Loyal readers

Friday, December 16, 2011

Alang Giveaway!

Assalamualaikum semua...

ALANG ada buat satu giveaway utk tolong kawan dia dapat tiket MAS percuma balik Malaysia! Dari UK tau! Sweet kan? Bagus dapat kawan camni...Saya boleh relate la sikit dengan orang yang belajar sambil merantau ni. Kalau dapat tiket free, memang peluang takkan dilepaskan punya! 

Source: ALANG


Ok, kat bawh ni adalah T&C yang  ALANG  tetapkan:
1) Klik, Like dan Vote
2) Tell me my friend's FULL name
3) tell me what her current ranking when you have vote (only can see after you have voted)
4) FOLLOW BLOG ALANG~optional je..tapi..follow lah ye..hihi
5)Copy LOGO kat atas, dan buat sticky post kat blog korang, LINK kan logo dengan BLOG Alang ok! ASK YOUR READER TO GO TO MY BLOG TO JOIN^_^no need longgg post..just the logo and T&C
6) Jangan letak jawapan u 'olls dalam post u'ollss..letak jawapan dgn link blog korang kat komen post ni. Get it?Kat post korang letak logo dan T&C ONLY
This will end on 18 DISEMBER 2011 jam 12TENGAH MALAM.

Hanya yang mengikut T&C akan di kira join dengan valid nya..

Kalau kawan dia ada di ranking Top 5, ada 8 secret gift waiting utk semua peserta! Sekarang kawan dia memang dah ada dalam Top 5, jadi InsyaAllah akan ada 8 hadiah nanti.  Teruskan mengundi! Haa...berminat? Kalau berminat sila tengok T&C kat atas atau boleh rujuk balik blog ALANG! Good luck to all!

Semoga Allah memurahkan rezeki kami dan mempermudahkan segalanya, InsyaAllah...

Giveaway First Opening Dippy Lyn's Collection

Siapa suka bunga DIP? Bunga DIP ni apa ya? Dulu2 tak pernah tau pun apa bunga DIP ni. Asyik panggil bunga kain ja. Sekarang dah tau ok! Cantik bunga ni. Unique. Boleh simpan lama-lama pulak tu. Memang best la kalau dapat bunga pahar yang diperbuat daripada bunga DIP ni! *mula berangan*

Sekarang ni Dippy Lyn's Collection tengah buat give away untuk B2B out there. Tujuan GA ni adalah untuk mempromosikan Dippy Lyn's Collection dan jugak untuk Cik Lyn tambah koleksi bunga DIPnya...


Hadiah tempat pertama: BUNGA DIP pahar berharga lebih RM250.

*Pemenang ke-2 akan diberi kalau penyertaan lebih 150 org.

*Pemenang ke-3 pula akan diberi if lebih 200 penyertaan.

Keputusan akan dipilih melalui RANDOM.ORG

Tarikh tutup penyertaan 31 DEC 2011 jam 2359

Jadi meh la kita join ramai-ramai supaya peluang nak menang tu bertambah lagi banyak, kan? kan?

 So now mari kita tengok syarat2 penyertaan:

Syarat Penyertaan:

1. Peserta mestilah seorang BLOGGER - CHECK!

2. Peserta mestilah seorang follower blog beeflyingtohoney - CHECK!

3. Buat satu entry bertajuk Giveaway First Opening Dippy Lyn's Collection - CHECK!

4. Letak banner di bawah ini di blog anda - CHECK!

5. TAG 2 orang rakan blog anda - CHECK!

6. Letakkan entry post anda di bahagian komen - CHECK!

7. SIAP!!!

Senang ja kan? So sekarang mari kita tag bakal2 B2B out there yang mungkin berminat nak join contest ni... jom MIZA & DZETI? Nak join tak, girls? ;)

Semoga Allah memurahkan rezeki kami, dan mempermudahkan segalanya,InsyaAllah...

Thursday, December 8, 2011

Pau Seri Ayer Hitam, Johor

Assalamualaikum semua...Dengan ini saya mengumumkan, Pau Seri sedang mengadakan satu pertandingan untuk bakal-bakal pengantin di luar sana! Pau Seri akan menaja sebanyak 500 biji pau yang mengikut warna tema majlis anda. Tajaan akan diberikan hanya kepada 2 orang yang bertuah sahaja, yang akan berkahwin pada bulan 1-6 dan seorang lagi pada bulan 7-12. 

Semenjak dua menjak ni saya sangat aktif join online contest dengan harapan nak menang barangan yang ada kena mengena dengan perkahwinan, jadi contest ni pun tak terkecuali! You see, Pau Seri ni base di Ayer Hitam, Johor, dan majlis bertandang saya nanti semestinya diadakan di Johor! Jadi apa salahnya cuba nasib, kan? :) Mari mula!

1. Kenapa saya perlukan tajaan ini dari Pau Seri

Sebab utama saya inginkan tajaan ni adalah sebab saya penggemar pau yang tegar. Perasa pau yang paling digemari? Kaya! Pau kaya kalau dapat panas2, perghhhhh...!!! Saya suka semua benda kaya, roti kaya, jem kaya, orang kaya. Eh yang last tu tak betul ye. Main-main saja hehe...

Okay, dulu masa saya masih belajar di maktab, cafe maktab ada jual sejenis kuih pau yang teramatlah limited edition. Maksud limited edition ni, pau ni bilangannya setiap hari sangatlah sikit. Dah la pau tu memang sedap dan mneggiurkan sesiapa saya yang terbau. Jadi apa saya buat untuk pastikan setiap hari saya dapat makan pau sedap ni? Saya ponteng kelas! Ya Allah buruknya perangai kau pompuan! Ponteng kelas semata-mata nak makan??? Tapi itulah kisah benar yang telah tejadi. Saya tahu saya seorang perempuan yang 'loqlaq' bak kata orang Kedah.

Masa saya sambung belajar di New Zealand pulak, saya selalu mengidam pau. Tapi saya tak pernah jumpa pau yang dapat menandingi pau cafe maktab tu. Pulak tu, pau-pau yang dijual di New Zealand tak semuanya halal. Ada yang mengandungi gelatin babi lah, gelatin binatang (tak semebelih) la, macam-macam. Tapi saya tak pernah putus asa. Saya cari jugak pau yang halal, dan Alhamdulillah ada beberapa jenama yang mengeluarkan pau halal. Tapi yang sedihnya, pau halal ni semua frozen je. Jadi kena balik kukus sendiri. memang tak sama dengan pau cafe maktab, oh pau kaya....

Jadi kalau Pau Seri sudi menaja majlis perkahwinan saya dengan 500 biji pau mengikut warna tema majlis, memang saya akan makan pau tu banyak2! Hahaha! Ok lah, mungkin saya akan share sikit dengan budak2 dan family, tak lupa jugak dengan husband saya nanti, tapi saya tetap nak bahagian saya tau!

2. Apakah warna tema perkahwinan saya dan bilakah tarikh majlis perkahwinan saya?

Warna tema perkahwinan saya nanti adala putih dan blush. Eh tapi itu belah perempuan ya. Disebabkan Pau Seri adalah bertempat di Johor, jadi saya dah fikir, kalaulah menang tajaan ni, saya nak gunakan untuk majlis bertandang nanti. Majlis bertandang akan diadakan di Pontian, Johor pada minggu pertama atau minggu kedua bulan Disember. Maaflah Puan Pau Seri, tarikh majlis bertandang yang sebenarnya belum dapat ditentukan lagi.

Tapi tarikh majlis nikah dan bersanding dah ade, dalam bulan Ogos nanti InsyaAllah...tu pun kalau Pau Seri tak kisah nak poskan pau sampai Kedah! Tapi takpe, untuk memudahkan pihak Pau Seri, gunakan untuk majlis bertandang pun dah cukup bagus. Warna tema majlis bertandang? Kombinasi yellow, gold, light yellow dan ivory. Zombee (nama manja tunangan saya) pilih warna kuning jadi kami bincang untuk tambah banyak shades kuning supaya kami takkan kelihatan sebagai pengantin pisang atau pengantin DIGI nanti. Cuba bayangkan kalau pau-pau tu nanti warna kuning+pink. Comel!!!


3. Ceritakan kenapa saya memilih pasangan sebagai suami dan pasangan seumur hidup.

Semuanya ada pada nama. Nama sebenar Zombee adalah Syafiq. Nama saya Syafiqah. Jadi bukankah kami dah seperti diprogram untuk satu sama lain? Jawapannya....SALAH! Kami bukan cinta pertama masing-masing. Kami jugak dah berkenal selama 5 tahun sebelum mula menjadi rapat. Masa mula kenal pun kami dah ada pasangan masing-masing. Tapi jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Takdir tertulis yang kami telah bertunang pada 26 November yang lepas dan sedang merancang perkahwinan dalam masa yang terdekat, InsyaAllah. 

Jadi, sebab mengapa saya memlih Zombee sebagai pasangan di dunia dan di akhirat nanti? Haruslah sebabnya ada berjuta-juta lemon! Saya bagi di sini 3 sebab utama, okay? :)

3. Entry ni panjang sikit. Tapi ada mengenai kenapa saya hargai Zombee, dia sangatlah prihatin dan tak pentingkan diri langsung. Walaupun dia tak ada duit, dia sanggup belikan saya novel yang saya teringin baca. Terharu!


2. Entry ni pendek je. Beberapa hari lepas majlis graduation, dan beberapa hari jugak lepas kami pergi beli cincin tunang dan cincin kahwin sama-sama. Ada tunjukkan yang dia selalu buat saya gembira, walaupun masa saya marah teramat sangat. Dialah pengubat segala masalah saya.


3. Saya tak perlu explain apa-apa. Sila klik pada link ini. Kalau nak like apa yang anda nampak, silakan. :)



Okay selesai sudah satu entry yang panjang lebar untuk contest Pau Seri. Seronok buat entry ni sebab boleh cerita pada readers juga pasal perihal kahwin dan perihal pasangan masing-masing. Harap-harap Pau Seri enjoy baca entry saya ni. Thanks!

p/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah atau bertanya tentang Pau Seri, sila layari laman Facebook Pau Seri dengan menekan mana-mana link yang tertera Pau Seri. Sama aja semuanya... Ataupun, anda boleh menelefon ke 017-7429133 begin_of_the_skype_highlighting            017-7429133      end_of_the_skype_highlighting  dan melawat blog beliau di SINI!



Thanks for reading!


Wednesday, December 7, 2011

Stunning Me!! by Qaseh Elyn

P/S: Saya terpanggil untuk menyambung post sticky note ini dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Anda boleh pilih anda lebih selesa nak baca yang mana, okies? :)

*Entry in English*

Attention! This is a sticky post. Thank you.

I joined a competition by Qaseh Elyn where she is giving away veil+inner to 3 lucky brides-to-be! I guess I might as well try my luck and if Allah permits, Elyn might choose me as the winner, and I'll get my dream veil for my wedding in 2012! Amin, Ya Rabbal Alamin...Teacher Syafiqah needs to cut cost on the wedding because she has a small salary only...

Hello! I am a contest badge from HERE!

The terms and conditions of the contest, if you are interested too.

My dream wedding scarf+veil. That is a very serious topic to be discussed, especially among girls. As for my wedding scarf+veil, I always loved the ones that look different than the others. But let's look at the two items separately first. 

1. Scarf/inner

Now let's discuss about the scarf/inner. I prefer something that is not similar to what I wear to work or when going out everyday. Not tudung bawal, not tudung syria, not tudung express. I want something unique, something extraordinary, something magnificent! Something that people will see me in and say... "Ahhhh...cantiknya...tudung dia." Haha! Okay okay I do want people to think I'm pretty when I wear my dream veil. *blushing* For the scarf, I want the edge of the scarf/inner to be filled with flowery fabrics, or as we say it in Malay, 'kerawang'. Maybe something like these:
 
2. Veil


As for he second but equally important item, the veil, I always dream of a beautiful big fairytale wedding. I mean, no, I don't want a pumpkin carriage or my future husband to ride on a horse. I just want a white wedding. I want to be the Cinderella on my wedding day. Actually my favourite Disney Princess is Aurora from Sleeping Beauty, but... Eh, I'm out of topic already. Sometimes I think I talk too much, especially when I'm in class. Poor students...

Back to the veil. I adore simple yet elegant veils, especially the long ones. Reallyyyyy long ones, the one that you sit down and people can accidentally walk over it. I think they are called the chapel veil or something like that. It doesn't have to be full with beads or 3D flowers feathers or whatnot. A simple veil will suffice. I like simplicity and tidiness, so I want the veil to reflect my personal values. Worn with elaborated scarf with 'kerawang', it'll be a perfect combination!! And I won't be needing any tiara. Ka-ching! Save some money!

The design of the veil, like I mentioned earlier, should just be simple yet elegant. A little 'kerawang' at the edge to make it look sweeter, not too full, not too plain. And the material should be soft and smooth chiffon, like my sister's hair after using Rejoice shampoo. "Seperti rawatan minyak panas", they say. Okayyyy, back to the veil. It should look something like these:

Looking at the portfolio in the website of Elyn Creation, I believe Elyn can make my dream come true. I have no doubt that she can make a veil this beautiful, this unique, this magnificent. Wheather she will choose me as the winner or not, that is entirely up to her, right Elyn? *wink wink*  :D

Sebarang pertanyaan bole emel terus ke Elya di elyncreation@gmail.com. She makes the most beautiful things you have ever seen.


*Entri dalam Bahasa Melayu*

Perhatian! Ini adalah 'sticky post'. Terima kasih.

Saya sertai pertandingan oleh Qaseh Elyn dimana beliau akan menghadiahkan layah+inner kepada 3 orang bakal pengantin yang bertuah! Saya rasa alang-alang saya patut mencuba nasib dan kalau diberkati Allah, Elyn akan pilih saya sebagai pemenang dan saya boleh dapat layah perkahwinan impian saya! Amin, Ya Rabbal Alamin...Cikgu Syafiqah perlu jimat kos kahwin sebab gaji dia kecik saje...

Hai saya adalah 'badge' pertandingan dari SINI!

Syarat dan terma pertandingan, jika anda berminat juga.

Tudung+layah impian perkahwinan saya. Satu tajuk yang serius untuk diskusi, terutamanya sesama wanita. Bagi saya, saya sukakan tudung+veil yang tampak lain dari yang lain. Tapi, mari kita lihat 2 item ni secara berasingan dulu.

1. Tudung/inner

Sekarang mari bincang pasal tudung/inner. Saya inginkan sesuatu yang berbeza dengan apa yang saya pakai ke tempat kerja atau bila keluar tiap2 hari.Bukan tudung bawal, bukan tudung syria, bukan tudung ekspres. Saya mahukan seusatu yang unik, yang luar biasa, yang menakjubkan! Sesuatu yang bila orang nampak saya pakai, orang akan cakap... "Ahhhh...cantiknya...tudung dia." Haha! Okay okay Saya nak orang rasa saya cantik masa pakai layah impian ni. *malu* Bagi tudung pula, saya mahukan tepi atau sisi tudung/inner dijahit dengan fabrik bercorak bunga-bunga atau berkerawang. Mungkin sesuatu seperti ini:


2. Layah

Bagi item kedua yang sama pentingnya, layah, saya selalu impikan perkahwinan yang bagaikan kisah 'fairytale'. Maksud saya, saya bukan nak kereta labu atau bakal suami saya naik kuda. Saya cuma mahukan perkahwinan yang serba putih. Saya nak jadi Cinderella pada hari perkahwinan saya. Sebenarnya watak Puteri Disney yang paling saya suka ialah Aurora dalam Sleeping beauty....tapi...Eh, saya dah keluar topik dah. Kadang2 saya rasa saya cakap banyakkkk sangat, terutamanya bila dalam kelas. Kesian pelajar kena bebel ngan saya...

Berbalik kepada layah. Saya suka layah yang simple tapi elegan, terutamanya yang panjang. Yang sangatttt panjangggggg, yang orang boleh terpijak bila kita duduk. Saya rasa namanya 'chapel veil' kot.Tak perlu penuh dengan manik atau bunga 3D atau bulu-bulu. Yang simple dah cukup. Saya sukakan simple dan kemas, jadi saya mahukan layah tu menggambarkan keperibadian saya. Kalau pakai dengan tudung yang penuh kerawang, mesti jadi kombinasi yang sempurna! Dan saya tak perlu lagi pakai tiara. Ka-ching! Jimat duit!


Design layah, macam saya cakap tadi, perlu simple tetapi elegan. Sedikit kerawang kat hujung untuk tampak manis, tak terlalu penuh, tak terlalu kosong. Dan bahan haruslah chiffon lembut, macam rambut adik saya lepas pakai shampoo Rejoice. "Seperti rawatan minyak panas", katanya. Okayyyy, kembali ke layah. Mungkin macam ni:

Tengik portfolio dalam website Elyn Creation, saya percaya Elyn boleh jadikan impian saya satu kenyataan. Saya yakin beliau boleh buat layah yang cantik, unik dan menakjubkan macam ni. Tapi sama ada beliau pilih saya sebagai pemenang atau tidak, semua tu terserah pada beliau, betul kan Elyn?*wink wink*  :D

Sebarang pertanyaan bole emel terus ke Elya di elyncreation@gmail.com. Dia dah buat macam-macam yang cantik sangat!



SAYA NAK GUBAHAN COKLAT DARI MIZASHOPPE

Chocolate: The best thing that ever happened to women....other than a proposal, of course.


If you love chocolate and pretty little things, then MIZASHOPPE is good news for you! Home made chocolate made with love and tenderness, each one was crafted professionally to meet your unique standard. I should know, because I ordered a basket full of red and white tulips from this successful young lady! *refer picture above*

I have always been fond of tulips since I was a little girl, so I decided to order a bouquet of chocolate tulips as one of my present (hantaran) to my future husband. And...I have a confession to make. I ate 2 pieces of that chocolate from the bouquet BEFORE the engagement ceremony (Yes I AM a chocoholic!) although my fiancee (boyfriend at that time)  said I could only have one. It was just so sweet and pretty, I had to taste it, one of white and one of red. And they taste deliciously amazing!

So, I just gave many many reasons for wanting to win this chocolate. They're cute, tasty, in a form of beautiful tulips, they remind me of my sweet love story, and I am a chocoholic. Okay maybe the last one doesn't count. I also want it to be as one of my wedding hantaran, and maybe this time, darling, you'll let me have 3 pieces? :p

Saturday, November 12, 2011

Hello Wordpress, goodbye Blogger.

I've moved here. From now on, my updates will be on Wordpress. I think it's a shame to kill this blog, so I'll leave it inactive for the time being. Hello Wordpress, goodbye Blogger.

Tuesday, November 8, 2011

Privacy

I'm entering an intimate part of my life soon, which I ONLY want to share with family and friends. So the question here is...

Should this blog goes private?

Saturday, November 5, 2011

Giftbags

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November. Alhamdulillah, persiapan dah banyak yang settle. Hari ni nak share idea giftbags sikit. Saya beli paper bag warna silver, embossed dengan bunga dan tulisan 'Thank you'. Atasnya lekat doily paper saiz 5.5". Dekat bahagian atas tu, saya buat riben kecik2 warna merah kemudian lekatkan. Bahagian tengah doily paper pulak saya lekatkan TQ tag yang telah direkacipta oleh Zombee! Dia yang design, dia yang gunting bulat2, dia dah pos ke sini. Nanti saya cuma perlu gamkan kat atas setiap beg saja. Isn't he thoughtful? :)


Kat dalam beg pulak, dulu pening jugak nak letak apa. Last2 saya decide, letak benda makan lah. Senang. So it's been decided, dalam setiap beg ni akan ada air mineral/kotak, biskut, pelbagai sweets, sagon stick, dan mungkin nak letak kacang ataupun kek. Benda lain semua dah beli, cuma kacang dan kek saja kena survey supaya dapat yang harga murah. End product, siap dengan TQ tag semua, nanti kita share hari lain ya? ;)