Assalamualaikum! Saya memang dah lama bercadang nak buat projek wedding countdown ni, sebagai salah satu pemberitahuan kepada diri sendiri, Zombee, dan jugak kawan-kawan tentang tarikh wedding kami.
Wedding countdown project ni adalah pre-wedding kedua kami. Pre-wedding pertama dengan JAC Photography dan kami masih menunggu gambar-gambar siap edit dan print. Teaser ada di entry sebelum ni. Pre-wed kedua ni kami buat 2 hari selepas pre-wed pertama. Photographernya, Meister Studio atau nama sopannay Faiz, lebih dikenali sebagai Mamat. Kawan baik saya ni. :) Terpaksa buat dalam minggu yang sama sebab lepas ni Zombee takkan datang sini dah. Dua bulan lagi dia datang, untuk akad nikah dan majlis kenduri terus! Jadi mingu lepas memang macam orang gila terkejar kesana sini siapkan preparation majlis.
Apa sebenarnya wedding countdown ni? Actually, kami cuma ambil gambar dan guna beberapa props untuk buat gambar tu lebih ceria dan berinformasi. Haaaa, berinformasi tau. Information apa? Tu kena tunggu gambar siap. Tujuannya, gambar-gambar dari pre-wed pertama dan kedua akan digunakan untuk gambar dan video save the date nanti. Idea ni dapat tahun lepas lepas majlis bertunang, dari NoraKerel, one of my favourite ex-B2B. :)
Gambar-gambar belum siap lagi. Tak sabar nak tengok tau! Till we meet again~
No comments:
Post a Comment
Love Notes