Loyal readers

Sunday, February 27, 2011

New Zealand, I miss.

Tak reti main ski pon jadi jatuh tergolek-golek macam nangka bushuk!

Saturday, February 26, 2011

Busy busy bee

Oh my my. This weekend has been super hectic for me! Sports training at school, driving mom to everywhere, twice dentist trips within three days! It was tiring, really. On Thursday afternoon after school, I drove straight to Penang for my first dental appointment after a month wearing braces. The dentist changed the wire to a bigger one so that the teeth could be 'forced' to move. Got home around 7 or 8 pm, I practically crashed on my bed like a big fat whale.

On Friday I went out with my brothers, my sister and my mom. Dad was at work and my other brother had classes because he is lame! (haha jk) So, we went to Alor Setar because my mom needs a new pair of shoes, and after that we stopped by at Jitra because she needs to buy some curtain. Guess who was the driver? The eldest daughter of course! At first I was really2 reluctant to go because I wanted to take what used to be my daily dose of afternoon naps (it's been sooo long since I had one!). But my sister and my youngest brother insisted that I came along, so, being the loving eldest that I am, I went (and be their driver for the whole day, driving everyone everywhere). Here are some piccas we took!

Me feeling the soft, soft towels like a crazy person

I remember when I was in high school, I came here and adored they way they colour-coded the towels. I still love it!
The two brothers
McD for lunch. Yummy! Shazwan Zakaria, if you are reading this, I CAN EAT IT NOW. Sekian.
I got it from my mama
With my only sister, and our little man, trying to ruin the shot

That is for Friday. On saturday morning, wait lemme correct that. During the early hours of Saturday morning (4 friggin AM, to be precise) I was woken up by a horrible pain on my gum. Went to the toilet to check it out, turns out that one of the brackets for my braces came friggin off! The hardened cement (used to attach the bracket to the teeth) was so thin, it sliced through my gum, making it bleed and swollen like there's no tomorrow. So I went back to bed, tossed and turned till it's 6.30 and woke up, get ready for my sports practice at school. 

Yeah, I go to school 6 days a week because I love it so much (not!). The practice went from 8 to about 10.30 am. After practice all the teachers went for a drink and although I just want to go home and suffer alone, I agreed to join them. Social gathering and whatsoever, but every passing minute felt like I was in gum hell. After that I went back home at 12, and cried my eyes out like nobody's business because the pain has become so friggin unbearable. At 1pm, finally I decided to drive to the clinic to fix my braces, alone, despite my teary eyes and unbearable pain. So I drove there back and forth like my grandfather owns the road, also pretending like the PDRM summons are just an invitation to the Cinderella ball. I just got back from Penang about an hour ago. 'Tiring' won't even be enough to describe how I feel right now. But at least the gum pain is gone, the bleeding has stopped and the swell has subsided. Alhamdulillah...

Thank you, Zombee, for the sweet and comforting words when I was crying out of pain. Sorry I yelled at you. I yelled because I don't know what else to do. And thank you for the effort of calling every dental clinic in Jitra and Alor Setar to inquire about my braces situation, despite the fact that I yelled at you and you have no Maxis reception atm. That was very thoughtful of you. I really2 appreciate that. God will reply your kindness, InsyaAllah.

P/S: Guess who is the new sickly underweight chick on the block? I couldn't even believe my eyes! Dang! I even paid and got up on the weighing machine twice, just to make sure there's no mistake. My mom saw these numbers and scolded me for being underweight! What??! It's not my fault! I've been eating twice as much, and been very active with all the sports training, the most active I have been in three years time. I even did push ups and cardio with the students. But, why? -_-


Wednesday, February 23, 2011

Bersukan itu bagus untuk kesihatan

Here are some pics for today's event. Kejohanan Olahraga MSSD 2011, bertempat di SMK Tunku Anum, Jitra. Acara berikutnya akan diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, pada 2 hingga 5 Mac. Kawan2 yang jadi cikgu kat daerah Kubang Pasu, sila holler me kalau ternampak nanti. Boleh pi minum sekali yo! 

Aku kan jurulatih yang berwibawa, sampai aku ingatkan hari ni latihan pusat ja. Apparently today the event has started lah! Nyanyok sudah. Cemerlang gemilang terbilang kan aku?

Pemandangan sebelah kiri padang SMK Tunku Anum

Pemandangan sebelah kanan padang. Yang tengah lari pakai baju kuning tu wakil sek aku

Atlit yang mengharumkan nama sekolah walaupun tak menang tempat 1,2,3


Atlit yang single-handedly menghancurkan harapan PK KOKO sebab budak ni pancit separuh jalan

Akhir sekali, jurulatih merangkap driver yang nampak macam bibik. Sekian.

Minggu depan tinggal kelas lagi sebab kena pi latihan pusat, latihan intensif bagai. I promise you I didn't sign up for this. Maybe ada hikmahnya ini semua. Maybe ni salah satu cara nak memupuk semangat bersukan dalam diri aku yang dah lama pupus ditelan zaman purba kala. Till next time.

Tuesday, February 22, 2011

Dia cakap aku mandul nanti. Cisss...

The happiness of life is made up of minute fractions—the little soon-forgotten charities of a kiss, a smile, a kind look, a heartfelt compliment in the disguise of a playful raillery, and the countless other infinitessimals of pleasurable thought and genial feeling. 
Samuel Taylor Coleridge


Assalamualaikum semua. Hari ni ada pegawai perubatan datang sekolah aku. Dia check tahap kesihatan semua orang dengan laser mata ja. waaa aku pon terlopong sat ngan ciptaan terkini tu kan. Sapa2 cikgu yang nak check tahap kesihatan, boleh pi check kat diorang. Free of charge. Aku pulak busy sepanjang hari sebab kena masuk data atlit2 sekolah kemudian email hari ni jugak. Jadi walaupun hari ni start ujian dan cikgu2 tak payah mengajar, aku dok kehulu-kehilir cari maklumat guru2 dan atlit sekolah sebab nak masuk database. Penat okay berjalan pi balik pi balik dalam skolah. Rasa slim sedikit hari ni sebab banyak exercise kaki, oh.

Bila aku dah siap semua keja, ada la dalam 20 minit masa free sebelum kena masuk kelas dan jaga ujian. Aku cakap siap-siap kat dia sebab aku memang tak boleh lambat masuk kelas, nanti cikgu yang sebelum tu marah pulak kan. Nanti start cerita aku kaki ponteng klas pulak. Sudah...Tambah2, waktu ujian pulak tu, mana boleh tinggal kelas takdak cikgu. 

Nak dijadikan cerita, masa aku nak pi chek tu, Datin Asma (Pengetua) ada kat situ baru lepas check jugak. Ada 2 orang pegawai perubatan jadi sorang tu cakap2 ngan Datin, sorang lagi check aku. Lepas check, ini jawapan beliau:
"Cikgu ni tak sihat la. Banyak angin dan toksin dalam badan. Stress level tinggi. Selalu rasa letih, lenguh2 dan sakit kepala."
Nampak tak di situ? Unggul kan alat ni, boleh bagitahu aku apa yang aku rasa tiap2 hari. macam magic kristal ball. Takpun kad terup tilik nasib. Khurafat tak alat tu agak2?

Lepas tu aku tanya dia, toksin tu semua mai dari mana? Dia cakap, mainly dari makanan. Lepas tu dia siap tambah lagi, "Banyak toksin dan angin dalam badan boleh bawak kesan buruk. Cepat lesu, sakit kepala. Cikgu muda lagi, nanti kalau dah kahwin dan tua, lagi la tk larat kan? Lagi stress. Boleh jadi darah tinggi, keputihan, mungkin jugak ketidaksuburan. Nanti tak dapat anak pulak. Kahwin 5, 10 tahun, takdak penyakit kronik, tapi takdak anak. Masa tu baru kalut nak cari sebab." 
Oh, terkedu aku dengan jawapan beliau. Tapi part yang takdak anak tu, panjang pulak dia elaborate. Ada lagi dia cakap tapi aku malas nak tulis. Jangan la mendoakan aku dowh. Aku dengan khusyuknya terus mengangguk-angguk kepala macam orang bodoh. Tapi malangnya, kutukan beliau tak habis di situ sahaja....

"Saya lagi tua bnyak dari cikgu, tapi cikgu lagi tak sihat dari saya. Nanti tua2 jadi macam cikgu2 lain. Tak larat, penat, hidup tak bahagia." Wahai encik medical officer, sepak mau? Laser sungguh mulut hang kan. Hidup aku tak bahagia apa semua. Cabai baru tau. Marah jugak aku masa tu. Tapi nasib baik ada Datin ngan cikgu2 lain pegang tangan kaki aku, kalau tak memang aku sumokan dah laki tu! *cewah*

Lepas siap check, dia bagi 1 botol ubat minum. Harga ubat tu, RM60 sebotol. Laah, ni la tujuan utama depa rupa-rupanya? Aku terus rasa macam tawar hati, terus tak percaya semua yang dia bagitau. Sebab nak meniaga, orang boleh cakap apa2 pun kan? Aku bukan tau pon. Kalau dia cakap yang aku ada penyakit angin ahmar ka, angin kus-kus pon, aku mesti percaya. Sebab? Dia medical officer la konon2. Cheh. Akhir sekali aku yang tak bergaji ni bagi alasan baikkkkk punya kat dia, aku takmau beli ubat tu sebab tak mampu. Haha. Padahal memang takmau beli kot. Dah la ubat tu kaler hitam nampak macam minyak enjin kereta aku ja.

On a side note, almost everyday aku bawak bekal ke sekolah. Cikgu2 dan kerani2 selalu tanya aku, hari ni makan apa? Diorang jeles la tuh haha. Padahal aku bawak bekal sebab 1, aku ketandusan fulus, 2, sebab aku boleh makan limited food ja ngan braces ni. Jadi tiap2 hari aku bawak ikan takpun telur, takpun ayam atau daging yang dah dipotong halus macam nak bagi baby takdak gigi makan. Seriously, tak rasa nikmat makan langsung. Makan pun terus telan je. I miss chewing, like, a lot. 

Dah la kerani sekolah siap tanya aku, nak pinjam berapa dari PIBG? Sebab dia ingat aku papa kedana takdak duit makan, sebab tu bawak bekal. Gamaknya dia ingat aku bawak ubi kayu cicah garam ja kot mai sekolah tiap-tiap hari. Oh sedihnya. Aku cakap buat sementara waktu ni aku taknak pinjam duit. Ada duit simpanan sikit. Tapi dia macam nak paksa pinjam pulak. Ish. Pelik. So sapa kawan2 yg nak pinjam duit, mai pinjam dari PIBG sekolah aku, SMK Megat Dewa. Kami pemurah yo!

Alhamdullillah dah masuk minggu ketiga persekolahan. This week kelas Ahad dan Isnin ja sebab Selasa sampai Khamis ada ujian. Minggu depan pulak aku kena jadi jurulatih pasukan olahraga sekolah hari Ahad sampai Selasa, Rabu sampai Sabtu kena attend MSSD bawak budak2 skali kat UUM. Yeah, next week aku jadi cikgu 7 hari. Aduh. Ni kena tidoq awal sebab esok nak pi SMK Tunku Anum. Sekolah sukan negeri oh. Aku pon nak buat2 aktif jugak. Tak salah kan? InsyaAllah kalau sempat lepas ni aku ambik gambar students berlari pulak, boleh buat update blog yang takdak orang baca ni. Saja seronok2.

p/s: Lets see. So far I am an English teacher to 5 classes, the ketua and penasihat for English Language Society, Asst. secretary AJK induk unit sukan, the person who has to makeover the SAL room, jurulatih pasukan olahraga sekolah, class teacher for 1 Potensi, jurulatih bola tampar (maybe). Trying to embrace the job and having a difficult time at that. But I'm almost there... (I guess. I really2  hope so). 


p/ss: Zombee cakap badan aku banyak toksin sebab berak 2 kali seminggu ja. Laaa rupa-rupanya berak 2 kali seminggu tu tak normal. Mala la aku tau. Dah tak boleh berak tiap2 hari, nak buat macam mana.

Sunday, February 20, 2011

How to wear messy style scarf



Cantik kan hamba Allah ni? MasyaAllah...

Mutiara kata hari ini... ;)

"When you see a person who has been given more than you in money and beauty, look to those, who have been given less."
(Hadith Riwayat Muslim)

Monday, February 14, 2011

What about Valentine's Day?

Perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan 'Ratu Isabella' dari sepanyol iaitu 'Saint Valentine'.



Jasa beliau menumpaskan kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14Feb, 270 M.



Begitu bermakna pada 'Ratu Isabella', sehingga beliau(Valentine) di anggap sebagai kekasih kepada rakyatnya sendiri.



Jadi sebagai seorang Islam, pandai2lah kita fikirkan sendiri, betul? 
Nak sambut tak salah, cuma mungkin jangan dijulang nama 'Valentine' tu. 
Anggap ja 14 Februari sebagai hari memperingati kekasih. But in my opinion, tiap2 hari pon boleh jadi hari memperingati kekasih, kan, peeps? Tak perlu tunggu 14 Februari lah. =)

Saturday, February 12, 2011

Braces part two

Ini adalah second time aku nak tulis pasal braces. Kenapa? Because I have some time to kill, and taktau nak tulis apa. Jadi, aku tulis pasal braces. Alhamdulillah, dah dekat 2 minggu pakai, kesakitan yang terlampau waktu mula2 pakai dah surut. Cuma kadang2, especially malam, sakit tu datang balik kejap-kejap. Tapi selalunya sakit one or two particular teeth saja, tak macam awal2 dulu, setiap batang pon rasa macam nak tercabut keluar dari mulut. Betul la apa orang cakap, beauty is pain. Anda setuju? Tapi sekarang dah tak makan painkiller lagi walaupun sakit. Sebab? Dulu aku pernah ada allergies dengan painkiller. Eh bukan allergies, more to side effect la. A bad one. Tisu2 lembut kat dalam pipi aku membengkak menyebabkan aku tak boleh bercakap dan makan dengan betul. Jadi, as long as boleh tahan sakit dengan daya minda sendiri, aku bertekad takmau makan painkiller. Nanti jadi pipi Sin Chan, cuma sebelah je la.

Lagi 2 minggu InsyaAllah akan pegi jumpa dentist lagi kat Penang, untuk ketatkan dawai bagai ni. Another road trip for me, maybe? Nak ajak Miza and Mamat pegi sekali kalau diorang free, balik nanti boleh ronda2 Penang macam hari tu. Tadi jumpa kat Resepi Rahsia pon sekejap sangat, tak habis nak borak. Takpe, next weekend jumpa lagi, InsyaAllah. =)

Aduh, bosan sudah cakap pasal braces ni. Tapi kan, actually pakai braces bila dah keja as a teacher memang sangat mencabar. Sebab? Susah nak bercakap sikit. Lagi susah nak menjerit. Aku ada problem bila nak sebut 'S' kuat-kuat. Bila sebut nada biasa, no hal, tak ada masalah. Bila nak jerit 'DIAM SEMUA!' selalu bunyinya jadi 'DIAM TEMUA!'. Aduh, susah kot. Kadang2 aku kaver malu dengan bercakap pasal benda lain atau marah budak2 tak berhenti, so diorang takde la perasan sangat aku bercakap macam lidah pendek, kan?

Cakap pasal mengajar, Alhamdulillah tadi dah siap 8 lesson plans for 5 classes, untuk hari Ahad dan Isnin depan. Selasa cuti sempena Maulidur Rasul katanya. Alhamdulillah, rehat sekejap tengah2 minggu tu. Leganya. Duduk rumah je la kot. Staying home is nice and all, but I have to sacrifice my freedom. Boleh je keluar, macam tadi selamba badak je aku keluar, it's just that the curfew at 7pm applies (but of course, I always come back around 8 or 9pm. Rules are meant to be broken...no???). And I can't go out every single day. Tapi apa kejadah nak keluaq tiap2 hari kan, penat kot. Balik sekolah pukul 3.30 or 4pm. Bila sampai rumah ja dah rasa macam nyawa di hujung tanduk. Buat keja, prepare lesson plan, terus tidoq. Penat jugak jadi cikgu ni. Lagi penat kalau students Form 4 anda tidak tahu membaca atau menulis. Poning den.

Esok cuti lagi. Nak rehatkan minda, petang esok nak kena pegi beli stationaries, and malam pulak nak buat materials untuk lesson nanti. Ish banyak pulak aku membebel kan. Entah apa-apa pulak. Tido la. Dah lewat ni cikgu. Selamat malam sayang-sayangku. Moga mimpi indah-indah malam ni...Tapi jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur ok! ;)

Friday, February 11, 2011

Cinta itu

Cinta itu luas. Jika kau letakkan di tempat yang betul, maka rasalah kemanisan sebenar cinta. Di mana tempat yg betul? Pada Allah dan Rasul
-Ustaz Amirul, TV3, 11022011


p/s: Sapa cakap tgk tv tak berfaedah? Cuma kita perlu pandai mecari benda berfaedah untuk ditengok. Tu je. ;)

Monday, February 7, 2011

Pelangi petang

Bila Allah turunkan bala, Dia juga akan turunkan rahmat. Sebab tu ada pelangi lepas hujan, kan? =)

Alhamdulillah, starting from tomorrow I will start my duty as an English teacher at SMK Megat Dewa. May Allah help me with everything, and makes my journey sweet, wonderful. Ameen.

Oh, yeah, dapat duduk rumah juga. Internet laju, no need to pay the rent, free water/power, free FOOD, vast part time job opportunities and the choices to further my studies. I feel so blessed, really. 

Alhamdulillah.

Sunday, February 6, 2011

Mutiara kata hari ini

"Ingatlah Allah ketika kau senang, sesungguhnya Dia akan mengingatimu di saat kau susah"

Friday, February 4, 2011

People, people, people

"Brilliant people talk about ideas.
Average people talk about things.
Small people talk about other people."

Dipetik dari blog Shanis, and according to her it's from Naima's blog. Loving these 3 lines. Sori x mintak permisi awal2. Aku credit di sini buleh kan? =)

Blog Shanis kat sini ye

Wednesday, February 2, 2011

Everyday I thank Him for sending you here...

What kind of a sick person are you?

Hurmm. Keluar pintu bilik nak ke toilet tadi, ada satu bau yang tersangatlah wangi. Mak tengah masak kat bawah. Tak tengok pon aku tau tu bau mee sanggul. Tiba2 on the way pi toilet boleh pulak aku sebak sorang2 kat situ, padahal toilet tu 3 tapak je dari bilik. Sebak bukan apa, sebab teringat arwah Mak Tok...

Mak Tok ialah ibu kepada ayah aku. Yes, dia adalah nenek aku. Tapi kami panggil dia Mak Tok. Tak sure kenapa, tapi aku rasa orang Kedah memang panggil nenek2 dan datuk2 mereka dengan nama2 yang sedikit unik. Kalau ada ranking nenek/datuk favourite, memang Mak Tok menang tanpa bertanding. Since kecik lagi, dia dah manjakan kami semua adik-beradik. Bayangkanlah, masa aku kecik, aku ingat ada suatu ketika ni Mak Tok datang all the way from Sungai Petani ke Changlun sebab rindu nak tengok cucu2 dia. NAIK TEKSI ok! bayangkan lah berapa jauhnya tu. Approximately 100km kot. naik teksi!

Mak Tok dah meninggal sejak aku Form 3 lagi. Dia meninggal sebab accident, kena langgar ngan moto. Tapi sebab moto tu laju, dia meninggal. Agaknya hentaman yang kuat kot, sebab fractured skull. Tapi yang sedihnya pasal kemalangan Mak Tok ni, ialah dia dirompak oleh sepasang suami isteri lepas dia kemalangan.
Tak sangka ada jugak manusia macam ni kat dunia ni. Pasangan suami isteri yang usianya dah senja pulak tu. Kubur dah memanggil-manggil pun. So at the age of 15, aku baru nampak macam mana rupa sebenar manusia. Manusia memang boleh buat macam2 untuk kepentingan diri. Yang hairannya, aku tak rasa marah sangat kat uncle cina yang langgar Mak Tok tu. Yang membuatkan darah aku meluap tu bila fikir pasal suami isteri pencuri tu. What kind of a sick person are you, that you would steal from an old woman who is bleeding to death? Astagfirullahalazim....

Bila tengok album2 lama, mesti rasa sedih tengok gambar Mak Tok. Dulu masa aku kecik sampai Form 3 tu, dia bagi je apa yang aku mintak. Dia suka belikan kami barang2. Memang tak pernah kedekut walaupun hidup dia bukan senang sangat. Mak Tok memang merana sejak dia kahwin ngan Tok Ayah (datuk). Tok Ayah buat dia macam2, Astagfirullahalazim, yang korang takkan boleh imagine seorang suami sanggup buat kat isteri dia. Tapi Mak Tok sabar, dia senyum depan anak2 and cucu2. Tapi Tuhan dah ambil dia dulu. Aku harap Mak Tok akan jadi salah seorang penghuni Syurga. Dengan apa yang dia dah lalui masa dia hidup, it's just fair. InsyaAllah...