love

Belum datang seru nak menulis tapi nak jugak update blog. Hehe...Ni teaser honeymoon siket, boleh gitu?

Monday, June 18, 2012

ZF Craft Corner 1st Blog Giveaway

Saja2 try my luck hehehe...Kalau dapat guestbook boleh guna untuk majlis bertandang di Johor nanti :)

::: Z F C R A F T C O R N E R :::


Cara untuk anda menyertai GIVEAWAY nie...

1. Sesiapa jer boleh join giveaway nie...
2. Jadi FOLLOWER blog ZFCC or members page FB ZFCC
3. Buat satu post tentang  giveaway ini dekat  blog or wall facebook anda
4. Once dah buat post tu, please tinggalkan detail dekat ruangan comment 
- NAMA .....EMAIL ADDRESS.....POSTED LINK (URL blog or FB anda)

GIVEAWAY ini akan berakhir pada 11.59pm on 30 JUNE 2012. Pemenang akan dipilih secara random dan keputusannya akan ZFCC umumkan pada 07.07.2012

Saturday, June 9, 2012

Terima kasih dari pengantin sekeluarga


Assalamualaikum readers sekalian! Ya Allah dua minggu ni memang tak sempat langsung nak update apa-apa. Dari Kedah ke KL, Bali, KL, Johor, Kedah semula. Banyak benda yang nak share dengan B2B semua. Tapi buat masa ni, jamu mata dengan gambar ni dulu ok? Credit to our official photographer Musartwork Photography.

P/S: Hari ni berpisah dengan suami. Sedih. Nangis. :'(