Loyal readers

Saturday, March 31, 2012

Teaser: Wedding countdown project

Assalamualaikum! Sebelum ni saya dah pernah cerita pasal wedding countdown project kat sini. Minggu depan project ni akan mula dilancarkan! Can't wait! Watch this space okay!


P/S: Congratulations to my best friend on her engagement today. I love you!

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Air Asia Contest

Assalamualaikum readers...Today I want to share a contest with you, hosted by the ever-so-cheap local airlines company, Air Asia. This contest is suitable for those who have visited Vietnam, Cambodia, Laos or Myanmar. I personally haven't been to any of the countries so I can't participate. InsyaAllah, one day. :) Closing date is 15 April 2012. So do check out the contest here!

P/S: 60 days, and counting down nervously. :)

Sunday, March 25, 2012

Idea unik dekorasi bilik pengantin

Assalamualaikum semua! Hari ni nak kongsi sikit dengan u all tentang idea dekorasi bilik pengantin nanti. Deco bilik akan dibuat oleh wedding planner. Saya serah 100% kat dia. Malas nak fikir sebab dah ambil harga pakej. Yang penting, mengikut tema.

Semalam saya ada terjumpa satu deal kat Groupon. Memang menarik sangat! Saya pun terus grab hehehe... Nak tahu deal apa? Meh tengok sini. Canvas clock!

The best part is, you can design the clock with any picture you want! Yang minat artis Korea boleh letak gambar SNSD ke, Big Bang ke, yang minat artis Hollywood boleh letak gambar Tom Cruise ke, Ian Somerhalder ke, terpulang lah. Nak letak gambar kucing kesayangan ke, tunang kesayangan ke, bantal busuk kesayangan ke...Yang dah ada cahaya mata, boleh letak gambar baby! Comel kan, kalau letak gambar baby dalam bilik baby!

Yang penting, benda ni boleh jadi 2 in 1. Jam dan dekorasi bilik. Saya masih sedang pilih gambar apa nak letak. Nanti nak deco dalam bilik pengantin jam ni. :)

Saturday, March 24, 2012

Pre wedding photos: Syafiq & Syafiqah

Assalamualaikum semua! Masih ingat entry pasal pre-wedding teaser kat sini? FYI, minggu ni saya baru je dapat gambar2 pre wed & I love the pictures!!!! Gambar yang diupload di sini semua dah resized sebab kalau nak upload yang hi-res memang jenuh bertapa depan laptop la jawabnya...

Pakaian kami recycle baju-baju yang sedia ada je. Make up pun DIY, sebab tu tempek bedak ngan eyeliner ja. Lipstick pun terlupa pakai sebab kami gerak dari rumah pukul 7 pagi, sampai Penang pukul 8.30 pagi. Awal gila kan? Sebab saya minta nak shoot dengan morning sunlight.

So, saya nak share sebahagian gambar pre-wed kami tempoh hari. *malu malu* I hope you enjoy the pictures!

Event : Pre wedding Photoshoot
Date: 13 March 2012
Theme: Black & White Romance


















Tips untuk photography session: Kalau nak ambil gambar kat taman/padang, jangan pakai baju hijau. Kalau ambil gambar kat tasik/pantai, jangan pakai baju biru. Kalau ambil gambat kat bangunan lama, jangan pakai baku coklat. Subjek perlu timbul dalam gambar. Kita bukan nak camouflage kan?

P/S: Saya rasa saya nampak tinggi bila pakai dress ini. Hoyeahh!

P/S/S: Sekarang tengah gigih buat photobook untuk gambar2 pre wed ni pulak. Dah siap nanti kita share okay!

Thursday, March 22, 2012

Vote for me!!!

Hi dan Assalamualaikum lovely readers! This will be a promotional post. Mungkin ada yg sudah bantu saya, terima kasih banyak. Yang belum, pertolongan anda amatlah dialu-alukan. Jasa baik anda InsyaAllah akan mendapat balasan setimpal :)



Dear friends and family, we entered an online competition to helps us support our wedding fund, as the prize will greatly help us financially in terms of wedding preparation. And we need + appreciate your kind help! It's easy. We just need you to click the button LIKE for us!


Step 1: LIKE the fanpage KamekGillezCandid Studio here 



Step 2: LIKE our picture here (atau click pada gambar di bawah)


P/S: Click SHARE untuk mendoakan kebahagiaan kami sampai ke jinjang pelamin ;)


Thank you for your kind help! Semoga diberi balasan yg setimpal :)

Wednesday, March 21, 2012

My Engagement Photos

I never revealed my engagement pictures in Blogger. I did that in Wordpress only. This might be a tad late, since we got engaged last year. Enjoy the pictures!

Event : The betrothal of Syafiq & Syafiqah
Date: 26 November 2011
Theme: Deep red + white
OP: Meister Studio



















P/S: Masa tunang ni, masih belum bukak braces. Jadi bertunang dengan gigi besi. Bukak braces sebulan lepas tunang.

P/S/S: Gambar outdoor ter-delete. Perlu ambil semula dari OP. Haih. Ada jugak orang camni kan?

Monday, March 19, 2012

My first contest. Jom join!

Assalamualaikum buat pembaca semua....Hari ini dengan sukacitanya saya nak mengumumkan contest anjuran saya yang pertama!!! *clap clap*






Sebelum tu, mari kita cerita pasal contest ni dulu okay! Contest ni adalah contest dalam contest. Apakah maksudnya tu??? Maksudnya, saya masuk sebuah contest tajaan KamekGillezCandid Studio dan saya memerlukan pertolongan anda untuk mengundi gambar saya. Pertandingan ni dikira berdasarkan undian LIKE yang terbanyak.


Sebagai ucapan terima kasih saya pada anda yang sudi mengundi, saya nak anjurkan satu contest dimana saya akan memberi hadiah kepada TIGA ORANG pengundi bertuah yang dipilih secara random!  Yes TIGA ORANG pemenang! Saya menang anda menang!


Apakah hadiah bagi pemenang-pemenang? 

SEORANG pemenang bertuah akan dapat satu artificial flower hand bouquet mengikut warna yang dipilih sendiri.

DUA ORANG pemenang lagi akan mendapat hadiah misteri!

So apa tunggu lagi? Tengok T & C kat bawah ni ok! Cuma ada 5 simple steps perlu buat. Yang paling penting, tak perlu entry panjang-panjang! 



Dear friends and family, we entered an online competition to helps us support our wedding fund, as the prize will greatly help us financially in terms of wedding preparation. And we need + appreciate your kind help! It's easy. We just need you to click the button LIKE for us!

Step 1 : LIKE fanpage Kamek Gillez Candid

Step 2 : Click LIKE and SHARE our picture on your wall




Step 3 : Follow my blog Daddy's Little Girl


Step 4 : Buat satu entry ringkas mengenai contest ini. Cukup sekadar letakkan banner contest dan link kan banner contest di entry anda ke blog ini. Tag 5 orang rakan blogger anda.


Step 5 : Tinggalkan komen yang terdiri daripada nama, alamat emel dan link entry anda di ruangan komen selepas sudah siap step 1-4


Contest bermula dari hari ini, 19 Mac 2012 sehingga 31 Mac jam 11.59 P.M. 


That's all! Easy peasy! So tunggu apa lagi? Cepat join! Ajak ramai-ramai join supaya lagi meriah! :)

Secret Project: Wedding Countdown

Assalamualaikum! Saya memang dah lama bercadang nak buat projek wedding countdown ni, sebagai salah satu pemberitahuan kepada diri sendiri, Zombee, dan jugak kawan-kawan tentang tarikh wedding kami.

Wedding countdown project ni adalah pre-wedding kedua kami. Pre-wedding pertama dengan JAC Photography dan kami masih menunggu gambar-gambar siap edit dan print. Teaser ada di entry sebelum ni.  Pre-wed kedua ni kami buat 2 hari selepas pre-wed pertama. Photographernya, Meister Studio atau nama sopannay Faiz, lebih dikenali sebagai Mamat. Kawan baik saya ni. :) Terpaksa buat dalam minggu yang sama sebab lepas ni Zombee takkan datang sini dah. Dua bulan lagi dia datang, untuk akad nikah dan majlis kenduri terus! Jadi mingu lepas memang macam orang gila terkejar kesana sini siapkan preparation majlis.

Apa sebenarnya wedding countdown ni? Actually, kami cuma ambil gambar dan guna beberapa props untuk buat gambar tu lebih ceria dan berinformasi. Haaaa, berinformasi tau. Information apa? Tu kena tunggu gambar siap. Tujuannya, gambar-gambar dari pre-wed pertama dan kedua akan digunakan untuk gambar dan video save the date nanti. Idea ni dapat tahun lepas lepas majlis bertunang, dari NoraKerel, one of my favourite ex-B2B. :)

Gambar-gambar belum siap lagi. Tak sabar nak tengok tau! Till we meet again~

Sunday, March 18, 2012

Teaser: Pre wedding photos by JAC Photography

Ceh nak teaser teaser pulak. Bajet artis ke? Actually, teaser ni untuk saya dan Zombee jugak. 13 Mac lepas kami ke pantai berdekatan Jeti Pulau Jerejak, Penang, untuk sesi pre-wedding pertama. Memang kaku habis lah! Nasib baik photographer kami berpengalaman. Nama beliau Christopher dari JAC photography. A Chinese guy yang sangat helpful dan periang. Memang senang nak kamceng sebab dia tersangatlah sporting! Perbincangan sebelum shooting hanya dibuat melalui SMS saja. Lepas shooting dah habis pun, dia masih SMS dan asyik suruh kami add dia di FB. Comel betul hahaha!

Dulu dia kerja sebagai CEO Dell di China, tapi berhenti dan teruskan hobi photography kepada kerjaya sambilan, dan akhirnya berhenti kerja untuk fokus hanya kepada photography lepas disahkan ada brain tumor. Kesian, sebab dia muda lagi. Quote beliau: "I like beautiful things. And capturing beautiful things. And I want to share it with people, so I go into photography." Memang inspiring sangat. *snif*

Semasa session shooting, dia ada ambil 2 keping gambar kami guna kamera instax. Gambar-gambar ni jugak digunakan sebagai props dan lepas shooting kami boleh bawak balik. Ini saja yang kami dapat tengok. Selebihnya, kena tunggu Christopher edit dan print dulu. Excitednya! Tak sabar tau!

Theme: Black and white.


Saturday, March 17, 2012

Friday, March 16, 2012

Sumber inspirasi wedding dress

Sumber: Google

Cantik tak? Pengsan tau! Cantik sangat! Saya impikan baju yang design macam ni, full lace, kebaya inspired, cosry buttons. Memang bawak gambar ni jumpa mak andam masa nak bincang pasal design hari tu. Cuma ada minor alteration sikit. Tapi saya mintak lace yang tak sarat sangat. Macam gambar kat atas ni, MasyaAllah, lace dia memang penuh + sarat sangat! Saya takut nanti baju berat pulak hehehe....

Thursday, March 15, 2012

Fitting for the Groom

Assalamualaikum! Phewww minggu ni memang busy sangat! Memang sedang cuti sekolah, tapi kerja kahwin yang tertangguh, semua perlu siapkan dalam tempoh cuti ni. Untungnya, Zombee datang Kedah, jadi boleh selesaikan urusan beli hantaran, fitting baju kahwin, dsb.

Petang tadi kami pergi Butik Pengantin Yujie Touch untuk fitting baju pengantin lelaki. Bajunya dah siap. Cuma lepas fitting, seluar agak ketat dan singkat. Bila try seluar lama yang sama size (saiz M) OK pulak. Maknanya seluar yang baru tu, yang akan dipakai Zombee nanti, diorang memang jahit kecik. Macam saiz S ja. So alteration untuk seluar memang wajib. Yang lain, Alhamdulillah, semuanya OK.

Tapi baju perempuan belum siap, cuma dapat tengok lace kaler putih/cream je tadi. Memang jatuh cinta ngan lace tu! Harap2 nanti baju yang siap tu menepati citarasa dan sama dengan design yang dah kami bincang hari tu. 

Jom tengok ragam groom-to-be sorang ni. :)






Hensem tak tunang saya? Hehehe....

P/S: Bila nak fitting baju sendiri ni? Mak andam cakap, bulan depan. Tak sabar tau!!!

Sunday, March 11, 2012

Kerawang, I love.

Assalamualaikum! Happy Sunday everyone! Cuti sekolah secara official bermula hari ini bagi saya. Tapi, masih perlu ke sekolah untuk kelas tambahan esok dan hari Jumaat nanti. Banyakkan bersabar, InsyaAllah.

Hari ni nak share sedikit pasal design wedding stamp atau cop mohor kami berdua. Entrynya ada di sini. Wedding stamp ni akan digunakan untuk cop sampul kad jemputan kahwin dan juga doorgift kepada tetamu nanti.


Sebab saya suka sangat dengan design kerawang ni, jadi saya recycle dan guna jugak pada kad kahwin. Design kad kahwin adalah 100% ciptaan saya dan Zombee. Saya design layout, pilih warna dan sebagainya, Zombee pulak design peta. Kami berdua pilih corak pada kad. Memang tak minta tolong kedai langsung dari segi design. Kedai cuma print sahaja kad kami. Kad jenis poskad sahaja, simple dan murah. Yang penting, seronok dapat menyumbang kepada kerja kahwin sendiri!


Sekarang ni, kad-kad tu sudah dalam perjalanan. Mengikut tracking system, parcel dah sampai di Jitra, Kedah. Sedang sabar menuggu parcel sampai di rumah. Harap-harap hari ini boleh sampai. Tak sabar nak tengok hasil tangan sendiri!

P/S: Setiap hari asyik check wedding countdown. Rasa macam lambat pulak hari bergerak. Esok Zombee sampai sini. Nak shopping hantaran, buat pre wed, tengok wayang, lepaskan gian main bowling. Harap-harap dapat cepatkan masa. :)

Friday, March 2, 2012

Drama pencarian photographer & videographer dah berakhir~

Alhamdulillah, setakat hari ini, 3 Mac 2012, selesai sudah urusan booking-membooking photographer dan videographer. Semuanya dah dibayar depo, ada yang dah bayar penuh. Sekarang ni cuma tunggu majlis saja. Dengan ini saya mengumumkan OP dan OV saya nanti, InsyaAllah. :)

Pre Wedding
OP1 : JAC Photography (full paid)
OP2: Meister Studio (full paid)

Nikah
OP : MusArtwork Photography (depo paid)
OV : Studio Hizami Aziz (depo paid)

Majlis bersanding
OP : MusArtwork Photography (depo paid)
OV :  Studio Hizami Aziz  (depo paid)

Post Wedding
OP1 : Stareast Wedding (full paid)
OP2 : MusArtwork Photography (FOC sebab ni)
OP3: Ken Soh Sudio (FOC sebab ni)

Dan Alhamdulillah jugak, setiap satu vendor kat atas ni senang nak berurusan dan tak bermasalah langsung! Semuanya ramah-ramah belaka. Smooth saja berurusan dengan mereka.

Christopher dari  JAC Photography , layanan memang superb. Photographer yang sangat baik & banyak bagi cadangan untuk brilliant untuk pre wedding. Saya mesej dia bagitahu saya tak berapa pandai lokasi cantik di penang sebab saya dari Kedah, dia suggestkan beberapa tempat untuk kami buat pre wed. Sangat-sangat helpful. Siap minta gambar saya & Zombee 2 bulan sebelum tarikh shot untuk kaji struktur muka dan badan kami untuk actual pre wedding nanti. WOW, kan?  

MusArtwork Photography  pun sama. Pantas benar beliau balas mesej di Facebook. Kadang2 saya terpikir, "Eh selalu depan laptop jugak Mr. Mus ni eh?" Hehe jgn marah haaa....Dah memang kerja dia meng-edit gambar kan. mesti la selalu depan laptop. Tapi bagus la kalau reply customer cepat2. Takdak la customer tertunggu-tunggu sampai berhari-hari, kan? Mr. Musa jugak banyak bersabar dengan soalan-soalan saya yang pelik-pelik. Maaf, tak pandai bab photography hehe... Pakej beliau ada custom book ada photobook. Saya jugak ada menang contest anjuran En. Musa, jadi dia akan jadi official post wed saya selain Stareast wedding. Alhamdulillah, thank you Mr. Musa & Mrs. Adila for choosing me as the winner~

Studio Hizami Aziz pulak sediakan pakej yang murah & berpatutan untuk photography dan videography. Also, very friendly dan sangat mudah di bawa berbincang. Walaupun dia berada di KL untuk urusan lain, tapi inquiry tetap dibalas. Good! Senang diajak berjumpa, we discussed a lot of things over milo ais kat Nasmir. Rupa-rupanya dia adalah abang kepada student saya! Dan jugak kawan kepada senior saya kat sekolah dulu! Dan kawan kepada senior kat maktab! Kecik rupanya dunia. Dia siap offer saya, video masa make up nak tak? Bila ditanya, ada extra charge ke tak, dia cakap "Takde lah. Kami charge berdasarkan skill kami je. Bukan berapa banyak benda kami bagi. Nanti saya akan divide team, 1 pergi tempat pengantin perempuan, 1 pergi tempat pengantin lelaki" Awesome kan? Team videography nanti iA ada 3 atau 4 orang. Mr. Hizami Aziz sedang dalam proses nak sambung PhD dalam bidang fotografi. Dari degree dapat tawaran buat PhD terus.  Jangan main-main ye.  Semoga rezeki dia bertambah dalam bidang ni...

Stareast Wedding pun flexible dengan date post-wedding saya. Bila pergi office, layanan oleh team dia memang baik. Office dia ada 3 buah di Pulau Pinang, 1 di PJ, boleh check di website tau. Gown-gown yang ada kat kedai pun memang meletops. Siapa suka feeling2 diva memang sesuai. Tapi saya tak ambil gown, okeh. Haha....Pakej Stareast wedding termasuk make up, hairdo, formal dress, photobook, studio dan outdoor shot. Untuk outdoor, tak perlu pergi jauh-jauh sebab diorang ada outdoor garden sendiri. You all jangan pandang rendah dengan garden ni, it's the biggest outdoor studio in Malaysia tau! Ada tasik +rakit lagi!

Alhamdulillah, syukur. Dah selesai hal photography dan videography. Bagi B2B di kawasan Kedah/Penang/Perlis boleh la jenguk-jenguk website kat atas kalau berminat. Hope this helps!

Tak sia-sia masuk contest, tau!

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, mungkin rezeki nak kahwin ni, menang banyak online contest yg saja2 masuk. Kelmarin dapat tahu yang saya menang GA MusArtwork Photography dengan entry ini! Alhamdulillah syukur sangat... Terima kasih Encik Musa...He is a really talented phootgrapher. Hadiahnya? Free pre/post wed dan cash voucher. Mungkin nak buat post wed sebab boleh manja2 sikit hehehe... Nak tengok pemenang-pemenang yang lain, sila tekan sini

Oh, lagi satu, kelmarin jugak sampai parcel dari ArtChetak. 2 parcel bagi 2 kategori yang saya menang dengan entry ini. Thanks Kak Durra! Tak sempat nak snap picture lagi. Tapi saya dapat 1 wooden frame handmade by ArtChetak, 2 wooden keychains & 1 set of cute & colourful Tupperware set. Thanks again Kak Durra!

Review : pre wedding photographer - JAC Photography

Assalamualaikum and good morning. I promised my pre-wed photog to spread the words about his photography business. So here is the snippet form his conversation with me through FB. 

My packages are from RM 2200 to RM 2500 for a one day photography. This includes all soft copies given after all photos are basic edited in color, saturation, brightness and contrast. But this does not include digital editing. 
Only covers soft copies. 
Album and digital editing is separately.

And this particular conversation left me smiling all day. :)